Pemadam Daerah Johor Bahru

Pemadam Daerah Johor Bahru PEMADAM adalah singkatan dari PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA. PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA (PEMADAM) Negeri Johor ditubuhkan pada 7 Februari 1977

'LET'S GET FIT' ‼️ bersama kami PEMADAM Johor Bahru pada 26 Oktober 2025 jam 5.00 petang. Jomm semua pakat datang ramai²...
22/10/2025

'LET'S GET FIT' ‼️ bersama kami PEMADAM Johor Bahru pada 26 Oktober 2025 jam 5.00 petang.

Jomm semua pakat datang ramai² ke SANNI MUSIC FESTIVAL 2025 minggu ini
di Puteri Harbour, Iskandar Johor.
24/10/2025 - 26/10/2025



🔹️18 dan 19 Sept 2025Program Santai Memancing Sempena Cuti Sekolah bersama PEMADAM Daerah Johor BahruTema: Jauhi "DARVIH...
20/09/2025

🔹️18 dan 19 Sept 2025

Program Santai Memancing Sempena Cuti Sekolah bersama PEMADAM Daerah Johor Bahru

Tema: Jauhi "DARVIH"
- Dadah
- Arak
- Rokok
- V**e
- Inhalan
- HIV/AIDS

Seramai 15 anak-anak asnaf dari Kempas dan Desa Mutiara telah menyertai Program Santai Memancing anjuran PEMADAM Daerah Johor Bahru yang berlangsung pada 18 dan 19 September di Rumah Rakit Wak Rojak, Teluk Sengat.

Program yang diadakan bersempena cuti sekolah ini bertujuan menyemai gaya hidup sihat di kalangan remaja dengan mengisi masa lapang mereka melalui aktiviti berfaedah serta menjauhkan diri daripada ancaman DARVIH (Dadah, Arak, Rokok, V**e, Inhalan dan HIV/AIDS).

Sepanjang dua hari program, para peserta berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti:

🎣 Memancing santai di rumah rakit
🙏 Solat berjemaah, bacaan Yassin & doa selamat
💬 Sesi perkongsian & motivasi bersama fasilitator

Penganjuran program sebegini mungkin nampak kecil namun impaknya besar kerana ia dapat membentuk disiplin, meningkatkan semangat kerjasama dan menyemai kesedaran bahaya DARVIH sejak usia muda.

“Anak-anak muda merupakan aset penting negara. Jika mereka dibimbing dengan aktiviti sihat, insya-Allah mereka dapat menjauhi perkara negatif dan membesar sebagai generasi yang kuat, berakhlak serta berdaya saing,”

PEMADAM Daerah Johor Bahru berharap program berbentuk santai, mendidik dan mendekatkan diri dengan masyarakat ini akan terus diperluaskan, khususnya kepada golongan remaja dan belia yang mudah terdedah kepada pengaruh negatif.





🔹️ 27 Ogos 2025 (Rabu)🔹️ Bilik Gerakan Pejabat Daerah Johor BahruMESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEMADAM DAERAH JOHOR BAHRU KALI...
27/08/2025

🔹️ 27 Ogos 2025 (Rabu)
🔹️ Bilik Gerakan Pejabat Daerah Johor Bahru

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEMADAM DAERAH JOHOR BAHRU KALI KE-25/2025

Dirasmikan oleh :
YBHG TUAN MOHD MASNI BIN WAKIMAN
(Pegawai Daerah Johor Bahru)





🔹️ 11 Ogos 2025 5 Perwakilan dan 1 Pemerhati dari PEMADAM Daerah Johor Bahru hadir ke Perhimpunan Agung Dwitahunan PEMAD...
12/08/2025

🔹️ 11 Ogos 2025

5 Perwakilan dan 1 Pemerhati dari PEMADAM Daerah Johor Bahru hadir ke Perhimpunan Agung Dwitahunan PEMADAM Kebangsaan ke-46 dan ke-47 di Putrajaya.

Syabas dan tahniah diucapkan.





🔹️29 JULAI 2025🔹️BILIK MESYUARAT UTAMA, ARAS 3, BANGUNAN DATO' JAAFAR MUHAMMAD, KOTA ISKANDARMESYUARAT PENYELARASAN JAWA...
30/07/2025

🔹️29 JULAI 2025
🔹️BILIK MESYUARAT UTAMA, ARAS 3, BANGUNAN DATO' JAAFAR MUHAMMAD, KOTA ISKANDAR

MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA PEMADAM NEGERI JOHOR BIL1/2025.

Pengerusi :
Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, & Perpaduan Negeri Johor
merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Johor.

Kehadiran :
Encik Hairul bin Hamid
Setiausaha PEMADAM Daerah Johor Bahru

Agenda :
🔹️ Perancangan Program bersama Belia
🔹️ Persediaan Bagi Perwakilan ke AGM Dwi Tahunan PEMADAM Kebangsaan pada 9-10 Ogos 2025 di Putrajaya
🔹️ Pembentangan Laporan Biro PEMADAM Negeri Johor
🔹️ Pembentangan Laporan PEMADAM Daerah.
🔹️ Cadangan dan Perkongsian Perlaksanaan Program




Mesyuarat Setiausaha PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) Daerah, Negeri Johor Bil. 01/2025 dan Perjumpaan bersam...
16/07/2025

Mesyuarat Setiausaha PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) Daerah, Negeri Johor Bil. 01/2025 dan Perjumpaan bersama Setiausaha Agung PEMADAM Kebangsaan.

Tarikh : 16 Julai 2025 (Rabu)
Tempat : Pejabat Daerah Muar, Johor

Kehadiran :

Encik Hairul bin Hamid
Setiausaha PEMADAM Daerah Johor Bahru.


