Kelab Kebajikan dan Sukan AADK

Kelab Kebajikan dan Sukan AADK Ahli Kelab Ialah warga Agensi Antidadah Kebangsaan sahaja

PERTANDINGAN HIASAN RUANG LEGAR MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2025 Kelab Kebajikan dan Sukan Agensi Antidadah Kebangsaan (Ke...
03/10/2025

PERTANDINGAN HIASAN RUANG LEGAR MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2025

Kelab Kebajikan dan Sukan Agensi Antidadah Kebangsaan (Kelab AADK) telah menganjurkan Pertandingan Hiasan Ruang Legar sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2025.

Pertandingan ini diadakan bagi mencungkil kreativiti serta memupuk semangat patriotisme warga Ibu Pejabat AADK melalui dekorasi yang penuh makna dan simbolik kebersamaan.

Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Zainudin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), yang berbesar hati menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Pertandingan ini melibatkan penyertaan semua bahagian dan unit di Ibu Pejabat AADK, yang masing-masing tampil dengan idea serta konsep kreatif tersendiri.

Suasana penuh warna-warni ini jelas membuktikan semangat kerjasama, inovasi dan rasa cinta terhadap tanah air dalam kalangan warga AADK.

Diharapkan penganjuran majlis ini dapat terus menyemarakkan semangat kecintaan kepada negara, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja AADK.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

Address

Agensi Antidadah Kebangsaan
Kajang
43000

Telephone

+60389112200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kebajikan dan Sukan AADK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Kebajikan dan Sukan AADK:

Share