23/09/2025
BAGAN
Semasa Tanjong Penaga diduduki Francis Light untuk mendirikan kota Fort Cornwallis pada tahun 1786, penduduk tempatan telah ada yang menetap di Batu Uban, Sungai Pinang, Telok Bahang dan Seberang Perai.
Di Batu Uban misalnya, wujud komuniti Melayu yang berasal dari Sumatera serta pedagang dan alim ulama dari Arab. Di Telok Bahang p**a penduduk nelayan berasal dari Acheh.
Di Sungai Pinang juga terdapat penduduk Melayu yang berasal dari Acheh dan Sumatera serta penduduk India Muslim yang berdagang dengan penduduk tempatan yang mengikut cerita lisan masyhur sebagai “Tok Nadok berkajang kain” yang bermaksud Tok Nadok atau Tok Nagor berkhemahkan kain.
Tanah Besar yang bertentangan dengan Tanjong Penaga inilah yang dikenali sebagai Bagan.
Sebutan Bagan itu kekal sehingga hari ini kerana banyak sekali nama tempat yang bermula dengan nama Bagan yang dikenali sebagai “10 Bagan”, iaitu Bagan Belat, Bagan Tambang, Bagan Lebai Tahir, Bagan Ajam, Bagan Jermal, Bagan Lama, Bagan Luar, Bagan Tuan Kecil, Bagan Lalang dan Bagan Serai.
---
Petikan dari buku Batu Uban, Tanjong dan Bagan: Pengkisahan Lisan, karya Ahmad Murad Merican (Editor).
**aupinang