29/09/2025
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS BALAI LARKIN IPD JOHOR BAHRU SELATAN
, 29 September 2025 (Isnin) | 10.00 pagi – Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan Ketua Polis Balai Larkin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah berlangsung dengan penuh tertib dan istiadat di Bilik Mesyuarat, Aras 5, IPD Johor Bahru Selatan.
Majlis disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, YDH ACP Raub Bin Selamat, melibatkan penyerahan tugas Ketua Polis Balai Larkin oleh Insp. Zulkifly Bin Abdullah kepada pengganti beliau Insp. Thesingan A/L Sivakumar. Tahniah diucapkan kepada kedua-duanya & selamat menjalankan tugasan ditempat baru masing-masing.