22/05/2026
AYUH BELIA NEGERI JOHOR (ABNJ) Tahun 2026 DISEMPURNAKAN OLEH YB Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid ✨
Program Ayuh Belia Negeri Johor (ABNJ) diteruskan sebagai platform mendekati golongan belia serta memperkukuhkan penglibatan anak muda dalam agenda pembangunan negeri Johor selaras dengan amanat YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dalam memperkasakan suara dan potensi belia sebagai pemacu masa depan negeri.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor atas sokongan, komitmen serta kesudian hadir menyempurnakan Program ABNJ 2026 di daerah Kluang.
ABNJ Kluang turut menjadi medium memperkukuhkan semangat kepimpinan, perpaduan serta pembangunan komuniti dalam kalangan anak muda melalui pelbagai pengisian santai, interaktif dan bermanfaat buat masyarakat setempat. Program ini juga bertujuan memperluas hebahan berkaitan inisiatif Kerajaan Negeri Johor seperti Maju Johor 2030, Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) serta Johor Talent Development Council (JTDC) kepada masyarakat khususnya golongan belia.
Turut dihargai kerjasama strategik daripada Pejabat Daerah Kluang, Majlis Perbandaran Kluang, Jabatan Kerja Raya Kluang, Jabatan Penerangan Negeri Johor Daerah Kluang, Pejabat Kadi Kluang, Majlis Belia Daerah Kluang serta agensi-agensi lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program demi manfaat anak muda Johor.
Onn Hafiz Ghazi
Mohd Fared Mohd Khalid
Pejabat Daerah Kluang
JKR Kluang
pmrkluang
Pejabat Kadi Daerah Kluang
penguatkuasa.mpkluang
mbd_kluang
.0