14/09/2026
| RAJA PERMAISURI AGONG TITAH KARNIVAL HARI KELUARGA NEGERI JOHOR DITANGGUHKAN AKIBAT JEREBU
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menitahkan agar Karnival Hari Keluarga Johor yang dijadualkan pada 16 September 2026 ditangguhkan ke satu tarikh yang sesuai akibat jerebu yang meruncing di negeri Johor.
Karnival itu diilhamkan Seri Paduka Baginda dan
dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor serta Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) bagi menyediakan ruang untuk rakyat jelata di negeri Johor bersuka ria bersama keluarga dan anak-anak bersempena Hari Malaysia.
Daerah Johor Bahru terutamanya mencatat Indeks Pencemaran Udara setinggi 162 di Pasir Gudang dan 159 di Larkin.
“Saya menasihati orang ramai agar mengambil langkah
berjaga-jaga, terutama bagi warga emas dan kanak-kanak, serta mereka yang menghidap masalah kesihatan pernafasan.
“Walaupun niat saya untuk menyediakan ruang mencipta
kenangan manis sempena Hari Malaysia, namun kita tidak boleh mengambil risiko ke atas kesihatan rakyat jelata. In Shaa Allah, karnival ini akan diadakan apabila tahap kebersihan udara kembali ke paras yang baik,” titah Raja Permaisuri Agong.
Facebook: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sumber: https://www.facebook.com/share/p/
1WRFENjLMu/?mibextid=wwXIfr