27/05/2026
TIPS KESELAMATAN KETIKA IBADAH KORBAN
Berikut adalah maklumat mengenai tip keselamatan ketika ibadah korban bagi memastikan proses korban dilakukan dengan selamat, teratur dan bertanggungjawab.
Antara langkah penting ialah penggunaan alatan tajam seperti pisau dan kapak dengan berhati-hati. Pengguna digalakkan memakai sarung tangan keselamatan, memastikan alatan sentiasa disimpan dengan baik serta memeriksa keadaan kapak sebelum digunakan bagi mengelakkan kecederaan.
Selain itu, pengendalian haiwan korban perlu dilakukan oleh individu yang berpengalaman atau telah menerima latihan yang sesuai. Penggunaan tali yang kukuh dan berkualiti juga penting untuk memastikan haiwan dapat dikawal dengan selamat dan mengurangkan risiko kemalangan.
Semasa proses melapah dan mengagih daging korban, kerjasama antara petugas amat diperlukan terutama ketika mengangkat beban berat. Kawasan kerja hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin bagi mengelakkan tergelincir. Sisa korban p**a perlu dibuang di tempat yang disediakan demi menjaga kebersihan persekitaran dan kesihatan awam.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.
Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Jabatan Perdana Menteri
**