18/05/2026
Pesakit yang mempunyai penyakit kronik akan mendapatkan rawatan di hospital akan menerima preskripsi ubat dalam tempoh yang panjang sehingga janji temu rawatan seterusnya.
Walaubagaimanapun, bagi menjamin kualiti penggunaan ubat-ubatan dan kepatuhan pesakit, bekalan ubat hanya akan diberikan untuk tempoh sebulan kecuali dalam kes-kes tertentu.
Bagi mendapatkan bekalan ubat, pesakit perlu hadir lebih kerap ke farmasi. Ini antara punca kehadiran pesakit yang ramai di kaunter farmasi mengakibatkan tempoh menunggu menjadi panjang terutama semasa waktu puncak. Selain itu juga akan meningkatkan kos pengangkutan serta masalah tempat letak kenderaan yang terhad di fasiliti kesihatan KKM.
Sehubungan itu, perkhidmatan pendispensan ubat susulan ditransformasikan melalui beberapa proses inovasi bagi memudahkan pesakit mendapat bekalan ubat susulan dan memberi pilihan kepada pesakit melalui Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (Value Added Services, VAS).
KKM telah mengambil initiatif berkolaborasi dengan pihak Pos Malaysia Berhad untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran ubat ke lokasi pilihan pesakit dengan bayaran minima yang dinamakan Ubat Melalui Pos (UMP). Manakala perkhidmatan Farmasi Park and Take turut diperkenalkan di Laman Rasmi Hospital Tengku Permaisuri Norashikin.
Objektif pelaksanaan sistem ini adalah untuk:
i. Memudahkan proses pendaftaran pesakit untuk pengambilan bekalan ubat susulan
ii. Menjimatkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi
iii. Menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit
Apa yang perlu anda lakukan?
Muat turun aplikasi MyUBAT melalui App Store, Google Play atau AppGallery
1. Daftar perkhidmatan bekalan ubat susulan
2. Semak status bekalan ubat atau temu janji
3. Pinda tarikh temu janji (jika perlu)
Rujuk poster pendaftaran MyUBAT yang dilampirkan untuk maklumat terperinci. Sila berhubung dengan anggota farmasi jika anda berminat untuk menggunakan sistem ini. Hubungi kami di 03-89133264!