23/07/2026
22 Julai 2026 | DUN Sikamat
GERAK KERJA BERTERUSAN DEMI KEMENANGAN! ♥️🇲🇾
Alhamdulillah, gerak kerja kempen KEADILAN Cabang Hulu Langat di DM Taman Desa Rhu, DUN Sikamat diteruskan dengan penuh semangat, komitmen dan kesungguhan.
Pada sebelah petang, jentera yang diketuai oleh Ketua Wanita Keadilan Cabang Hulu Langat , Puan Siti Razimi Abd Razak, bersama barisan petugas telah turun padang mengedarkan risalah dari rumah ke rumah serta menyantuni penduduk di sekitar Taman Sri Pulai dan Taman Desa Kiara. Setiap kunjungan dimanfaatkan untuk berkongsi aspirasi, mendengar pandangan serta memahami harapan rakyat demi memastikan suara mereka terus diberi perhatian.
Perjuangan ini bukan sekadar kempen pilihan raya, malah merupakan satu usaha berterusan untuk memperkukuhkan perpaduan, mengekalkan kestabilan serta membina masa depan yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.
Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan, iltizam yang tinggi dan sokongan padu daripada rakyat, kita akan terus melangkah ke hadapan membawa harapan ke arah sebuah negeri yang lebih maju, inklusif dan sejahtera.
Ayuh, teruskan momentum. Kita bekerja, kita menyantuni rakyat, dan kita melangkah bersama menuju kemenangan. 💙