Pusat Sumber Sekolah Mohd Khir Johari Johor Bahru

Pusat Sumber Sekolah Mohd Khir Johari Johor Bahru "Pusat Pengetahuan Anda"
"Your Knowledge Center"

Telegram Rasmi : https://t.me/psskjo
TV PSS KJo : https://youtube.com/

Laman perkongsian informasi dunia pendidikan. berita, maklumat dan aktiviti Pusat Sumber Sekolah Mohd Khir Johari, Johor Bahru.

09/06/2026

Timun

06/06/2026

PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER RIBA MAINJ SESI 2026 DIBUKA!

Majlis Agama Islam Negeri Johor membuka permohonan Bantuan Komputer Riba bagi sesi 2026 bermula 1 hingga 30 Jun 2026.

PERINGKAT PENGAJIAN
Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Berbaki 3 semester pengajian)

KADAR BANTUAN
RM2,500.00 bagi bantuan komputer riba peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

SYARAT DAN KELAYAKAN PELAJAR
Syarat-syarat umum:
✓ Beragama Islam
✓ Warganegara Malaysia / Penduduk tetap dengan syarat pasangannya adalah warganegara Malaysia.
✓ Menetap di dalam negeri Johor sehingga kini.
✓ Pendapatan perkapita keluarga RM800.00 dan ke bawah.
✓ Penerima dari kalangan asnaf yang menerima bantuan IPT mengikut syarat yang telah ditetapkan atau pelajar yang dipertimbangkan layak.
✓ Mod pengajian sepenuh masa peringkat Diploma dan Ijazah.

SYARAT KELAYAKAN TAMBAHAN
Syarat-syarat tambahan:
✓ Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa sekurang-kurangnya berbaki 3 semester
✓ Tidak pernah menerima bantuan komputer riba daripada mana-mana program di bawah Kerajaan
✓ Menandatangani borang akujanji penerimaan bantuan

KAEDAH DAN PROSES PERMOHONAN
✓ Semua permohonan melalui sistem permohonan bantuan komputer riba atas talian di laman web https://epayment.maij.gov.my/
✓ Lampiran permohonan yang lengkap hendaklah dimuat naik ke dalam sistem secara lengkap dan mandatori. Lampiran yang tidak lengkap akan ditolak permohonannya.

Bawah 16 Tahun Tidak Lagi Boleh Daftar Akaun Media SosialPerkembangan teknologi dan media sosial membawa banyak manfaat ...
04/06/2026

Bawah 16 Tahun Tidak Lagi Boleh Daftar Akaun Media Sosial

Perkembangan teknologi dan media sosial membawa banyak manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Namun begitu, penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak yang terlalu muda turut menimbulkan pelbagai kebimbangan seperti pendedahan kepada kandungan tidak sesuai, buli siber, penipuan dalam talian dan ketagihan gajet.

Sehubungan itu, cadangan untuk tidak membenarkan individu berumur bawah 16 tahun mendaftar akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube dilihat sebagai satu langkah yang baik untuk melindungi golongan muda. Melalui langkah ini, ibu bapa dapat memantau penggunaan internet anak-anak dengan lebih berkesan serta mengurangkan risiko mereka menjadi mangsa jenayah siber.

Maklumat yang dikongsikan juga menyatakan bahawa pengguna yang terlibat diberi tempoh sebulan untuk memindahkan foto, video dan data penting daripada akaun lama sebelum akaun tersebut disekat. Tempoh ini memberi peluang kepada pengguna menyimpan kenangan serta kandungan yang masih diperlukan tanpa kehilangan maklumat penting.

Walau bagaimanapun, kejayaan pelaksanaan dasar ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah, syarikat media sosial dan masyarakat. Pendidikan tentang keselamatan digital perlu diperkukuhkan supaya kanak-kanak dapat menggunakan teknologi secara bijak dan bertanggungjawab apabila mencapai umur yang dibenarkan.

Kesimpulannya, kawalan umur bagi penggunaan media sosial merupakan usaha yang bertujuan melindungi kesejahteraan dan perkembangan remaja. Dengan bimbingan yang betul, generasi muda dapat membesar dalam persekitaran digital yang lebih selamat dan sihat.

By Prakash Kaliappan

03/06/2026
KAJIAN AWALINDEKS MEMBACA KEBANGSAAN 2026
02/06/2026

KAJIAN AWAL
INDEKS MEMBACA KEBANGSAAN 2026

28/05/2026

Bila anak tak siap kerja sekolah, kemudian mak ayah tolong siapkan nampak macam membantu.

