Puteri Bahagian JB

Puteri Bahagian JB Semangat yang tidak pernah luntur walau badai mendatang. Tetap kekal setia. PUTERI BANGKIT

๐Ÿ”ฅ JOM GEGARKAN PERSISIRAN BAYU PUTERI! ๐Ÿ”ฅAnda dah bersedia untuk pagi yang penuh tenaga, keseronokan dan hadiah menarik?P...
09/06/2026

๐Ÿ”ฅ JOM GEGARKAN PERSISIRAN BAYU PUTERI! ๐Ÿ”ฅ

Anda dah bersedia untuk pagi yang penuh tenaga, keseronokan dan hadiah menarik?

PROGRAM JELAJAH ORANG JOHOR DUN STULANG (JOJ)

ZUMBA & BRISK WALK 2026 dan rasai sendiri kemeriahan bersama keluarga, sahabat serta komuniti setempat!

โœจ Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda:
๐ŸŽ Lucky Draw
๐ŸŽ’ Goodies Bag
๐Ÿ… Medal Penyertaan
๐Ÿ‘• Pertandingan Pakaian Paling Cantik (Tema Bebas)

๐Ÿ’ช Luangkan masa untuk kesihatan, eratkan silaturahim dan cipta kenangan indah bersama warga DUN Stulang dalam suasana yang penuh ceria dan harmoni.

๐Ÿ“… 13 Jun 2026 (Sabtu)
โฐ 7.30 Pagi
๐Ÿ“ Persisiran Bayu Puteri

๐ŸŒŸ Anda berpeluang membawa pulang hadiah menarik!

Jangan tunggu saat akhir โ€” ajak keluarga, kawan-kawan dan jiran, kita meriahkan bersama! ๐Ÿ”ฅ

MajuJohor BayuPuteri JomSihat

๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟJentera Puteri  Johor Bahru  telah hadir petang tadi  di Stadium...
07/06/2026

๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ

Jentera Puteri Johor Bahru telah hadir petang tadi di Stadium Tertutup Kompleks Educity, Iskandar Puteri.

Majlis disempurnakan sendiri oleh YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional dan diiringi oleh YAB Datoโ€™ Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri Johor.

Turut diadakan Majlis Penyerahan Negeri Angkat dan juga Pelancaran Lagu Tema BN Johor bersempena PRN Johor yang bakal menyusul kelak.

Hidup bangsa Johor, Hidup Barisan Nasional Johor, Hidup Barisan Nasional !!!

๐Ÿ—“ Ahad, 7 Jun 2026
๐Ÿ“ Stadium Tertutup Kompleks Educity, Iskandar Puteri Johor




10/05/2026

๐ŸŒธ Alhamdulillah, selesai sudah ๐ŸŒธ

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan pagi Ahad kami dengan semangat, senyuman dan aura pinkies yang cukup happening! ๐Ÿ’–๐ŸŽ€

Bukan sekadar berjalan santai, tapi hari ini kita sama-sama mengeratkan ukhuwah, menyemai gaya hidup sihat & mencipta memori indah bersama keluarga PuteriJB!

Seronok tengok semua sporting dengan outfit pink masing-masing, memang meriah TMYIC pagi tadi! ๐Ÿฉท
Semoga program kecil ini jadi permulaan kepada lebih banyak aktiviti bermanfaat untuk anak muda dan wanita muda di Johor Bahru ๐ŸŒท

Jumpa lagi di program akan datang! ๐Ÿ’•

Selesai sudah program Briskwalk Santai Puteri JB pagi tadi! ๐ŸŒธ Terima kasih diucapkan kepada semua "Pinkies" yang hadir m...
10/05/2026

Selesai sudah program Briskwalk Santai Puteri JB pagi tadi! ๐ŸŒธ Terima kasih diucapkan kepada semua "Pinkies" yang hadir memeriahkan suasana di TMIYC JB. Bukan setakat peluh yang keluar, tapi ukhuwah pun makin erat. Terbaiklah semua! Sampai jumpa lagi di program akan datang.๐Ÿ’–โœจ






๐ŸŒธ BRISKWALK SANTAI PUTERIJB 2026 ๐ŸŒธNak mulakan pagi Ahad dengan aktiviti sihat ? Jom sertai kami! ๐Ÿ’–๐Ÿ“… Tarikh: 10 Mei 2026 ...
08/05/2026

๐ŸŒธ BRISKWALK SANTAI PUTERIJB 2026 ๐ŸŒธ

Nak mulakan pagi Ahad dengan aktiviti sihat ?
Jom sertai kami! ๐Ÿ’–

๐Ÿ“… Tarikh: 10 Mei 2026 (Ahad)
โฐ Masa: 7.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: TMIYC
๐ŸŽ€ Tema: Pinkies

Pakai outfit pink paling cun/cool korang dan jalan santai bersama geng PuteriJB sambil mengeratkan ukhuwah ๐Ÿ’•

โœจ Sihatkan badan
โœจ Tenangkan minda
โœจ Tambah kawan baru

Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada pagi yang ceria ini!

