24/09/2016
Ada 16 cara-cara yang boleh digunakan untuk mendaftar sebagai ahli atau mencari ahli-ahli untuk PPBM.
1) Terus ke Pejabat Urusetia Pendaftaran di Bandar Baru Uda .
(Alamat telah disebarluaskan melalui Facebook &
WhatsApp dsb).
2) Mengedar kepada WAKIL-WAKIL PENDAFTAR disemua kawasan parlimen.
3) Melantik wakil-wakil sah (wakil yg boleh dipercayai seluruh Johor.
4) Menetapkan WAKIL SAH di satu lokasi (rumah/kedai,rumah pangsa) disetiap kaw. parlimen utk orang ramai datang mendaftar pada bila bila masa.
5) Meminta semua ajk protem/penaja parlimen (lebih kurang 20 orang) utk bergerak SEPANJANG MASA mendaftat keahlian. Mereka dibekalkan dgn borang yg mencukupi dan setiap 3 hari melaporkan kpd urusetia).
6) Mendaftar ketika penubuhan cawangan protem (sekurang kurangnya 20 orang).
7) Penyelaras dicawangan protem membekalkan 10 borang keahlian kpd setiap ajk cawangan yg telah dilantik dan dipantau oleh pengerusi penyelaras di parlimen berkenaan.
8) Diwaktu kenduri perkahwinan/ majlis tahlil di rumah/balairaya/dewan raya dsb****minta kebenaran daripada tuan rumah untuk buka kaunter pendaftaran.
9) Jika cukup tenaga bolehlah membuat pendaftaran dari rumah ke rumah.
10) Buka kaunter pendaftaran di rumah pangsa pada setiap petang.
11) Sebar maklumat pendaftaran melalui rakan kumpulan whatsApp, sms, Facebook dan sebagainya.
12) Menemui kumpulan permainan seperti futsal,takraw,bolasepak dsb di Parlimen masing-masing.
13) Mendekati kumpulan 'MENGETEH' di warung-warung/kedai-kedai mamak .
14) Mempengaruhi dan mengajak keluarga, saudara-mara yang jauh dan dekat, rakan-rakan taulan untuk mendaftar.
15) Menyebarluaskan maklumat pendaftaran 'online' melalui siber
16) Menyertai ,mendekati dan berbaik dengan rakan-rakan yang memimpin NGO,AJK Surau/Mesjid, Persatuan,JKK pertubuhan,Kumpulan Yassin,ibu tunggal dan sebagainya.
MUNGKIN ADA CARA-CARA YANG LAIN YANG BERKESAN SERTA PRAKTIKAL DAN MUNASABAH ,JIKA DEMIKIAN, MAKA TERUSKAN LAH.
InsyaAllah Allah S.W.T bersama kita selagi NAWAITU KITA untuk memerangi kemungkaran dan MENEGAKKAN KEBENARAN.....
********SALAM BERSATU*********
Tuan Zais Akil
Ketua Wakil Pendaftar Johor Bahru