17/05/2026
Buku Program Majlis :
https://online.fliphtml5.com/tsjmv/BUKU-PROGRAM-HARI-GURU/
Setinggi tinggi penghargaan dan Terima Kasih diucapkan kepada Barisan Jawatankuasa Majlis dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar dan Pengawas kerana bertungkus lumus menjayakan dan memastikan majlis berjalan dengan lancar.
๐ธ Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja KV Kajang ๐ธ
Seuntai penghargaan buat insan yang menabur ilmu,
Segugus terima kasih buat warga yang setia berbakti tanpa jemu.
Marilah bersama-sama kita menyulam kenangan dalam sebuah majlis penuh makna dan harmoni.
๐
Tarikh: 18 Mei 2026 (Isnin)
๐ Masa: 8.00 pagi
๐ Tempat: Dewan Seri VoKaS
โGuru Bitara Nadi Negaraโ
โPekerja Madani Kesuma Bangsaโ
๐ซ KV Kajang Up.. Tetap Unggul ๐ซ
MAJLIS PERSARAAN PN ZAINI BINTI YUSOF
*Menabur Bakti, Menuai Kenangan Abadiโ
Dengan penuh takzim dan rasa hormat,
Kelab Warga Dan Jabatan Pendidikan Umum KV Kajang menjemput semua Pensyarah dan AKP
untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Persaraan Pn Zaini Binti Yusof, insan yang telah menabur jasa, menyemai ilmu dan mencurah bakti dengan penuh dedikasi sepanjang perjalanan perkhidmatan beliau.
Sesungguhnya setiap detik pengorbanan dan keikhlasan yang dicurahkan menjadi kenangan indah yang terpahat di hati seluruh warga Kolej Vokasional Kajang. Pemergian seorang pendidik bukanlah kehilangan sebuah nama, tetapi terukirnya seribu memori dan sejuta penghargaan.
Tarikh : 18 Mei 2026 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Seri VoKaS
Kolej Vokasional Kajang
Jamuan Makan Pada pukul 1.00 tengah hari.
Semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis yang penuh bermakna ini serta menjadi tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan beliau.
Sekian terima kasih.