27/12/2025
19 Disember 2025 | Jumaat
LAWATAN CDA-ERT ADIKA TRAVEL & TOUR SDN. BHD. KE ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH LANGKAWI.
Lawatan CDA-ERT ADIKA TRAVEL & TOUR SDN. BHD. ke Angkatan Pertahanan Awam (APM) Langkawi telah diadakan sempena Hari Keluarga Team ADIKA yang berlangsung di Pulau Langkawi. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti bersama APM Langkawi termasuk lawatan ke Menara Penyelamat Pantai, lawatan ke Pejabat Kompleks Angkatan Pertahanan Awam, serta demonstrasi pengendalian ular oleh anggota PKOD yang mempunyai sijil kursus pengendalian ular.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak APM Lamgkawi atas kerjasama yang diberikan. Diharapkan program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan serta memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.