๐Ÿ“ข Save the date & ajak kawan-kawan sekali!

Selamat Ulang Tahun ๐ŸŽ‰Puan Marliana binti Abdul Hamid๐ŸŒนSemoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segal...
06/05/2026

Selamat Ulang Tahun ๐ŸŽ‰

Puan Marliana binti Abdul Hamid๐ŸŒน

Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, serta terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin dengan penuh dedikasi dan inspirasi ๐ŸŒธโœจ

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, delegasi daripada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru telah  mengikuti si...
03/05/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, delegasi daripada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru telah mengikuti siri program sempena sambutan Konvensyen UMNO 80 Tahun yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Pada 1 Mei 2026, kami telah menyertai Sesi Sembang Santai anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang berlangsung di Auditorium UMNO, Menara Datoโ€™ Onn. Program ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hasan yang turut menyampaikan pandangan serta amanat yang penuh bermakna, sekali gus menyuntik semangat dan inspirasi kepada kami sebagai sayap muda parti untuk terus kekal relevan dan berdaya saing dalam mendepani cabaran politik semasa. Sembang Santai dan Gimik Penyerahan Kad Keahlian UMNO menerusi kempen "Geng Jom Join Puteri" ini adalah langkah penting bagi memastikan kesinambungan legasi parti dengan menarik lebih ramai bakat muda untuk bersama-sama dalam saf perjuangan.

Keesokan harinya, pada 2 Mei 2026, kami telah menghadiri Konvensyen UMNO 80 Tahun yang berlangsung di Dewan Merdeka. Konvensyen ini merupakan wadah penting bagi tujuan muhasabah, memperkukuh kesatuan serta merangka perancangan strategik ke arah memastikan UMNO terus kekal sebagai wadah perjuangan yang diyakini serta terus mendapat kepercayaan rakyat.

Pada jam 8.30 malam hari yang sama, kami turut berkesempatan menyertai program anjuran Biro Ekonomi dan Biro Media Puteri UMNO bertajuk โ€œMemperkasa Media Sosial: How To Be Like A Yang Berhormatโ€. Melalui sesi ini, kami didedahkan dengan kemahiran komunikasi digital, strategi membina pengaruh positif, serta cara menampilkan imej pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan dekat dengan rakyat di platform media sosial.

Insya-Allah, segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh akan kami manfaatkan dan kongsikan bersama rakan-rakan seperjuangan di Johor Bahru. Sebagai pemimpin muda, kami bertekad untuk menjadi suara yang benar, berkesan dan berimpak tinggi demi agama, bangsa dan tanah air.

Puteri terus melangkah, memperkasa dan memimpin masa depan.







*Selamat Hari Raya Aidilfitri* Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan yang sederhana,ketenangan dalam hati,dan rezeki yan...
21/03/2026

*Selamat Hari Raya Aidilfitri*

Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan yang sederhana,
ketenangan dalam hati,
dan rezeki yang sentiasa diberkati.

Alhamdulillah, Program Kongsi Rezeki & Agihan Kurma Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru telah berjalan dengan lancar ๐ŸคโœจSeti...
17/03/2026

Alhamdulillah, Program Kongsi Rezeki & Agihan Kurma Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru telah berjalan dengan lancar ๐Ÿคโœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Datuk Yahya bin Jaafar selaku Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru yang turut sama membantu dalam menjayakan agihan kurma ini. Sokongan dan keprihatinan yang diberikan amat kami hargai ๐Ÿคฒ

Terima kasih juga kepada semua ahli Puteri yang hadir dan memberikan komitmen yang padu. Semoga setiap usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan dan memberi manfaat kepada semua ๐ŸŒธ




Alhamdulillah berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Belia bersama YAB Menteri Besar Johor sempena Ramadan 1447H ...
10/03/2026

Alhamdulillah berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Belia bersama YAB Menteri Besar Johor sempena Ramadan 1447H ๐ŸŒ™โœจ

Terima kasih kepada YAB Datoโ€™ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, atas kesudian bersama-sama meluangkan masa berbuka puasa bersama para belia. Suasana sederhana seperti ini cukup bermakna dalam mengeratkan silaturahim serta menyatukan kita semua dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan.

Semoga YAB Menteri Besar Johor sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus memimpin dengan penuh amanah demi kesejahteraan rakyat Johor. ๐Ÿคฒโœจ

Ramadan mengajar kita bahawa kebersamaan dan ukhuwah adalah kekuatan sebenar dalam membina masyarakat yang lebih baik. ๐ŸŒ™

Address

02-02, Jalan Suria 18, Taman Putera
Johore Lama
81100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri Bahagian JB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share