Pejabat Kesihatan Daerah Kampar

Pejabat Kesihatan Daerah Kampar Page rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kampar yang memaparkan aktiviti dan program di daerah Kampar

12 Jun 2026Program Heal and Hope anjuran bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kampar dan SMK Sentosa telah berjaya d...
12/06/2026

12 Jun 2026

Program Heal and Hope anjuran bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kampar dan SMK Sentosa telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kampar dan turut dihadiri oleh Dr. Che Wan Ilmiyah binti Che Wan Ahmad, Pegawai Kesihatan Daerah Kampar, serta wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Program ini dianjurkan bagi mempromosikan perkhidmatan Klinik Mesra Remaja serta menyokong pembangunan remaja yang berdaya tahan melalui amalan gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan mental yang baik. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan pelbagai maklumat dan kemahiran yang dapat membantu mereka mengamalkan tingkah laku sihat dalam kehidupan seharian.

Di samping itu, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan mental, mengurangkan stigma sosial berkaitan gangguan mental, serta membekalkan peserta dengan kaedah dan alat pengurusan tekanan yang berkesan. Program ini juga menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara pihak sekolah dan klinik kesihatan dalam usaha menangani isu sosial dan emosi dalam kalangan pelajar secara berterusan.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus melahirkan generasi remaja yang sihat, berdaya saing, berkeyakinan serta mampu menghadapi cabaran kehidupan dengan lebih positif dan sejahtera.

Makanan mentah dan makanan yang telah dimasak perlu diasingkan dari segi penyimpanan serta peralatan yang digunakan bagi...
12/06/2026

Makanan mentah dan makanan yang telah dimasak perlu diasingkan dari segi penyimpanan serta peralatan yang digunakan bagi mengelakkan pencemaran silang, iaitu perpindahan bakteria atau kotoran daripada makanan mentah kepada makanan yang telah dimasak yang boleh meningkatkan risiko keracunan makanan. Elakkan pencemaran silang!

✨🍎𝟏 π‡π€π‘πˆ 𝟏 πˆππ…πŽ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π πŒπ€πŠπ€ππ€ππŸŽβœ¨

Makanan mentah dan yang telah dimasak perlulah diasingkan, bukan sahaja dari cara penyimpanan, tetapi perlu diasingkan juga peralatan yang digunakan.

Ini adalah untuk mengelakkan bakteria atau kotoran dari makanan mentah berpindah kepada makanan yang telah dimasak, seterusnya meningkatkan risiko kepada berlakunya keracunan makanan.

Elakkan pencemaran silang!








TAHUKAH ANDA?Antara salah satu langkah pertama untuk menjadi pengguna yang bijak adalah dengan membaca label makanan. De...
12/06/2026

TAHUKAH ANDA?

Antara salah satu langkah pertama untuk menjadi pengguna yang bijak adalah dengan membaca label makanan. Dengan membaca maklumat pada label, anda dapat membuat pilihan yang lebih sihat serta mendapat maklumat berkaitan kandungan kalori, gula dan nutrien lain dalam produk tersebut.

Jom, ambil sedikit masa anda sebelum membeli dan semak label produk makanan atau minuman.

Kredit : Pusat Maklumat Pemakananan Negeri Melaka

Pengusaha TASKA & TADIKA, adakah premis anda sudah mempunyai ruang isolasi?Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut sangat mudah ...
12/06/2026

Pengusaha TASKA & TADIKA, adakah premis anda sudah mempunyai ruang isolasi?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut sangat mudah merebak di tempat tumpuan kanak-kanak.

Sebagai persediaan dan langkah kawalan awal, pihak pengurusan TASKA, TADIKA atau pusat jagaan WAJIB mewujudkan satu sudut atau bilik isolasi khas.

Sekiranya terdapat anak jagaan yang tiba-tiba menunjukkan gejala semasa berada di pusat jagaan:

πŸ›οΈ Asingkan dengan segera anak jagaan tersebut ke ruang isolasi jika mereka mula demam, naik ruam, atau ada ulser mulut.
πŸ“ž Hubungi ibu bapa atau penjaga dengan kadar segera untuk menjemput anak mereka dan membawa mereka mendapatkan rawatan di klinik.
🧼 Lakukan disinfeksi menyeluruh pada ruang belajar dan alat mainan yang telah disentuh oleh anak bergejala tersebut.

Tindakan pantas pihak taska / tadika dapat menyelamatkan puluhan anak-anak lain daripada rantaian jangkitan berkelompok.

Terus waspada, jaga kebersihan diri dan persekitaran. Lindungi anak-anak kita! ❀

PROGRAM KESIHATAN WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN MARIAN, KAMPARπŸ“… 9 Jun 2026Pejabat Kesihatan Daerah Kampar telah melaksanaka...
09/06/2026

PROGRAM KESIHATAN WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN MARIAN, KAMPAR

πŸ“… 9 Jun 2026

Pejabat Kesihatan Daerah Kampar telah melaksanakan Program Kesihatan Warga Emas di Pusat Jagaan Marian, Kampar bagi meningkatkan tahap kesihatan serta perlindungan imunisasi dalam kalangan warga emas.

