Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru Khidmat Nasihat Pengembangan Pertanian Daerah Johor Bahru

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRULawatan Kerja Ketua Pengarah ICU JPM Ke Program Sejahtera Madani (SejaTi MADANI) Neg...
12/06/2026

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU

Lawatan Kerja Ketua Pengarah ICU JPM Ke Program Sejahtera Madani (SejaTi MADANI) Negeri Johor.

Tarikh : 12 Jun 2026 (Jumaat
Lokasi : Komuniti Taman Alpina Scientex, Pasir Gudang

Senarai Pegawai yang terlibat di dalam lawatan tersebut :

✅ DATUK SERI SOLLEHUDDIN ALYUBI ZAKARIA
Ketua Pengarah ICU JPM

✅ DATO' NORASHIKEN BINTI HAJI ISHAK
Timbalan Ketua Pengarah SEKTOR PEMBANGUNAN STRATEGIK

✅ PUAN ROSS RAFIZAL BIN ROSLI
Timbalan Ketua Pengarah SEKTOR PENYELARASAN PROJEK KHAS

✅ DR. MOHD KHALD BIN ABDUL SAMAD
Pengarah ICU JPM JOHOR

✅ PUAN NUR AIZAT BINTI ABDUL RAZAK
Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru

✅ PUAN FARAH EZZAH BINTI ESA
Agen Pengembangan Tanaman Mukim Plentong

Tujuan lawatan kerja ini bagi meninjau pelaksanaan Projek Tanaman Cili Komuniti Alipina Scientex, Pasir Gudang, memantau kemajuan dan keberkesanan projek dalam meningkatkan pendapatan peserta, serta mendapatkan maklum balas komuniti bagi tujuan penambahbaikan dan pengembangan program pembangunan sosioekonomi setempat.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

PEJABAT PRRTANIAN DAERAH JOHOR BAHRUPEMAKLUMAN PENUTUPAN PERMOHONAN‼️📢 📢    Makluman kepada semua yang berminatAdalah di...
11/06/2026

PEJABAT PRRTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU

PEMAKLUMAN PENUTUPAN PERMOHONAN‼️

📢 📢 Makluman kepada semua yang berminat

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi Kursus Pensijilan Home Based Food dan Kursus Pensijilan Kotej Halal yang dijadualkan pada 15 Jun 2026 dan 16 Jun 2026 yang akan diadakan di Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah DITUTUP berikutan sambutan yang amat menggalakkan dan kuota penyertaan telah dipenuhi.

Pihak Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Bagi yang tidak berpeluang menyertai kursus kali ini, anda dialu-alukan untuk mengikuti hebahan kursus dan program akan datang melalui saluran rasmi Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
Sekian, terima kasih.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Pejabat Daerah Johor Bahru

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRUKURSUS PERSIJILAN HOMEBASED FOOD DAN KURSUS PENSIJILAN KOTEJ HALAL✅ Membuat pemprose...
10/06/2026

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU

KURSUS PERSIJILAN HOMEBASED FOOD DAN KURSUS PENSIJILAN KOTEJ HALAL

✅ Membuat pemprosesan makanan bagi menjana pendapatan??

✅ Ingin mengetahui tatacara penyediaan makanan yang betul dan bersih mengikut tatacara penyediaan makanan dari rumah??

Jom sertai Kursus Persijilan Homebased Food Dan Kursus PENSIJILAN KOTEJ Halal anjuran Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru ‼️

📅 Tarikh: 15 Dan 16 Jun 2026 ( Isnin Dan Selasa )
📍 Tempat: Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.

Anda berpeluang untuk:

✅ Menambah ilmu dalam bidang pemprosesan makanan
✅ Mendapat pendedahan bagi Pensijilan Homebased Food dan Pensijilan Kotej Hala
✅ Memperkasa perniagaan makanan dari rumah
✅ Menjana pendapatan sampingan

Terbuka kepada usahawan makanan, suri rumah, belia dan individu yang berminat dalam industri makanan berasaskan rumah.

Hanya pemohon yang berjaya dan terpilih sahaja yang akan dihubungi.. 😊

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Pejabat Daerah Johor Bahru

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru20 Mei 2026 (Rabu)Program Lawatan Kerja Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Y...
20/05/2026

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
20 Mei 2026 (Rabu)

Program Lawatan Kerja Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Yosri Mohd ke dusun milik Tuan Haji Abu Bakar bin A. Rashid yang terletak di Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram. Turut hadir bersama Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru, Puan Nur Aizat binti Abdul Razak dan Encik Mohamed Hairie Bin Asri, Bahagian Pembangunan Industri Tanaman. Tujuan lawatan ini diadakan bagi meninjau pembangunan serta pengurusan tanaman buah-buahan di kawasan tersebut.

