19/05/2026
*KES RUJUKAN ORANG AWAM MENGENAI WARGA EMAS TINGGAL BERSEORANGAN*
19 Mei 2026- Pada 19 Mei 2026, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat telah menerima satu rujukan kes warga emas daripada orang awam mengenai seorang warga emas lelaki, berbangsa Cina, berusia 68 tahun. Pejabat ini telah menjalankan siasatan yang bertempat di Taman Semenyih Indah, Semenyih.
Siasatan mendapati warga emas berstatus bujang dan tinggal berseorangan. Warga emas merupakam anak bongsu daripada 10 orang adik-beradik. Dimaklumkan sudah tidak berhubung baik dengan adik-beradik. Warga emas tidak boleh menguruskan diri sendiri selepas terjatuh di bilik air. Telah menjalani pembedahan memasukkan besi di peha di Hospital Kajang.
Semasa lawatan, keadaan warga emas hanya duduk di atas kerusi dan memerlukan bantuan untuk bergerak. Warga emas bersetuju untuk ditempatkan sementara di pusat jagaan warga emas sementara pulih dan sihat.
Dengan kerjasama dan bantuan ambulans daripada Persatuan Amal Uncle Kentang Malaysia, warga emas telah di bawa ke Pusat Jagaan Warga Tua Damai, Cheras untuk penempatan dan penjagaan.
Pegawai bertugas :
- Puan Hamimah binti Muhamad Taib
- Cik Noor Ashah binti Hussein
Disediakan oleh :
Unit Warga Emas
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat
Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Selangor