Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Laman Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Laman Sesawang Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Johor, dikawalselia oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dan ICT@Johor

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-P...
01/06/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada
YB Dato' Mohammed Ridha Bin Dato' Abd Kadir
Setiausaha Kerajaan Johor

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj Ib...
30/05/2026

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim

Tunku Putera Johor

Sempena

Ulang tahun hari keputeraan pada 30 Mei 2026 bersamaan 13 Zulhijjah 1447H

Semoga Allah SWT merahmati usia Yang Amat Mulia Tunku

Sembah Takzim daripada
YB Datoโ€™ Mohammed Ridha Bin Datoโ€™ Abd Kadir
Setiausaha Kerajaan Johor

๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Œ๐”๐€๐…๐€๐Š๐€๐“ ๐–๐€๐‘๐๐€๐ˆ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐ˆ๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡Suasana di kawasan parkir Blok C, Bangunan Datoโ€™ Jaafa...
29/05/2026

๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Œ๐”๐€๐…๐€๐Š๐€๐“ ๐–๐€๐‘๐๐€๐ˆ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐ˆ๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Suasana di kawasan parkir Blok C, Bangunan Datoโ€™ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar bertukar meriah hari ini bersempena dengan Program Ibadah Korban Perdana Kota Iskandar Tahun 1447H/2026M. Program kolaborasi antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Khidmat Pengurusan), PUSPANITA Cawangan Negeri Johor, dan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) ini telah dikelolakan dengan jayanya oleh Southern Volunteers Kota Iskandar (SVKI) dengan penglibatan aktif pelbagai jabatan serta agensi Kerajaan Negeri.

Majlis ibadah korban ini tambah berseri lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Mohammed Ridha bin Dato' Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor bersama isteri, Yang Dihormati Datin Siti Azizah binti Omar, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor. Turut sama turun padang bagi memberikan sokongan ialah YB Dato' Haji Ismail bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) dan YBhg. Puan Tazrina Ahmad, Pengarah Media Digital Johor merangkap Ketua SVKI.

Seluruh warga kerja perkhidmatan awam sekitar Kota Iskandar berganding bahu melaksanakan aktiviti melapah, memotong, menimbang, membungkus, sehinggalah kepada proses pengagihan daging korban.

Semangat gotong-royong yang dizahirkan ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam, malah memperkukuh ukhuwah dan nilai muafakat yang menjadi teras kebersamaan di Kota Iskandar.

ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, telah berangkat ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bagi menunaika...
27/05/2026

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, telah berangkat ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat pada pagi ini, 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H.

Turut berangkat sama ialah DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.

Hadir sama menyambut keberangkatan baginda dan menunaikan solat bersama-sama ialah Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, barisan kepimpinan negeri, serta seluruh jemaah yang hadir.
Suasana pagi lebaran di masjid bersejarah ini berlangsung dengan penuh ketertiban dan kesyukuran, mencerminkan keutuhan ukhuwah serta hubungan erat antara institusi DiRaja, kepimpinan, dan rakyat jelata.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H. Semoga ibadah korban kita semua diberkati dan diterima oleh Allah SWT.

โœจ๐ŸŒ™ ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡๐ŸŒ™โœจSempena Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1447H bersamaan 27 Mei 2026, marilah sama-sama b...
27/05/2026

โœจ๐ŸŒ™ ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡๐ŸŒ™โœจ

Sempena Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1447H bersamaan 27 Mei 2026, marilah sama-sama berdoa semoga kita semua diberi peluang untuk terus berbakti dan berkorban demi kebaikan bersama.

Ikhlas daripada:
Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Dato' Abd Kadir
Setiausaha Kerajaan Johor

&

Yang Dihormati Datin Hajah Siti Azizah binti Omar
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor

๐˜๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐’๐€๐Š๐’๐ˆ๐Š๐€๐ ๐‰๐ƒ๐“ ๐‹๐€๐Š๐€๐‘ ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ’ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐”๐‘๐”๐“-๐“๐”๐‘๐”๐“Yang Berhormat Datoโ€™ M...
24/05/2026

๐˜๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐’๐€๐Š๐’๐ˆ๐Š๐€๐ ๐‰๐ƒ๐“ ๐‹๐€๐Š๐€๐‘ ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ’ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐”๐‘๐”๐“-๐“๐”๐‘๐”๐“

Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, malam tadi telah hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) melakar sejarah sebagai pasukan pertama menjuarai Piala Malaysia sebanyak empat kali berturut-turut selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pencapaian luar biasa ini mencerminkan standard tinggi, visi, serta kerja keras berterusan seluruh pengurusan, barisan pemain, dan juga sokongan padu tanpa batas daripada ekor Harimau Selatan yang setia berdiri di belakang pasukan.

