29/05/2026
DUA EKOR LEMBU DIKORBANKAN, PUSPEN JELEBU SEMARAK AIDILADHA
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu telah menganjurkan program ibadah korban sempena Aidiladha dalam suasana penuh kesyukuran dan kebersamaan.
Program ini melibatkan penyembelihan dua ekor lembu hasil sumbangan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Seawal pagi, seramai 30 orang kakitangan bersama klien PUSPEN Jelebu bergotong-royong melaksanakan proses melapah dan penyediaan daging korban.
Penglibatan secara langsung ini bukan sahaja menyemai nilai kerjasama, malah memberi peluang kepada klien untuk menghayati erti pengorbanan dan keinsafan.
Daging korban yang telah disediakan kemudiannya diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasuk komuniti setempat, sebagai usaha memperluas manfaat serta mengeratkan hubungan antara PUSPEN dan masyarakat sekitar.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh yang hadir bagi menyempurnakan program tersebut.
Kehadiran beliau menjadi simbol sokongan berterusan terhadap usaha pemulihan dan pembangunan sahsiah klien.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan & Pemulihan AADK, Dr. Nor Azri Ahmad; Pengarah PUSPEN Jelebu, Norasiken Ahmad; dan Pengarah AADK Negeri Sembilan, Ruziliza Ibrahim.
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)