Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat
Lot 7523, Jalan Hentian 1C, Plaza Hentian Kajang,
43000 Kajang, Selangor
2.956270, 101.790586 Promosi Kesihatan.
5.

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat diketuai oleh Dr Zailiza binti Suli , Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat. PKD ini menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut kepada lebih kurang 1.3 juta penduduk di seluruh daerah Hulu Langat, iaitu:
1. Kesihatan Keluarga meliputi perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, kesihatan primer dan kesihatan sekolah. Terdapat 11 Klinik Kesihatan, 2 Klinik Ibu dan Anak, 14 Klinik Desa dan 7 Klinik 1 Malaysia beroperasi di bawah pentadbiran PKD Hulu Langat memberikan perkhidmatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, serta perkhidmatan sokongan seperti rehabilitasi, radiology (x-ray), pemakanan dan dietary, perkhidmatan sosial perubatan.
2. Kawalan Penyakit dan Persekitaran meliputi program kawalan penyakit berjangkit, kawalan penyakit bawaan vektor, kawalan penyakit TB/Kusta, kawalan HIV/AIDS, kesihatan persekitaran, kawalan mutu air minuman, bekalan air kesihatan awam dan sanitari (BAKAS), inspektorat dan perundangan.
3. Farmasi yang memberikan perkhidmatan ubat-ubatan di klinik-klinik di bawah pentadbiran PKD Hulu Langat.
4. Kualiti dan Keselamatan Makanan.

IPU melebihi 100? Kekal aktif dengan lebih selamatApabila kualiti udara berada pada tahap tidak sihat:🏃 Tangguhkan aktiv...
16/09/2026

IPU melebihi 100? Kekal aktif dengan lebih selamat

Apabila kualiti udara berada pada tahap tidak sihat:

🏃 Tangguhkan aktiviti fizikal di luar bangunan.
🏠 Pindahkan aktiviti ke dalam bangunan yang sesuai.
📱 Semak bacaan IPU sebelum merancang aktiviti harian.

Kurangkan pendedahan kepada udara tercemar demi melindungi kesihatan diri dan keluarga.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

15/09/2026

Kesihatan mental adalah sebahagian penting daripada kesejahteraan diri, termasuk dalam kalangan petugas kesihatan yang sentiasa memberikan khidmat kepada masyarakat.

Sehubungan itu, Bahagian NCD, PKD Hulu Langat telah melaksanakan Program Bangkit Bersama: Minda Kuat, Jiwa Hebat sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran, mengukuhkan kesejahteraan mental serta memupuk budaya saling menyokong dalam kalangan warga kerja.

💚 Minda kuat, jiwa hebat, kerja lebih bermakna.


  melebihi 100? Kekal aktif dengan lebih selamatApabila kualiti udara berada pada tahap tidak sihat:🏃 Tangguhkan aktivit...
15/09/2026

melebihi 100? Kekal aktif dengan lebih selamat

Apabila kualiti udara berada pada tahap tidak sihat:

🏃 Tangguhkan aktiviti fizikal di luar bangunan.
🏠 Pindahkan aktiviti ke dalam bangunan yang sesuai.
📱 Semak bacaan IPU sebelum merancang aktiviti harian.

Kurangkan pendedahan kepada udara tercemar demi melindungi kesihatan diri dan keluarga.






Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

💕💕Adakah anda berumur 50 & ke atas? JOM DAPATKAN VAKSIN INFLUENZA SEKARANG DI KLINIK KESIHATAN BERHAMPIRAN ANDA!🌟PERCUMA...
15/09/2026

💕💕Adakah anda berumur 50 & ke atas? JOM DAPATKAN VAKSIN INFLUENZA SEKARANG DI KLINIK KESIHATAN BERHAMPIRAN ANDA!

🌟PERCUMA bagi warga emas berusia 60 tahun & ke atas

❤️ RM6 = RM1 (pendaftaran) & RM 5 (vaksin influenza) sahaja utk individu berusia 50-59 tahun dengan 1 komorbid

✅ Komorbid:
- Kencing Manis
- ⁠Darah Tinggi
- ⁠Kolesterol Tinggi
- ⁠Penyakit Paru-paru (COPD, Asma)
- Penyakit Kardiovaskular
- ⁠Obesiti (BMI>30 kg/m2)
- ⁠Penyakit Buah Pinggang

🗣️Jom ambil peluang ini & dapatkan SLOT VAKSIN INFLUENZA anda sekarang di Klinik Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat!

🏩 Klinik Kesihatan (KK):
- KK Ampang
- ⁠KK Taman Nirwana
- ⁠KK Batu 9
- ⁠KK Batu 14
- ⁠KK Bandar Tun Hussein Onn
- ⁠KK Semenyih
- ⁠KK Bangi
- ⁠KK Kajang
- ⁠KK Beranang
- ⁠KK Balakong
- ⁠KK Sg Sekamat
- ⁠KK Rinching Tengah
- ⁠KK Bandar Seri Putra
- ⁠KK Sg Chua

📲Tempah Slot di aplikasi MySejahtera Sekarang!
🔔 Selagi SLOT dan STOK masih ada 😊





14/09/2026

🫁 Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai ‘septic shock’ dan membahayakan nyawa.

Dikongsikan tanda-tanda dan langkah untuk mencegah sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

🏥 Berjumpalah dengan pakar kesihatan supaya proses penyiasatan dan rawatan dapat dilakukan.

Jerebu boleh memberi kesan lebih serius kepada golongan berisiko.Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, pesakit asma ata...
09/09/2026

Jerebu boleh memberi kesan lebih serius kepada golongan berisiko.

Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, pesakit asma atau penyakit paru-paru, pesakit jantung dan individu berpenyakit kronik perlu diberikan perhatian sewajarnya semasa jerebu.

✅ Hadkan aktiviti di luar bangunan
✅ Teruskan pengambilan ubat mengikut arahan doktor
✅ Pantau sebarang perubahan tahap kesihatan

Pastikan mereka berada dalam persekitaran yang selamat.

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera sekiranya mengalami kesukaran bernafas atau keadaan kesihatan semakin teruk.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Kenali Tanda Kesan JerebuPendedahan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan. Antara tanda yang perlu diberi perhatian ...
08/09/2026

Kenali Tanda Kesan Jerebu

Pendedahan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan.

Antara tanda yang perlu diberi perhatian ialah:

🔹 Mata pedih atau berair
🔹 Hidung berair dan kerap bersin
🔹 Tekak terasa gatal
🔹 Batuk
🔹 Kulit terasa gatal
🔹 Sakit kepala atau pening
🔹 Sukar bernafas atau sesak nafas

✅Hentikan sementara aktiviti di luar bangunan.

✅Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk.

✅Peka terhadap tanda-tanda ini.

✅Lindungi kesihatan diri dan keluarga sepanjang musim jerebu.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Guna Aerosol Dengan Betul, Lindungi Diri Daripada Gigitan AedesAerosol boleh membantu membunuh nyamuk Aedes dewasa di da...
07/09/2026

Guna Aerosol Dengan Betul, Lindungi Diri Daripada Gigitan Aedes

Aerosol boleh membantu membunuh nyamuk Aedes dewasa di dalam rumah, tetapi penggunaannya perlu dilakukan dengan cara yang betul dan mengikut arahan pada label produk.

Ingat! Aerosol bukan pengganti aktiviti cari dan musnah.

Paling penting kita hapuskan air bertakung untuk memutuskan kitaran pembiakan Aedes.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Address

Jalan Hentian 1B
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

0387367770

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share