🔹️12 Julai 2025 (Sabtu)"KELUARGA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KELUARGA JIHAD (JOHOR ILTIZAM ...
16/07/2025

🔹️12 Julai 2025 (Sabtu)

"KELUARGA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KELUARGA JIHAD (JOHOR ILTIZAM HAPUS ANCAMAN DADAH) MUKIM BANDAR TAHUN 2025

PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) Daerah Johor Bahru turut serta menjayakan Program Keluarga JIHAD (Johor Iltizam Hapus Ancaman Dadah) Mukim Bandar bertempat di Dewan Tertutup, SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Pelbagai pengisian program telah dijalankan antaranya :-

✔️ Senamrobik
✔️ Pameran Jabatan/Agensi
✔️ Ceramah Interaktif
✔️ Pertandingan
✔️Kuiz dan Cabutan Bertuah.

Perasmian Oleh :

YB Tuan Ling Tian Soon
(Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor)

Turut hadir :-

Encik Hairul bin Hamid
Penghulu Mukim Bandar
Merangkap Setiausaha PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) Daerah Johor Bahru.

Semoga program sebegini menjadi titik tolak kepada lebih banyak usaha berterusan yang melibatkan masyarakat secara langsung, sejajar dengan aspirasi Negeri Johor dalam memastikan komuniti yang bebas dadah, harmoni dan sejahtera.





🔹️14 Jun 2025"KELUARGA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KELUARGA JIHAD (JOHOR ILTIZAM HAPUS ANCA...
14/06/2025

🔹️14 Jun 2025

"KELUARGA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KELUARGA JIHAD (JOHOR ILTIZAM HAPUS ANCAMAN DADAH) MUKIM SUNGAI TIRAM TAHUN 2025

PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) Daerah Johor Bahru turut serta menjayakan Program Keluarga JIHAD (Johor Iltizam Hapus Ancaman Dadah) Mukim Sungai Tiram bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram (SKST), Johor Bahru

Pelbagai pengisian program telah dijalankan antaranya :-

✔️ Senamrobik
✔️ Pameran Jabatan/Agensi
✔️ Ceramah Interaktif "Keluarga Bahagia Tanpa Dadah"
✔️ Pertandingan, Musang Berjanggut, Pertandingan Kolaj, Family Game
✔️Kuiz dan Cabutan Bertuah.

Perasmian Oleh :

Yang Berhormat Tuan Hj. Azizul bin Hj. Bachok,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tiram,
Merangkap Naib Pengerusi 1 PEMADAM
(Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) Daerah Johor Bahru.

Semoga program sebegini menjadi titik tolak kepada lebih banyak usaha berterusan yang melibatkan masyarakat secara langsung, sejajar dengan aspirasi Negeri Johor dalam memastikan komuniti yang bebas dadah, harmoni dan sejahtera.






🔹️ 14 Jun 2025 (Sabtu)"Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama" 💪💪💪PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) Daerah Joh...
14/06/2025

🔹️ 14 Jun 2025 (Sabtu)

"Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama" 💪💪💪

PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) Daerah Johor Bahru turut serta menjayakan Program Keluarga JIHAD (Johor Iltizam Hapus Ancaman Dadah) Bagi Mukim Sungai Tiram bertempat di SK Sungai Tiram, Johor Bahru

"Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama"




🔹️01 Jun 2025 (Ahad)HARI BERTEMU PELANGGAN MUKIM TANJUNG KUPANG Antara aktiviti pada program ini adalah pembukaan kaunte...
04/06/2025

🔹️01 Jun 2025 (Ahad)

HARI BERTEMU PELANGGAN MUKIM TANJUNG KUPANG

Antara aktiviti pada program ini adalah pembukaan kaunter oleh jabatan dan agensi kerajaan serta swasta, Jualan Rahmah dan jualan IKS makanan serta minuman daripada masyarakat tempatan.

Selain itu, PEMADAM Daerah Johor Bahru turut serta membuka booth pada hari tersebut dan pelbagai aktiviti dijalankan seperti :-

✔️ PENDAFTARAN KEAHLIAN BARU
✔️ PERTANDINGAN KUIZ
✔️ SEMBANG SANTAI 'PEMADAM'
✔️ PENGEDARAN RISALAH BERKAITAN PEMADAM DAN BAHAYA PENYALAHGUNAAN DADAH

Turut hadir Penghulu Mukim Tg Kupang Tok Mohamad Faiz Bin Mohd Pandi, Ketua-ketua kampung dan ahli - ahli PEMADAM Daerah Johor Bahru.



🔹 26 Mei 2025 (Isnin)PROGRAM HARGAI PDRM SEMPENA HARI POLIS KE-218Sempena sambutan Hari Polis ke-218, satu program pengh...
26/05/2025

🔹 26 Mei 2025 (Isnin)

PROGRAM HARGAI PDRM SEMPENA HARI POLIS KE-218

Sempena sambutan Hari Polis ke-218, satu program penghargaan telah diadakan dengan penyampaian kek sebagai simbolik penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah IPD Johor Bahru Utara.

Penghargaan ini melibatkan 6 Ketua Balai dari balai berikut:

▶️ Balai Polis Skudai
▶️ Balai Polis Perling
▶️ Balai Polis Kempas
▶️ Balai Polis Tampoi
▶️ Balai Polis Taman Universiti
▶️ Balai Polis Taman Tunku Tun Aminah

Serta 10 bahagian lain di IPD Johor Bahru Utara.

Program ini telah dijayakan oleh:

Yang Berbahagia Dato' Radin Seri Kartini binti Abdullah
Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP)
Merangkap Naib Pengerusi 2, PEMADAM Daerah Johor Bahru
(Persatuan Mencegah Dadah Malaysia)


26/05/2025

Address

Pejabat Daerah Johor Bahru
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemadam Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share