27/10/2024
LAWATAN DELEGASI JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA KE TANAH PERKUBURAN ISLAM TAMAN IMPIAN EMAS
AHAD | 27 OKTOBER 2024 - Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah menerima lawatan penanda aras dari Jabatan Agama Islam (JAIM) seramai 45 orang yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Badaruddin bin Mohd Kassim selaku Pengarah JAIM ke Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas.
Lawatan diteruskan dengan pembentangan ringkas berkenaan Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas dari wakil Pejabat Kadi Johor Bahru, Ustaz Ahmad Syahmi bin Ahmad Sabri Pegawai Pentafsir Al-Quran Daerah Johor Bahru, selanjutnya ucapan ringkas dari Ketua Delegasi, Pengarah JAIM.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Melaka, atas kesudian bertandang ke Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas. Semoga lawatan ini sedikit sebanyak menambah baik kualiti dan pengurusan tanah perkuburan Islam khususnya.