REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH

REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH The 501st Territorial Army Regiment or Rejimen 501 Askar Wataniah of the state of Johor is part of the voluntary reserve unit of Malaysian Army.
(578)

Together with the Regular Reserve the TA or AW provides support to the Regular Army at home and overseas.

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 14 Apr 26 - Rejimen 501 Askar Wataniah telah menganjurkan Hari Peng...
15/04/2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 14 Apr 26 - Rejimen 501 Askar Wataniah telah menganjurkan Hari Pengajian Pasukan (HPP) Siri 1/2026 yang bertajuk “Gaji, Elaun dan Tuntutan” dan "Rangsum Pasukan" bertempat di Perkarangan Wisma Markas Staf Stesen Johor Bahru (MSSJB).

Taklimat berkaitan gaji, elaun serta tuntutan telah disampaikan oleh Pegawai Gaji Rejimen 501 Askar Wataniah, Kapt Nanthini a/p Gunasundran. Selain itu, sesi turut merangkumi penyampaian berkaitan Rangsum Pasukan oleh Penjaga Stor Rangsum, Kpl Muhammad Airul bin Haron Nizam.

Seramai 11 orang pegawai dan 46 orang anggota lain-lain pangkat (LLP) telah terlibat dalam HPP pada kali ini. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan kepada semua peringkat pegawai dan anggota mengenai pengurusan gaji, kelayakan elaun yang boleh dituntut, serta tatacara pengurusan dan penerimaan rangsum mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff, dan diiringi oleh Ketua Cawangan Tadbir, Mej Mohd Fairuz bin Jalalluddin.

Dalam ucapannya, Timbalan Komander berharap agar penganjuran HPP ini dapat memberi manfaat serta impak positif kepada seluruh pegawai dan anggota. Beliau turut menyuarakan hasrat agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform peningkatan ilmu dan profesionalisme warga pasukan.

"𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀"
𝑺𝒐𝒖𝒕𝒉𝒆𝒓𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒓𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑨𝒓𝒎𝒚







𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 13 Apr 26 - Rejimen 501 Askar Wataniah telah mela...
15/04/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 13 Apr 26 - Rejimen 501 Askar Wataniah telah melaksanakan Mesyuarat Kebajikan Rejimen 501 Askar Wataniah Siri 1/2026 bertempat di Perkarangan Bangunan Wisma Markas Staf Stesen Johor Bahru (MSSJB). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff, dengan kehadiran seramai 11 orang Pegawai dan 82 orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Mesyuarat Kebajikan kali ini bertujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran, kebajikan, serta kesejahteraan anggota di semua peringkat. Ia juga menjadi platform untuk memastikan setiap cadangan dan usul daripada mesyuarat terdahulu telah diteliti dan diambil tindakan sewajarnya. Di samping itu juga, terdapat beberapa cadangan baharu telah dikemukakan oleh anggota, dan semuanya telah diberi perhatian oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah.

Selain itu, pembentangan akaun Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) turut dilakukan bagi memaklumkan kedudukan kewangan semasa serta perbelanjaan yang telah dibuat oleh Rejimen 501 Askar Wataniah. Langkah ini memastikan aspek ketelusan dan pemakluman kewangan berada pada tahap terbaik.

Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah menzahirkan harapan agar komitmen yang ditunjukkan oleh pegawai dan anggota dalam mesyuarat ini akan membantu memastikan setiap usul dapat diselesaikan dengan berhemah, telus dan berpandukan kepentingan warga Rejimen.

𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝑺𝒐𝒖𝒕𝒉𝒆𝒓𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒓𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑨𝒓𝒎𝒚







𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐙𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐋𝐈𝐋 𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 13 Apr 26 – Rejimen 501 Askar...
15/04/2026

𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐙𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐋𝐈𝐋 𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇

𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 13 Apr 26 – Rejimen 501 Askar Wataniah telah menganjurkan Solat Zohor Rejimental dan Tahlil Ringkas yang melibatkan seramai 10 orang pegawai dan 82 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff yang bersama-sama menunaikan Solat Zohor secara berjemaah dan Tahlil Ringkas.

Penganjuran majlis ini merupakan salah satu usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, di samping memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan penghayatan kerohanian dalam kalangan warga Tentera Darat Malaysia, khususnya Rejimen 501 Askar Wataniah.

𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝑺𝒐𝒖𝒕𝒉𝒆𝒓𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒓𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑨𝒓𝒎𝒚







𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐋𝐀𝐈𝐍-𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐏...
15/04/2026

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐋𝐀𝐈𝐍-𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 (𝐋𝐋𝐏) 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇

𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 13 Apr 26 – Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff, seterusnya disusuli dengan acara pelepasan larian sejauh 1.6 kilometer yang melibatkan tiga orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang telah dinaikkan pangkat. Perbarisan ini telah dilaksanakan di Padang Kawad Rejimen 501 Askar Wataniah, Johor Bahru.

Perbarisan pada kali ini telah diketuai oleh Lt Kol Megat Anuar bin Megat Ahmad, Penolong Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen 501 Askar Wataniah. Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah turut melaksanakan pemeriksaan barisan bagi menilai tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota, seterusnya memastikan Rejimen 501 Askar Wataniah sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang terbaik dan cemerlang.

Perbarisan ini turut diserikan dengan acara pemakaian pangkat kepada tiga orang anggota LLP yang telah disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, dengan diiringi oleh Lt Kol Ardi bin Mat Zain, Penolong Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah.

Dalam ucapan beliau, Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah menegaskan kepentingan meningkatkan disiplin dalam kehidupan seharian, memandangkan disiplin merupakan lambang keperibadian sebagai seorang anggota tentera. Beliau turut mengingatkan agar seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah sentiasa menjauhi sebarang bentuk salah laku yang boleh menjejaskan reputasi perkhidmatan serta mencemarkan imej Tentera Darat Malaysia, khususnya Rejimen 501 Askar Wataniah.

Di akhir ucapan, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang telah dinaikkan pangkat serta berharap agar mereka terus menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan.

𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝑺𝒐𝒖𝒕𝒉𝒆𝒓𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒓𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑨𝒓𝒎𝒚







𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍  𝑹𝑨𝑷𝑷𝑬𝑳𝑳𝑰𝑵𝑮 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐌𝐎𝐍𝐒𝐓𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐃𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐌𝐁𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐄𝐉𝐈...
09/04/2026

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝑹𝑨𝑷𝑷𝑬𝑳𝑳𝑰𝑵𝑮 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐌𝐎𝐍𝐒𝐓𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐃𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐌𝐁𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇

𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐑𝐄𝐍𝐆𝐈𝐓, 5 Apr 26 - Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah telah melaksanakan Latihan 𝑅𝑎𝑝𝑝𝑒𝑙𝑙𝑖𝑛𝑔 dan Demonstrasi Memadam Kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor bertempat di Balai Bomba Sungai Rengit, Pengerang. Seramai 20 orang pegawai dan 87 orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) sukarela telah terlibat dalam latihan pada kali ini.

Semua pegawai dan anggota telah diberi peluang untuk melaksanakan aktiviti 𝑟𝑎𝑝𝑝𝑒𝑙𝑙𝑖𝑛𝑔 dengan bimbingan kejurulatihan daripada pihak bomba serta jurulatih tentera dari Batalion Pertama. Slot pada waktu malam p**a telah diisi dengan ceramah daripada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) melalui Seminar Kenegaraan Malaysia khusus untuk warga Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah.

Demonstrasi dan latihan kebakaran telah diadakan pada hari kedua, sekali gus memberikan pendedahan serta ilmu pencegahan kebakaran yang berguna kepada pegawai dan anggota. Pihak Balai Bomba Sungai Rengit turut mempamerkan serta memberikan penerangan terperinci mengenai fungsi tiga jentera berat yang dimiliki, sekali gus memberi gambaran jelas tentang peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat, khususnya di kawasan Pengerang yang menempatkan industri pemprosesan petroleum negara.

