Dewan Muslimat PAS Negeri Johor

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor FB Rasmi Dewan Muslimat PAS Negeri Johor

Follow kami di instagram : dewan_muslimat_pas_johor

Tweeter : TwitDMPNJohor

DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Se...
01/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Patik sekalian menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih atas kepimpinan, kebijaksanaan serta jasa Tuanku dalam memayungi rakyat dan memelihara kesejahteraan negara.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, kesejahteraan, keberkatan usia dan kekuatan kepada Tuanku untuk terus memimpin negara dengan penuh hikmah dan adil.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.



Salam Aidiladha 1447H / 2026M ✨Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam.Semoga pengorbanan yang dil...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M ✨

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam.

Semoga pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan menjadi bukti ketaatan kita kepada Allah SWT, sebagaimana kisah agung pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Aidiladha mengajar kita erti sabar, reda dan pengorbanan dalam membina keluarga, masyarakat serta perjuangan ummah.

Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah dan menyemai rasa syukur dalam setiap hati.

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.”
— Surah Al-An‘am: 162

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidil Adha


18/05/2026
Tahniah
17/05/2026

Tahniah

TAHNIAH
YB. Dato’ Dr. Sahruddin Jamal
Atas Pelantikan Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Johor

PAS Johor merakamkan ucapan tahniah serta komited memberikan kerjasama penuh kepada YB. Dato’ Dr. Sahruddin dalam memperkukuhkan gerak kerja Perikatan Nasional mendepani Pilihan Raya Negeri Johor akan datang.

Semoga dipermudahkan segala urusan dalam memimpin demi Johor yang berkat, prihatin dan sejahtera.



Selamat Hari Belia
17/05/2026

Selamat Hari Belia

Semoga belum terlambat untuk saya mengucapkan,

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲

Belia hari ini merupakan kekuatan dan harapan masa depan negara. Teruslah membina ilmu, memperkukuh akhlak, serta memimpin dengan integriti demi Malaysia yang lebih berkat, prihatin, dan sejahtera.

Semoga generasi belia terus menjadi pencetus perubahan yang membawa kebaikan kepada agama, bangsa, dan tanah air.

Berkat • Prihatin • Sejahtera

Ikhlas Daripada
Tuan Guru Dato’ Dr. Hj Mahfodz bin Mohamed
Pesuruhjaya PAS Johor

Alhamdulillah
17/05/2026

Alhamdulillah

PAS Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB. Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas lantikan sebagai Ketua Pembangkang Perikatan Nasional.

Semoga amanah besar ini dapat digalas dengan penuh hikmah, tegas mempertahankan suara rakyat serta membawa semak dan imbang yang konstruktif demi kesejahteraan negara.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan terus mengurniakan kekuatan dalam memimpin.



SELAMAT HARI GURU 2026 🌹16 Mei 2026Guru adalah insan mulia yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik akhlak dan ...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026 🌹
16 Mei 2026

Guru adalah insan mulia yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik akhlak dan membimbing generasi demi masa depan ummah serta negara.

Segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan menjadi jasa yang amat besar nilainya.

Bak kata pepatah, “guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.” Dalam diam mereka berkorban masa, tenaga dan perasaan demi memastikan anak didik terus berjaya.

Sesungguhnya tugas mendidik adalah amal yang sangat mulia di sisi Allah. Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya."
— Hadis Riwayat Muslim

Moga setiap ilmu yang disampaikan menjadi pahala yang terus mengalir dan diberkati Allah SWT.

✨ Terima kasih cikgu atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi.

Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang terus menyinari kehidupan insan dengan ilmu dan hikmah.

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor



SELAMAT HARI JURURAWAT12 Mei 2026Dewan Muslimat PAS Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terim...
12/05/2026

SELAMAT HARI JURURAWAT
12 Mei 2026

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jururawat yang telah mencurahkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi, sabar dan ihsan dalam menjaga kebajikan serta kesihatan masyarakat.

