10/07/2021
*Sumbangan untuk Program Wakaf Peranti Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan (SKaPS)*
Assalamu’alaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Seperti yang tuan/puan sedia maklum, terdapat keperluan mendesak dalam menyediakan peranti bagi mengikuti PDPR untuk murid-murid SKaPS dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Pihak PIBG SKaPS telah mengambil inisiatif untuk memulakan *Program Wakaf Peranti SkaPS*.
*Objektif Program*:
----------------------------------------
1. Mengumpul dana sebanyak RM30,000 untuk membeli 60 peranti tablet (Anggaran harga RM500/unit) untuk diserahkan kepada pihak sekolah.
2. Memastikan tidak ada murid-murid SKaPS yang akan tercicir di dalam pelajaran disebabkan oleh ketiadaan peranti untuk mengikuti PDPR.
3. Membantu pihak sekolah di dalam melaksanakan pembelajaran digital dengan menggunakan peranti ini walaupun selepas PDPR ini berakhir.
*Pelaksanaan Program*:
----------------------------------------
1. Pihak sekolah akan memilih dan menentukan pelajar yang layak dan memerlukan peranti.
2. Peranti akan dipinjamkan kepada murid dan akan dipulangkan selepas PDPR berakhir.
3. Pihak sekolah akan memantau keberkesanan program dari segi kegunaan peranti dan kehadiran murid-murid.
Sehubungan itu, pihak PIBG SKaPS ingin memohon jasa baik tuan/puan agar dapat menyumbang ke arah merealisasikan *Program Wakaf Peranti SkaPS* ini.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PIBG SKaPS seperti maklumat yang tertera dibawah:
*PIBG SK SUNGAI KANTAN*
*BANK ISLAM 12092010042633*
_Reference_ : Wakaf Peranti
Sebarang pertanyaan boleh hubungi no dibawah:
YDP PIBG
En.Amir Firdaus
019 664 4220
Bendahari PIBG
Puan Noraini
019 3706513
Penyelaras Program.
En. izwan Hadi
016 6653975
Semoga dengan sumbangan tuan/puan dapat membantu murid-murid SKaPS daripada tercicir di dalam pelajaran mereka.
Sekian, terima kasih.