Seksyen Harta Tanah UTM

Seksyen Harta Tanah UTM Selamat datang ke Seksyen Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia.

Dapatkan maklumat terkini berkaitan harta tanah universiti.



10/06/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 ππ„π‘πˆπŠπ’π€ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ π“π„πŠππŽπ‹πŽπ†πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π”π“πŒ) πƒπˆ 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐑, πŒπ”πŠπˆπŒ 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓, πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ, π‰πŽπ‡πŽπ‘.Pada ...
18/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 ππ„π‘πˆπŠπ’π€ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ π“π„πŠππŽπ‹πŽπ†πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π”π“πŒ) πƒπˆ 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐑, πŒπ”πŠπˆπŒ 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓, πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ, π‰πŽπ‡πŽπ‘.

Pada 6 Mei 2026, Seksyen Harta Tanah dengan kerjasama Bahagian Keselamatan UTM telah melaksanakan lawat periksa tapak bagi pemeriksaan fizikal persempadanan tanah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Bandar Penawar, Mukim Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor.

Lawat periksa ini melibatkan pemantauan kawasan persempadanan tanah universiti melalui kaedah tinjauan udara menggunakan dron serta semakan di lapangan oleh pegawai yang terlibat. Penggunaan dron membantu proses pemeriksaan khususnya di kawasan yang sukar diakses dan diliputi hutan tebal.

Semoga usaha dan kerjasama strategik antara Seksyen Harta Tanah dan Bahagian Keselamatan ini dapat terus diperkukuhkan dalam memastikan pengurusan, pemantauan dan keselamatan aset tanah universiti sentiasa berada pada tahap yang baik.

Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM
Bahagian Keselamatan UTM




π‘πŽππƒπ€π€π ππ„π‘πˆπŒπ„π“π„π‘ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 π”π“πŒ πŠπ€πŒππ”π’ π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔Pada 21 April hingga 23 April 2026, Seksyen Harta Tanah (S*T) dengan kerja...
06/05/2026

π‘πŽππƒπ€π€π ππ„π‘πˆπŒπ„π“π„π‘ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 π”π“πŒ πŠπ€πŒππ”π’ π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔

Pada 21 April hingga 23 April 2026, Seksyen Harta Tanah (S*T) dengan kerjasama Bahagian Keselamatan UTM (BK) telah melaksanakan Rondaan Perimeter Tanah UTM Kampus Johor Bahru melibatkan beberapa orang pegawai S*T dan anggota BK. Rondaan ini dijalankan bagi memperkukuh kawalan dan pemantauan keselamatan kawasan persempadanan tanah universiti.

Objektif utama rondaan ini adalah untuk mengenal pasti sebarang pencerobohan, binaan tidak sah, kerosakan pagar sempadan, serta isu-isu lain yang berkaitan keselamatan dan pengurusan tanah universiti. Pada masa yang sama, penilaian turut dilaksanakan terhadap keadaan fizikal tanah dan tahap risiko keselamatan di sepanjang kawasan perimeter universiti.

Bagi membantu operasi di kawasan yang sukar diakses, penggunaan teknologi dron telah dimanfaatkan bagi tujuan tinjauan udara dan dokumentasi kawasan perimeter secara lebih menyeluruh dan efisien. Sepanjang tempoh tiga (3) hari pelaksanaan rondaan, hampir 20 kilometer laluan perimeter telah berjaya diliputi.

Semoga sinergi dan kerjasama strategik antara Seksyen Harta Tanah dan Bahagian Keselamatan ini dapat terus diperkukuh pada masa akan datang dalam usaha memelihara keselamatan, integriti persempadanan, serta kelestarian aset tanah Universiti Teknologi Malaysia secara berterusan.

Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM
Bahagian Keselamatan UTM




π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua warga kerja Universiti Teknologi Malaysia (UTM...
30/04/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua warga kerja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terus komited, berdedikasi dan menyumbang tenaga demi pembangunan organisasi dan negara.

Semoga setiap usaha yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan serta kesejahteraan bersama.

Pekerja MADANI Kesuma Bangsa πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM




π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŒπ€π€π… π™π€π‡πˆπ‘ 𝐃𝐀𝐍 ππ€π“πˆπ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒSemoga Aidilfitri membawa ketenangan dalam hidup kita. Ikhl...
24/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŒπ€π€π… π™π€π‡πˆπ‘ 𝐃𝐀𝐍 ππ€π“πˆπ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Semoga Aidilfitri membawa ketenangan dalam hidup kita.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga Kerja Seksyen Harta Tanah

Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM




πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π’π„πŠπ’π˜π„π 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 ππˆπ‹.𝟐/πŸπŸŽπŸπŸ”Mesyuarat Pengurusan Seksyen Harta Tanah (S*T) Bil. 2/2026 telah diad...
27/02/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π’π„πŠπ’π˜π„π 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 ππˆπ‹.𝟐/πŸπŸŽπŸπŸ”

Mesyuarat Pengurusan Seksyen Harta Tanah (S*T) Bil. 2/2026 telah diadakan pada 25 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Solusi Bentala dan dipengerusikan oleh Puan Ir. Norhashimah binti Haji Hashim, Pengarah Seksyen Harta Tanah.

Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pengurusan dan pemantapan operasi seksyen. Pengerusi menekankan kepentingan pemantauan kehadiran staf secara berkala setiap bulan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh disiplin dan akauntabiliti warga kerja. Selain itu, laporan scorecard turut diberi perhatian khusus dengan cadangan penambahbaikan melalui penggunaan pendekatan infografik bagi meningkatkan kejelasan dan keberkesanan pelaporan kepada pihak pengurusan.

Mesyuarat turut membincangkan perancangan pelaksanaan projek quick win melibatkan tanah-tanah milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang perlu disegerakan bagi memastikan potensi aset universiti dapat dimanfaatkan secara optimum dan strategik.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi turut memaklumkan bahawa Encik Mohamad Faizal bin Suleiman, Penolong Arkitek Landskap dari Unit Geodata dan Persempadanan, akan bertukar ke Pejabat Pengarah bagi melaksanakan tugasan khas, selaras dengan keperluan semasa jabatan.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan S*T dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan pengurusan serta memastikan perancangan strategik harta tanah universiti dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.

https://dvcdev.utm.my/harta-tanah/
Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM




23/02/2026
π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒSeksyen Harta Tanah (S*T) mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H...
18/02/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Seksyen Harta Tanah (S*T) mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H / 2026M kepada seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia dan semua yang beragama Islam.

β€œπ‘†π‘’π‘ π‘–π‘Žπ‘π‘Ž π‘¦π‘Žπ‘›π‘” π‘π‘’π‘Ÿπ‘π‘’π‘Žπ‘ π‘Ž π‘…π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘‘π‘Žπ‘› π‘‘π‘’π‘›π‘”π‘Žπ‘› π‘π‘’π‘›π‘’β„Ž π‘˜π‘’π‘–π‘šπ‘Žπ‘›π‘Žπ‘› π‘‘π‘Žπ‘› π‘–β„Žπ‘‘π‘–π‘ π‘Žπ‘ (π‘šπ‘’π‘›π‘”β„Žπ‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘π‘˜π‘Žπ‘› π‘˜π‘’π‘Ÿπ‘’π‘‘β„Žπ‘Žπ‘Žπ‘› π΄π‘™π‘™π‘Žβ„Ž) π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘‘π‘–π‘Žπ‘šπ‘π‘’π‘›π‘˜π‘Žπ‘› π‘‘π‘œπ‘ π‘Žπ‘›π‘¦π‘Ž π‘¦π‘Žπ‘›π‘” π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘‘π‘Žβ„Žπ‘’π‘™π‘’β€
Riwayat al Bukhari, Kitab al Iman,
Bab Shawmu Ramadhan Ihtisaban Mina al Iman no. 38.

Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk memperkukuh keimanan, meningkatkan keikhlasan dalam beribadah, serta mempererat hubungan silaturahim dalam kehidupan dan perkhidmatan seharian.

Ramadan Kareem.

Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM



π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 π‚πˆππ€ πŸπŸŽπŸπŸ”Seksyen Harta Tanah (S*T) mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh warga ...
16/02/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 π‚πˆππ€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Seksyen Harta Tanah (S*T) mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia serta rakan-rakan yang meraikannya.

Semoga tahun baharu ini membawa kesejahteraan, kebahagiaan, kemakmuran dan kejayaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan. Diharapkan juga agar semangat perpaduan, keharmonian dan kerjasama terus diperkukuhkan demi kecemerlangan bersama.

Gong Xi Fa Cai!

Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM



π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π π‰πŽπ‡πŽπ‘ π˜π€ππ† πŠπ„-πŸπŸ”
16/02/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π π‰πŽπ‡πŽπ‘ π˜π€ππ† πŠπ„-πŸπŸ”

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π π‰πŽπ‡πŽπ‘ π˜π€ππ† πŠπ„-πŸπŸ”

Seluruh warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Ridha Bin Dato’ Haji Abd Kadir di atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Johor Yang Ke-26.

Kami warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dengan penuh takzim mengalu-alukan kepimpinan Yang Berhormat Dato' dan berikrar untuk memberikan komitmen serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam memacu kecemerlangan pentadbiran Negeri Johor demi kesejahteraan Bangsa Johor.

Semoga Allah SWT memberkati pelantikan ini dan mengurniakan taufik serta hidayah kepada Yang Berhormat Dato' dalam menggalas amanah yang mulia ini.

"Selamat Menjalankan Tugas, Yang Berhormat Dato'!"

Address

F53B Seksyen Harta Tanah, Kompleks Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seksyen Harta Tanah UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share