SK Ayer Kuning, Kampar

SK Ayer Kuning, Kampar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Ayer Kuning, Kampar, Kampar.

19/12/2025
28/11/2025
MARI KENALI HADIS 40 IMAM NAWAWIHadis 02: Islam, Iman dan IhsanIslam ialah kepatuhan yang tertegak atas lima rukun. Iman...
20/11/2025

MARI KENALI HADIS 40 IMAM NAWAWI

Hadis 02: Islam, Iman dan Ihsan

Islam ialah kepatuhan yang tertegak atas lima rukun. Iman ialah meyakini sesuatu tanpa keraguan, membenarkan dengan hati, melafazkan dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota badan. Ihsan p**a ialah melakukan amalan dengan sebaik-baiknya kerana meyakini Allah SWT sentiasa melihat apa yang kita lakukan.

Penghayatan kepada Islam, iman dan ihsan adalah kesempurnaan kehidupan beragama bagi seseorang Muslim. Jom kita dalami 3 teras agama ini!





MARI KENALI HADIS 40 IMAM NAWAWIHadis 01: Keutamaan Niat.Niat adalah maksud atau tujuan untuk melakukan sesuatu perbuata...
13/11/2025

MARI KENALI HADIS 40 IMAM NAWAWI

Hadis 01: Keutamaan Niat.

Niat adalah maksud atau tujuan untuk melakukan sesuatu perbuatan. Perlakuan individu yang dilakukan dengan niat kerana Allah SWT akan dikira sebagai ibadah. Sesiapa yang berniat mengerjakan amalan yang baik, maka niatnya itu sudah dikira pahala di
sisi Allah SWT.

Niat merupakan motivasi dalaman yang menggerakkan kita untuk beramal di samping faktor luaran yang mendorong untuk terus berjaya. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan niat kerana seseorang itu diganjari pahala mengikut kadar niatnya.
Jom kita amalkan niat-niat yang baik dalam kehidupan kita seharian.





Alhamdulillah penantian lebih sedekad untuk menjulang Piala Kejuaraan Bola Sepak B12 MSSD Batang Padang.Turut melakarkan...
17/07/2025

Alhamdulillah penantian lebih sedekad untuk menjulang Piala Kejuaraan Bola Sepak B12 MSSD Batang Padang.

Turut melakarkan rekod yang akan terus diingati dalam tempoh yang panjang.

⭐ Menang semua perlawanan
⭐ 14 Gol dihasilkan
⭐ 2 Gol bolos
⭐ Anugerah Kasut Emas
⭐ Anugerah Pemain Terbaik Kejohanan
⭐️ Anugerah Penjaga Gol Terbaik
⭐ Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik
⭐️ Anugerah Pemain Tengah Terbaik

Tahniah Pasukan Bola Sepak Sekolah (AK Bison FC) ⭐⭐⭐⭐⭐


29/05/2025

28 Mei 2025 | Sumbangan Smartboard untuk SK Ayer KuningSekolah Kebangsaan Ayer Kuning merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia atas sumbangan peralatan Smartboard yang telah diterima pada 28 Mei 2025.

Sumbangan ini adalah hasil inisiatif dan keprihatinan susulan daripada lawatan rasmi YB Menteri Pendidikan pada 10 April 2025. Kehadiran Smartboard ini membuka ruang baharu dalam dunia pendidikan digital di sekolah kami.

Smartboard ini bukan sekadar peralatan, tetapi simbol harapan dan komitmen ke arah pendidikan yang lebih interaktif, kreatif dan berdaya saing. Dengan adanya kemudahan ini, guru lebih bersemangat, murid lebih teruja, dan pembelajaran menjadi lebih hidup.

Terima kasih YB Menteri Pendidikan Malaysia dan Yayasan Didik Negara. Sokongan ini menjadi pemangkin kepada usaha kami dalam melahirkan generasi masa depan yang cemerlang, celik teknologi dan bersedia menghadapi cabaran global.






Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2025Warga SK Ayer Kuning merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pekerja yang sent...
01/05/2025

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2025

Warga SK Ayer Kuning merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pekerja yang sentiasa gigih, dedikasi dan berbakti tanpa mengira penat. Anda tulang belakang kemajuan negara. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda!

“Pekerja Kesuma Bangsa”

Wira dan wirawati SK Ayer Kuning terus melakar kecemerlangan dalam Mahrajan Al-Quran, Khat & Ihtifal Lughawi Sekolah-Sek...
30/04/2025

Wira dan wirawati SK Ayer Kuning terus melakar kecemerlangan dalam Mahrajan Al-Quran, Khat & Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah Daerah Batang Padang 2025 (Peringkat Daerah). Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah mewakili sekolah dengan semangat juang yang tinggi:

1. Ulyaa binti Mohd Nizaar – Kalam Arabiy Perempuan (Johan)
2. Aisyah binti Md Adzomuddin – Hafazan Perempuan (Tempat Ketiga)
3. Muhammad Iwan Asyrafi bin Abdul Aziz – Kalam Arabiy Lelaki (Tempat Keempat)
4. Fatehah binti Muhammad Farhan – Daie Cilik Perempuan (Tempat Kelima)
5. Muhammad Aqil Iman bin Norhisam – Tilawah Al-Quran Lelaki (Penyertaan)
6. Muhammad Adam Islam bin Khairul Anuar – Daie Cilik Lelaki (Penyertaan)

Kejayaan ini menjadi bukti bahawa bakat dan usaha murid SK Ayer Kuning sentiasa menyerlah. Terima kasih kepada guru pembimbing dan ibu bapa atas dorongan yang tidak berbelah bahagi. Jumpa kami di peringkat negeri!

TAHNIAH  DAN SYABAS WIRA DAN WIRAWATI PENDIDIKAN KHAS SK AYER KUNING!Nur Danisha binti Roslan membuktikan kehebatannya a...
30/04/2025

TAHNIAH DAN SYABAS WIRA DAN WIRAWATI PENDIDIKAN KHAS SK AYER KUNING!

Nur Danisha binti Roslan membuktikan kehebatannya apabila berjaya merangkul Tempat Kedua bagi kategori Perempuan Bawah 12 dalam Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Daerah Batang Padang 2025.

Turut mengukir nama dalam sejarah ialah Megat Mujahid bin Megat Lutfi (Tempat Ke-7) dan Muhammad Danish Irman bin Roslan (Tempat Ke-9) bagi kategori Lelaki Bawah 12, Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas anjuran Majlis Sukan Sekolah Daerah Batang Padang 2025.

Anda semua adalah inspirasi!
Langkah kalian bukan biasa-biasa.
Langkah juara, semangat luar biasa!

Terima kasih kepada guru pembimbing dan ibu bapa atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.
SK Ayer Kuning terus melangkah gagah!

| MESYUARAT AGUNG PIBG SK AYER KUNING 2025 |Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Apr...
30/04/2025

| MESYUARAT AGUNG PIBG SK AYER KUNING 2025 |

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2025 bertempat di Dewan Jabir Ibn Hayyan.

Program dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa, diikuti ucapan daripada Guru Besar dan perasmian oleh Yang Dipertua PIBG. Mesyuarat berjalan lancar dengan penglibatan aktif para hadirin.

Majlis turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah dan sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga.

Terima kasih atas kehadiran dan sokongan semua.
Bersama kita jayakan visi dan misi SK Ayer Kuning.

Address

Kampar
31920

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Ayer Kuning, Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Ayer Kuning, Kampar:

Share