Sesungguhnya, para jururawat merupakan front liner yang sentiasa teguh di barisan hadapan, hadir membantu tanpa mengira masa, penat lelah dan cabaran yang dihadapi.

Jasa dan pengorbanan kalian amat besar nilainya, menjadi nadi penting dalam sistem penjagaan kesihatan negara.

Kecekalan, kelembutan layanan dan semangat berkhidmat yang ditunjukkan mencerminkan nilai kemanusiaan yang tinggi serta menjadi inspirasi kepada masyarakat.

Semoga setiap keringat yang dicurahkan menjadi amal kebajikan yang diberkati Allah SWT, dikurniakan kekuatan, kesihatan yang baik serta ganjaran pahala atas setiap jasa yang dihulurkan.

Selamat Menyambut Hari Jururawat

“Jururawat Disanjung, Jasamu Dikenang, Khidmatmu Dihargai.”

Ikhlas daripada,
Dewan Muslimat PAS Negeri Johor

اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَDengan rasa dukacita menerima berita pemergian Timbalan Ketua Muslimat PAS ...
07/05/2026

اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Dengan rasa dukacita menerima berita pemergian Timbalan Ketua Muslimat PAS Bakri Allahyarhamah Cikgu AZIZAH BINTI ALIMAT yang juga merupakan mantan guru PASTI Kawasan Bakri.

Dimaklumkan telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 7 Mei 2026 pada jam 6.40 petang.

Kami dari Dewan Muslimat PAS Negeri Johor mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya, diluaskan kuburnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dikurniakan kesabaran, kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Al Fatihah.


BANTAHAN TERHADAP PENGANJURAN FESTIVAL RAVE RAIN WATER MUSIC DI BUKIT BINTANGDewan Muslimat PAS Negeri Johor memandang s...
01/05/2026

BANTAHAN TERHADAP PENGANJURAN FESTIVAL RAVE RAIN WATER MUSIC DI BUKIT BINTANG

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor memandang serius penganjuran program Rain Rave Festival yang secara jelas menormalisasikan budaya hedonisme, pergaulan bebas serta aktiviti yang melalaikan masyarakat daripada nilai agama dan akhlak mulia.

Kawasan awam seperti Bukit Bintang sewajarnya dimartabatkan sebagai lokasi yang mencerminkan adab ketimuran, keharmonian masyarakat, dan pembangunan insan yang seimbang — bukan menjadi pentas kepada program yang boleh mengundang kemungkaran dan kemurkaan Allah.

Allah SWT berfirman:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk." (Surah Al-Israa' : 32)

Ayat ini bukan sekadar melarang zina, bahkan menegah segala jalan yang membawa ke arah maksiat, termasuk hiburan melampau, percampuran bebas lelaki dan wanita, pendedahan aurat, serta suasana yang merangsang hawa nafsu.

Sabda Rasulullah SAW:
"Setiap umatku akan diberi keampunan kecuali mereka yang terang-terangan melakukan maksiat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam tidak menolak hiburan, namun hiburan mestilah dibimbing dalam kerangka syariat, tidak melampaui batas dan tidak menjadi wasilah kepada kemungkaran.

Program yang mengangkat budaya liar, pesta yang keterlaluan dan elemen tidak bermoral wajib dibantah oleh semua lapisan masyarakat demi memelihara peradaban generasi serta kesejahteraan agama.

Justeru, Muslimat Johor sekali lagi menyeru pihak berkuasa, penganjur, dan seluruh masyarakat agar menghentikan penganjuran program seumpama ini serta mengutamakan pelaksanaan aktiviti yang sihat, membina jiwa dan selari dengan nilai agama serta budaya bangsa Malaysia.

Firman Allah SWT:
"Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali 'Imran :104)

Mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab bersama; memelihara maruah masyarakat adalah amanah kita semua.

PAS konsisten dan komited dalam agenda menyelamatkan generasi kita,pewaris negara yang tercinta.

Ummi Zakiah binti Tukirin
Ketua Muslimat
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI JOHOR



Address

No 42 , Jalan Padi Ria 1, Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share