19/04/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya selaku Ahli Majlis MPKj Zon 10 ke Majlis Rumah Terbuka di Impian Indah, Saujana Impian.
Majlis seperti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama penduduk, malah menjadi platform yang baik untuk memperkukuh semangat kejiranan dalam komuniti kita.
Turut saya raikan dan ucapkan terima kasih atas kehadiran YB Parlimen Bangi, YB Syahredzan Johan, yang turut sama memeriahkan majlis ini dengan kehadiran beliau.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah dan perpaduan yang terjalin akan terus berkekalan.
Sekian, terima kasih.