Sepanjang program berlangsung, seramai 38 orang penghuni telah menerima suntikan vaksin Influenza. Turut dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan dan pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran serta amalan gaya hidup sihat.

PKD Kampar komited dalam memastikan golongan warga emas terus mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti demi kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik.

07/06/2026

Selamat Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026

β€œKeselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama. Marilah kita mengamalkan pengendalian makanan yang bersih, selamat dan berkualiti bagi melindungi kesihatan masyarakat serta menjamin kesejahteraan generasi masa depan.”

Makanan Selamat, Kesihatan Terjamin.

Semoga sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan makanan dalam setiap peringkat rantaian makanan, daripada ladang ke meja makan.




πŸ“’ SELAMAT HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA 2026πŸ“… 7 Jun 2026Warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kampar mengucapkan...
07/06/2026

πŸ“’ SELAMAT HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA 2026
πŸ“… 7 Jun 2026

Warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kampar mengucapkan Selamat Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026 kepada seluruh masyarakat.

Sambutan pada tahun ini bertemakan β€œDaripada Bebanan kepada Penyelesaian – Makanan Selamat di Mana Jua (From Burden to Solutions – Safe Food Everywhere)”, yang menekankan kepentingan kerjasama semua pihak dalam memastikan keselamatan makanan di setiap peringkat rantaian makanan, daripada pengeluaran hingga ke pengguna.

Keselamatan makanan merupakan aspek penting dalam melindungi kesihatan awam dan mengurangkan beban penyakit bawaan makanan. Justeru, setiap individu, pengusaha makanan, industri serta agensi berkaitan mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam memastikan makanan yang dihasilkan, disediakan dan dihidangkan adalah selamat, bersih serta berkualiti.

Marilah kita bersama-sama mengamalkan budaya keselamatan makanan demi kesejahteraan keluarga, komuniti dan negara.

β€œKeselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama”

07/06/2026

HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA 2026: DARIPADA BEBANAN KEPADA PENYELESAIAN - MAKANAN SELAMAT DI MANA JUA πŸ½οΈπŸ›‘οΈ

🧐 Tanpa kita sedari, di sebalik setiap makanan yang terhidang sebenarnya ada komitmen berterusan daripada setiap penjuru yang bermula dari ladang hingga ke pinggan (_from farm to fork_).

Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia Tahun 2026, barisan Pengurusan Tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak bersama Pegawai-Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) dari seluruh bumi bertuah ini berdiri teguh dalam memastikan keselamatan makanan di negeri kita sentiasa di tahap yang terbaik.

Tahun ini, tema yang diangkat untuk menjadi panduan kita semua:
πŸ“Œ *β€œDaripada bebanan kepada penyelesaian - Makanan selamat di mana jua”*

↗️ Sudah tiba masanya kita beralih daripada sekadar 'menanggung beban penyakit bawaan makanan', kepada 'mencari penyelesaian berasaskan data' untuk mengurangkan risiko penularan penyakit bawaan makanan dan memastikan setiap peringkat di sepanjang rantaian makanan adalah selamat untuk semua.

πŸ“½οΈ Saksikan sinergi dan komitmen jentera kesihatan kami dalam video khas ini! Bersama-sama kita pastikan makanan selamat di mana jua! πŸ’ͺ🏼🍏

πŸ’‰ Imunisasi: Perlindungan Terbaik Untuk Anak KitaImunisasi membantu membina imuniti badan bagi melindungi kanak-kanak da...
06/06/2026

πŸ’‰ Imunisasi: Perlindungan Terbaik Untuk Anak Kita

Imunisasi membantu membina imuniti badan bagi melindungi kanak-kanak daripada pelbagai penyakit berjangkit yang boleh membawa komplikasi serius. Melalui liputan imunisasi yang tinggi, komuniti turut mendapat perlindungan menerusi imuniti kelompok (herd immunity), sekali gus mengurangkan penyebaran penyakit.

βœ… Selamat dan berkesan
βœ… Melindungi diri, keluarga dan masyarakat
βœ… Mencegah pelbagai penyakit berbahaya yang boleh dicegah melalui vaksin
βœ… Disokong oleh pandangan pakar kesihatan dan hukum syarak

Pastikan anak-anak menerima imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan. Imunisasi hari ini, perlindungan untuk masa depan.

🚨 ANAK DEMAM, BATUK ATAU SELSEMA? JANGAN PANDANG RINGAN! 🚨Ibu bapa, sentiasa peka dengan tanda-tanda gangguan pernafasan...
02/06/2026

🚨 ANAK DEMAM, BATUK ATAU SELSEMA? JANGAN PANDANG RINGAN! 🚨

Ibu bapa, sentiasa peka dengan tanda-tanda gangguan pernafasan yang serius pada anak-anak seperti:

βœ… Nafas laju
βœ… Hidung kembang-kempis
βœ… Dada berlekuk ketika bernafas
βœ… Nafas berbunyi atau mengerang
βœ… Bibir atau kuku kebiruan
βœ… Lesu dan kurang aktif

⚠️ Jika anak anda menunjukkan mana-mana tanda di atas, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat.

πŸ’™ Pengesanan awal dan rawatan segera boleh menyelamatkan nyawa.

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Kampar, Jalan Degong
Kampar
31900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share