Dusun berkenaan mempunyai keluasan keseluruhan sekitar 1.62 hektar yang melibatkan lot tanaman seluas 0.37 ha, 0.42 ha dan 0.83 ha. Antara tanaman utama yang diusahakan ialah durian varieti D196 (Musang King) sebanyak 80 pokok dan D200 (Black Thorn) sebanyak 40 pokok. Selain itu, pengusaha turut mengusahakan tanaman kelapa pandan sebanyak 40 pokok serta beberapa jenis tanaman buah-buahan lain sebagai diversifikasi sumber pendapatan ladang.

Lawatan ini turut memberi peluang kepada pihak jabatan untuk melihat perkembangan projek, amalan pengurusan tanaman serta potensi pengembangan industri durian premium di kawasan Ulu Tiram.

Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

12 Mei 2026 | Selasa𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔 Audit Dalam MS ISO 9001:2015 Perkhidmatan Pengembangan Pertania...
13/05/2026

12 Mei 2026 | Selasa

𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔

Audit Dalam MS ISO 9001:2015 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian (PPP) Tahun 2026

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah dikunjungi oleh Audit Dalam MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2026 bertempat di bilik gerakan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.

Juru Audit yang terlibat adalah
1. Puan Maiza Binti Che Aziz ( Ketua Penolong Pengarah K/U , BBT Kelantan )
2. En. George Karung Anak Barat (Bahagian Perancangan Strategik, Putrajaya)

Objektif Audit Dalam ini adalah memastikan semua aktiviti yang terlibat dalam Sistem Pengurusan Kualiti diaudit secara terancang dan sistematik. Audit ini dilaksanakan bagi mengesahkan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti berfungsi dengan berkesan serta memastikan tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berterusan dan menyeluruh.

Selesai audit, kami terus membawa mereka melawat Projek Pertanian Usaha Agritech Sdn Bhd di Taman Impian Emas yang sedang mengusahakan tanaman timun jepun dan cili sakata (461) dengan mengguankan teknologi tanaman fertigasi bantal.

Terima kasih diucapkan kepada Petani Usaha Agritech kerana menerima kehadiran kami, semoga projek yang dijalankan sentiasa berterusan serta mencapai kejayaan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru atas kerjasama serta dedikasi yang diberikan. Semoga budaya kualiti ini terus diperkasa demi penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.

Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU 22hb April 2026 ( Rabu )Kursus Asas Tanaman Halia      📍 Pusat Intergrasi Klien ( P...
22/04/2026

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU

22hb April 2026 ( Rabu )

Kursus Asas Tanaman Halia

📍 Pusat Intergrasi Klien ( P*K ) AADK
Johor Bahru , Larkin Johor Bahru.

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah menerima jemputan dari AADK Johor Bahru sebagai tenaga pengajar bagi Kursus Asas Tanaman Halia.

Penceramah Kursus Asas Tanaman Halia dari Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru, En Sahnon Bin Sain ( Agen Pengembangan Tanaman Mukim Gelang Patah ), turur hadir En Mohamad Hairie Bin Asri ( Bahagian Pembangunan Industri Tanaman ) dan En Abdul Halim Bin Masrom ( Pembantu Khidmat Awam )

Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada klien - klien AADK Daerah Johor Bahru dalam pengurusan penanaman tanaman halia.

Jabatan Pertanian MalaysiaKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Yang Berhormat Dato’Zahari Sarip.

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU 22hb April 2026 ( Rabu )Kursus Pembuatan Kompos Sisa Makanan      📍 Folo Black Gold...
22/04/2026

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU

22hb April 2026 ( Rabu )

Kursus Pembuatan Kompos Sisa Makanan

📍 Folo Black Gold PLT
Kg Tiram, Mukim Plentong, Johor
Bahru

Kursus Pembuatan Kompos ini adalah merupakan kursus pembelajaran untuk pembuatan kompos dari sisa makanan yang di mohon oleh Komuniti Cenderwasih dari Bandar Putra, Kulai. Kursus ini telah disampaikan oleh Penyelaras Projek , En Wong Yi Heng dari Folo Black Gold.

