18/05/2026
Program Promosi Produk Anak Pokok Berkualiti โOutgrowerโ Bimbingan Jabatan Pertanian Siri 1/2026 serta Kursus Awam Cantuman Anak Pokok Durian anjuran Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT) Selangor yang akan berlangsung pada 20 dan 21 Mei 2026 di Pusat Jualan Benih BPIT Serdang, Selangor.
Program ini merupakan kerjasama antara BPIT Selangor dan usahawan outgrower anak pokok bimbingan Jabatan Pertanian bagi menjayakan Jualan Promosi Harga Rahmah Anak Pokok buah-buahan, sayur-sayuran, herba serta produk tanaman dengan tawaran istimewa bermula serendah RM5.
Pelbagai jenis anak pokok berkualiti ditawarkan termasuk mangga, nangka, cempedak, rambutan dan banyak lagi pada harga berpatutan untuk peminat pertanian, pengusaha kebun serta orang ramai.
Lebih menarik, pengunjung turut berpeluang menyertai Kursus Awam Cantuman Mata Tunas Anak Pokok Durian secara PERCUMA melalui pendekatan hands-on bersama bimbingan pakar. Program ini sesuai untuk peminat tanaman yang ingin menambah ilmu dan mempelajari teknik cantuman secara praktikal.
Jangan lepaskan peluang ini. Datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mendapatkan anak pokok berkualiti sambil menimba ilmu pertanian secara langsung.
๐ Lokasi: Pusat Jualan Benih BPIT Serdang, Selangor
๐
Tarikh: 20 & 21 Mei 2026