Pusat Sumber KEMAS Kg.Titiwangsa Kalumpang

Pusat Sumber KEMAS Kg.Titiwangsa Kalumpang Pusat sumber KEMAS Kalumpang

10/11/2023

Kenapa baru tahu yang kuih talam berlauk nie sedap sangat rupanya, xpernah makan..biasa makan kuih cara berlauk je..mungkin sebab orang Terengganu kot, kalau sek Terengganu cara berlauk, jarang jumpa talam berlauk, dan xpernah makan kuih nie sebelum nie... xberhenti makan..kate diet 🥲🥲🥲..alang2 cuti sehari diet makan sampai puas².. sebab tertarik dgn kuih nie tgk org buat guna acuan nie..lps tu buh inti daun sup dgn lada merah tu gtu .lawooo jd rasa nak cuba..dan kali nie xmenyesal cuba ☺️

Follow resepi nie 👇

TALAM BERLAUK

BAHAN-BAHAN INTI

450g Ayam /daging kisar
Sebiji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih dikisar
2 ulas bawang merah dikisar
Sedikit halia dikisar
5 sudu besar rempah kari daging
Sedikit cili kisar.
Garam,perasa,gula secukupnya

CARA-CARA

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia yg dikisar sehingga naik bau.
3. Masuk cili kisar kisar, rempah kari, kacau rata sehingga hingga garing dan naik minyak
4. Masukkan daging /ayam yg dikisar.
5.Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
6.Masak hingga kering sedikit.
7. Angkat dan toskan lebihan minyak.

BAHAN- BAHAN HIASAN

Cili merah
Daun sup

BAHAN-BAHAN KUIH TALAM

3 cwn tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 Kotak santan
5 cwn air
1 biji telur
1 kiub Pati ayam / Maggi cukup rasa

CARA-CARA
1. Panaskan kukusan.
2.Satukan semua bahan, blend dan tapis.
3. Sapu minyak pada acuan.
4. Tuang adunan ke dalam acuan.
5. Setelah air dalam kukusan menggelegak ,kukus adunan selama 15 minit.
6. Biarkan kuih sejuk, cungkil dgn lidi untuk keluarkan kuih daripada acuan.
7. Letak inti, hias dgn cili merah dan dan sup.

Selamat mencuba.

06/08/2023
08/12/2022

Resepi Bepang

1 cawan kacang tanah - sangai tanpa minyak dan buang kulit
1 cawan gula
1/2 cawan bijan sangai tanpa minyak (agak agak kuning soft je...jgn garing)

Masak gula shj dlm kuali mcm nk buat gula hangus...masuk kan 2sudu minyak masak...bila gula dh hancur,masuk kan kacang yg ditumbuk agak pecah(jgn hancur) beserta bijan...tutup api...tuang dlm talam...pasti kan bukan talam plastik...tekan2 kan...terus potong sebelum ia mengeras...selepas dh keras...patahkan mengikut potongan td...siapppp...selamat mencubaaa

Kredit: norbaizura saat

08/12/2022

Petua TURUNKAN KOLESTROL
[Air Barli Lemon]

Bahan-Bahan:
Barli biji
Madu
Lemon
Methodology:
[+] Basuh barley & rendam seketika.
[+] Masak barli sehingga lembut.
[+] Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.
Siap

Kebaikan :
1- Menurunkan kolestrol
2- Menurunkan berat badan
3- Mencegah jangkitan saluran kencing
4- Mencegah batu karang
5- Anti-bakteria - bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
6- Mengawal gula dalam darah

** Utk anda yang Gluten Intolerance - Ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

Kredit: petua kesihatan dan kecantikan



08/12/2022
Feb 2018 Program cerdas minda Pusat Sumber KEMAS Kg Titiwangsa dgn kerjasama Sek Keb  Kalumpang
10/02/2018

Feb 2018 Program cerdas minda Pusat Sumber KEMAS Kg Titiwangsa dgn kerjasama Sek Keb Kalumpang

Aktiviti yg diadakan di Pusat Sumber KEMAS Kg. Titiwangsa Kalumpang
09/08/2017

Aktiviti yg diadakan di Pusat Sumber KEMAS Kg. Titiwangsa Kalumpang

Address

Kg Titiwangsa Kalumpang
Kalumpang
44100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber KEMAS Kg.Titiwangsa Kalumpang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share