Kursus ini telah dihadiri ahli dari Komuniti Cenderawasih , Pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Kulai, En Mohammad Shazwan Bin Shahabuddin ( Bahagian Pembangunan Industri Tanaman ), Pn Sa’idah Mardhiah Binti Mohd Izra’ai ( Agen Pengembangan Tanaman Mukim Senai ) dan Cik Siti Atikah Binti Salip ( Agen Pengembangan Tanaman Mukim Sedenak ) dan wakil dari Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru , Pn Farah Ezzah Binti Esa ( Agen Pengembangan Tanaman Mukim Sg Tiram ).

Objektif kursus adalah untuk mendidik dan melatih peserta cara mengolah sisa organik dari rumah untuk menjadi baja organik yang berkualiti sekaligus boleh menjimatkan kos pertanian, meningkatkan kesuburan tanah dan struktur tanaman serta menyokong amalan kelastrian alam sekitar.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Yang Berhormat Dato’Zahari Sarip.

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU20hb April 2026 ( Isnin )Bengkel Pengemaskinian dan Pelupusan FailTelah berlangsung ...
22/04/2026

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU

20hb April 2026 ( Isnin )

Bengkel Pengemaskinian dan Pelupusan Fail

Telah berlangsung bengkel Pengemaskinian dan Pelupusan Fail yang telah di adakan di Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru. Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti, menagsingkan dan menyenaraikan fail yang aktif dan fail yang tidak aktif atau fail usang untuk tujuan permohonan perlupusan fail di Pejabat Arkib Negara Malaysia Negeri Johor.

Bengkel ini turut dihadiri wakil pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Johor En Mohd Hairul Rizal Bin Mon ( Bahagian Pentadbiran ),wakil dari Pejabat Pertanian Daerah Pontian Puan Annie Asfarina Binti Sebum dan En Mohd Ropi Bin Asri ( Bahagian Pentadbiran ) serta wakil dari Pejabat Pertanian Daerah Segamat, Puan Zaihasra Binti Ab Lah ( Pentadbiran ).

Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Yang Berhormat Dato’Zahari Sarip.

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru20hb April 2026 ( Isnin )Pengumuman Kenyataan Tawaran Sebutharga ‼️‼️Tajuk sebutharg...
20/04/2026

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
20hb April 2026 ( Isnin )

Pengumuman Kenyataan Tawaran Sebutharga ‼️‼️

Tajuk sebutharga :

✅ Membekal,Memasang dan Mengujicuba Dengan Sempurna Mesin Dram Pengkomposan Kepada Pengusaha Folo Farm Dibawah Projek Memperkukuh Ekonomi Kitaran Daripada Sisa Agromakanan Tahun 2026.

Kod Bidang :

✅ 13 01 02
✅ Peralatan Kejuruteraan Dan Mesin
Pengeluaran
✅ Mesin Kelengkapan Bengkel dan
Mesin Pengeluaran
✅ Mesin dan kelengkapan khusus.

Tawaran ini terbuka kepada semua syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MELAYSIA

Tarikh tawaran bermula pada 20/4/2026 hingga 27/04/2026

Jabatan Pertanian Negeri Johor
Jabatan Pertanian Malaysia

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU15 April 2026 ( Rabu )Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah dijemput oleh ALL C...
15/04/2026

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU
15 April 2026 ( Rabu )

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah dijemput oleh ALL COSMOS INDUSTRIES bagi Karnival Hari Raya yang telah diadakan seperti ketetapan berikut :

📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 15 April 2026 (Rabu)
🕘 𝐌𝐚𝐬𝐚: 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: PLO 650, Jalan Keluli 7, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor.

Karnival Hari Raya ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Haji Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor.

Turut hadir bersama, Timbalan Pengarah Pertanian ( Pembangunan ) Jabatan Pertanian Negeri Johor Encik Mohd Hafiz Bin Ramly dan dari Ketua Jabatan dari agensi Negeri Johor.

Karnival ini juga melibatkan pameran dan jualan dari Usahawan Industri Pejabat Pertanian Daerah Johor Bharu , Delicoffee ( Produk Minuman ) dan Amenda Lecker’s ( Produk Kek Lapis dan Banjiroll )

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Delicoffee
Amenda Leckers HQ
All Cosmos Industries Sdn. Bhd. - Fertilizer

Address

Jalan Taruka, Larkin
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru:

Share