27/01/2026
MAJLIS PELANCARAN JOHOR CULTURA! 2026 DAERAH BATU PAHAT PERINGKAT NEGERI JOHOR
📅Tarikh : 24 Januari 2026 (Sabtu)
⏰ Masa : 8.30 malam
📍 Tempat : Laman Budaya @ Bandar Penggaram
Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap Exco Angkat Daerah Batu Pahat dengan membuat paluan Jidor sebanyak 3 kali.
Johor Cultura! merupakan sebuah program seni dan budaya hujung minggu yang akan dilaksanakan di seluruh daerah di Negeri Johor.
Program Johor Cultura! 2026 telah diisi dengan persembahan dan aktiviti yang akan berlangsung dari Januari hingga Disember 2026, dengan kerjasama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mengenal pasti lokasi pelancongan yang strategik serta menjadi tumpuan orang ramai.