Legasi diteruskan, sejarah terus tercipta di bumi Johor. Luaskan Kuasamu Johor!

ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA 25 MEI 2026 (ISNIN) SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) MENJUARAI P...
23/05/2026

PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA 25 MEI 2026 (ISNIN) SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) MENJUARAI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2025/26

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐˜๐๐‡๐†. ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€: ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐’๐ˆ๐๐„๐‘๐†๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ - ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐”๐“๐”๐€๐Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed...
22/05/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐˜๐๐‡๐†. ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€: ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐’๐ˆ๐๐„๐‘๐†๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ - ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐”๐“๐”๐€๐

Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), bertempat di Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Putrajaya, hari ini. Turut mengiringi sesi kunjungan hormat ini ialah YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor.

Pertemuan rasmi ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan strategik serta jalinan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Johor dengan Kerajaan Persekutuan.

Sinergi dan keselarasan dasar yang mantap antara kedua-dua pihak amatlah kritikal bagi memastikan kelancaran pelaksanaan agenda pembangunan impak tinggi dan pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan awam demi kemakmuran Bangsa Johor serta negara amnya.

ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐‘๐€๐๐ˆ๐ƒ ๐“๐‘๐€๐๐’๐ˆ๐“ ๐’๐˜๐’๐“๐„๐Œ ๐‹๐ˆ๐๐Š (๐‘๐“๐’ ๐‹๐ˆ๐๐Š)Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiau...
19/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐‘๐€๐๐ˆ๐ƒ ๐“๐‘๐€๐๐’๐ˆ๐“ ๐’๐˜๐’๐“๐„๐Œ ๐‹๐ˆ๐๐Š (๐‘๐“๐’ ๐‹๐ˆ๐๐Š)

Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, telah menghadiri lawatan tapak bagi meninjau status kemajuan projek Johor Bahruโ€“Singapore Rapid Transit System Link (RTS Link) di kawasan pembinaan RTS Pedestrian Overhead Bridge, JB Sentral, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru, hari ini.

Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, bagi melihat secara dekat fasa pembinaan jejambat pejalan kaki yang bakal menjadi komponen integrasi utama bagi kemudahan pengguna kelak.

Turut bersama -sama dalam lawatan ini ialah YB Datoโ€™ Haji Mohd Noorazam bin Datoโ€™ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Mohd Faโ€™iz bin Salehon, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Negeri Johor, dan barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri & agensi yang terlibat.

Pemantauan rapat dan komitmen berterusan daripada barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri amat kritikal bagi memastikan projek mega berimpak tinggi ini berjalan lancar mengikut jadual, demi transformasi sistem pengangkutan awam yang lebih efisien untuk Bangsa Johor.

ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐‚๐ˆ๐Š๐†๐”: ๐†๐”๐‘๐” ๐๐ˆ๐“๐€๐‘๐€, ๐๐€๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan buat seluruh ...
16/05/2026

๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐‚๐ˆ๐Š๐†๐”: ๐†๐”๐‘๐” ๐๐ˆ๐“๐€๐‘๐€, ๐๐€๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan buat seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan, serta dedikasi yang tiada sempadan dalam membimbing kita semua menjadi insan yang berilmu dan bermakna.

Sesungguhnya, guru bukan sekadar penyampai ilmu di dalam kelas, malah mereka adalah pemacu harapan dan pembina peradaban yang menjadi nadi utama kepada kemajuan serta masa depan pendidikan negara.

Tahun Ini, Tahun Kita! Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang cekal menabur bakti demi anak bangsa.

ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

Address

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar
Johor Bahru
79503

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072666070

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share