15/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐
๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐
๐
Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)
๐ฅ Bilangan Peserta: 16 orang
๐ฉโ๐ซ Tenaga Pengajar: Puan Masithah Binti Jasman
๐ฉโ๐ซ Pensyarah Pembantu: Puan Junita Binti Sha'ari
Kursus Pendek Waffle & Instant Roti Boy For Kids telah berjaya dilaksanakan pada 14 Jun 2026 (Ahad) dengan penyertaan seramai 16 orang kanak-kanak. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas penyediaan waffle dan instant roti boy melalui sesi penerangan dan amali yang menyeronokkan.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta berpeluang mempelajari cara menyediakan adunan, menggunakan peralatan dengan betul serta menghasilkan produk mereka sendiri. Kanak-kanak menunjukkan minat yang tinggi, aktif mengambil bahagian dalam setiap aktiviti dan sangat teruja melihat hasil masakan yang berjaya dihasilkan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kursus. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Masithah Binti Jasman selaku tenaga pengajar dan Puan Junita Binti Sha'ari selaku pensyarah pembantu atas bimbingan, perkongsian ilmu serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan kursus ini. Semoga program seperti ini dapat terus memberi manfaat dan pengalaman bermakna kepada para peserta.