Tapi dari sudut psikologi, anak sebenarnya mungkin belajar benda lain:

❌ Dia belajar bahawa kalau susah, orang lain akan selesaikan.

❌ Dia belajar bahawa hasil lebih penting daripada usaha.

❌ Dia belajar bahawa kesilapan itu memalukan, bukan sebahagian daripada proses belajar.

❌ Dia juga boleh hilang keyakinan diri sebab jauh dalam hati dia tahu, “Ini bukan kerja aku pun.”

Lama-lama anak boleh jadi mudah bergantung, cepat mengalah, takut mencuba, dan kurang rasa tanggungjawab. Bila jumpa tugasan susah, dia bukan fikir “macam mana aku nak cuba”, tapi “siapa boleh tolong aku buat?”

Ibu bapa memang berniat baik. Kita tak mahu anak dimarah guru. Kita tak mahu anak malu.

Kadang kita sendiri penat tengok kerja sekolah tak siap. Tapi kerja sekolah bukan sekadar mahu jawapan betul. Ia latihan untuk anak belajar disiplin, mengurus masa, bersabar, berfikir dan menerima akibat kecil daripada pilihan sendiri.

Yang wajar mak ayah buat bukan siapkan kerja sekolah.

Yang wajar ialah duduk sebelah anak, bantu dia faham soalan, pecahkan tugasan jadi kecil, beri masa rehat, semak bersama dan puji usaha dia.

Kalau anak memang tak mampu siapkan sebab terlalu susah atau terlalu banyak, tulis nota kepada guru. Itu lebih jujur daripada menghantar kerja yang cantik, tetapi bukan hasil anak.

Anak tak perlu kerja sekolah yang sempurna.

Anak perlukan ruang untuk mencuba, salah, belajar, dan rasa bangga bahawa akhirnya dia berjaya buat dengan tangan sendiri.

28/05/2026

CUTI SEKOLAH NAK KE MANA? MEH LA ZOO JOHOR 🥰🥳

Mari luangkan masa bersama keluarga anda di Zoo Johor dengan pelbagai tarikan baru dan aktiviti menarik!

Sepanjang cuti sekolah ini, Zoo Johor dibuka dengan waktu operasi khas musim cuti sekolah untuk anda menikmati pengalaman melihat hidupan liar dengan lebih dekat, dan juga merasai pengalaman zoo pada waktu malam.

🗓 23 Mei – 7 Jun 2026

☀️ Zoo Johor (Setiap Hari Kecuali Selasa)
🕙 10.00 pagi – 5.00 petang
🎫 Kemasukan terakhir pada jam 4.30 petang

🌙 Night Zoo (Khamis – Ahad)
🕗 8.00 malam – 11.00 malam
🎫 Kemasukan terakhir pada jam 10.00 malam

❌ Zoo ditutup pada setiap hari Selasa

Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pengalaman menarik bersama haiwan-haiwan kegemaran anda sepanjang cuti sekolah ini!
Jumpa anda di Zoo Johor 🐅🫏🐐🐘🦔🦃🦚

📍Zoo Johor
Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru,
Johor

Link Laman Web Tiket Online Zoo Johor 🎟️
https://zootiket.johor.gov.my




Aidiladha bukan sekadar tentang korban.. tetapi tentang hati yang belajar bersyukur atas segala nikmat Allah SWT.🌿 Hari ...
28/05/2026

Aidiladha bukan sekadar tentang korban.. tetapi tentang hati yang belajar bersyukur atas segala nikmat Allah SWT.

🌿 Hari Tasyrik mengajar kita bahawa menikmati nikmat juga boleh menjadi ibadah, apabila hati penuh syukur dan lidah tidak berhenti berzikir kepada Allah.

Perbanyakkan : Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaaha illallah, Wallahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahil hamd.

Jangan biarkan hati lalai selepas Aidiladha.. teruskan membesarkan Allah walau dalam kegembiraan dan kesibukan hidup.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Address

Jalan Sekolah Kg Melayu Majidee
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 07:00 - 15:00
Tuesday 07:00 - 15:00
Wednesday 07:00 - 15:00
Thursday 07:00 - 15:00
Friday 07:00 - 15:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber Sekolah Mohd Khir Johari Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category