Turut hadir menyampaikan ucapan pada majlis penutup ialah Pegawai Bomba Tinggi II, Izwani binti Haji Abdul Hamid, Pegawai Operasi Balai Bomba Sungai Rengit, Pengerang. Majlis penutup seterusnya telah disempurnakan oleh Lt Kol Norizam bin Sekak, Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah yang telah disaksikan oleh Penolong Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ardi bin Mat Zain. Dalam ucapannya, beliau menyatakan kepuasan terhadap kejayaan latihan bersama ini serta berharap agar latihan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang, selari dengan hasrat merealisasikan pendekatan 𝑊ℎ𝑜𝑙𝑒 𝑜𝑓 𝐺𝑜𝑣𝑒𝑟𝑛𝑚𝑒𝑛𝑡, 𝑊ℎ𝑜𝑙𝑒 𝑜𝑓 𝑆𝑜𝑐𝑖𝑒𝑡𝑦 (WOGOS).

Latihan ini diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang telah diberikan.

𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝑺𝒐𝒖𝒕𝒉𝒆𝒓𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒓𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑨𝒓𝒎𝒚







𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 5 Apr 25 – Seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan...
05/04/2026

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 5 Apr 25 – Seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff di atas pencapaian 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟖𝟕 (𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓) di dalam 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐄𝐬𝐞𝐢 𝐏𝐓𝐃 𝐃𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐫𝐨𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓.

Semoga dengan pencapaian ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah.

𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝑺𝒐𝒖𝒕𝒉𝒆𝒓𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒓𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑨𝒓𝒎𝒚







𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐍𝐓𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔...
03/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐍𝐓𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 1 Apr 26 – Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Haji Sani bin S. Omar telah melaksanakan satu Lawatan Kebajikan ke atas anggota sukarela yang terlibat dalam Kawad Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-93, iaitu LKpl Muhammad Norarifin bin Ismail dari Rejimen 501 Askar Wataniah yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

LKpl Muhammad Norarifin bin Ismail telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami strok haba semasa menjalani latihan perbarisan pada 26 Mac 2026.

Lawatan ini bertujuan menzahirkan keprihatinan serta memberikan sokongan moral, di samping memastikan kebajikan anggota sentiasa terpelihara, khususnya ketika berhadapan dengan ujian kesihatan. Kehadiran Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia secara tidak langsung telah menyuntik semangat dan motivasi kepada anggota agar terus tabah serta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan.

Sepanjang lawatan tersebut, beliau turut meluangkan masa bertanya khabar mengenai perkembangan kesihatan anggota serta menyampaikan kata-kata semangat agar sentiasa kuat dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi ujian ini.

Lawatan ini turut disertai oleh Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia, Brig Jen Zulhelmi bin Masdar, Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Brig Jen Norazan bin Omar serta Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Ahmad Tarmizi bin Haji Mohd Eusoff. Dalam kesempatan tersebut, sumbangan turut disampaikan oleh Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia serta Komander Rejimen 501 Askar Wataniah kepada LKpl Muhammad Norarifin bin Ismail sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.

Tentera Darat Malaysia sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan anggota dengan memastikan setiap yang ditimpa musibah, khususnya ketika melaksanakan tugas atau latihan, diberikan perhatian sewajarnya termasuk kemudahan rawatan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan demi menjamin keselesaan dan kesejahteraan anggota.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Tentera Darat Malaysia dalam menjaga kebajikan anggotanya, bukan sahaja ketika dalam perkhidmatan malah juga ketika berhadapan dengan sebarang kesulitan. Diharapkan agar LKpl Muhammad Norarifin bin Ismail dikurniakan kesembuhan yang segera dan dapat kembali bertugas seperti sediakala.

𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝑺𝒐𝒖𝒕𝒉𝒆𝒓𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒓𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑨𝒓𝒎𝒚







𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 30 Mac  26 - Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff, Timbalan Komander serta seluruh warga...
30/03/2026

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 30 Mac 26 - Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff, Timbalan Komander serta seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mej Jen Datuk Shamshor bin Haji Jaafar, Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia atas penganugerahan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K).

Semoga pelantikan ini akan terus memperkukuhkan lagi kepimpinan Tentera Darat Malaysia ke arah kecemerlangan, pemerkasaan kesiapsiagaan operasi serta pengukuhan profesionalisme warga tentera

𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝑺𝒐𝒖𝒕𝒉𝒆𝒓𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒓𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑨𝒓𝒎𝒚







20/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈, 𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍

𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 20 Mac 26 - Brig Jen Norazan bin Omar, Komander Rejimen 501 Askar Wataniah serta seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia, khususnya Rejimen 501 Askar Wataniah.

Semoga kehadiran Syawal yang mulia ini diraikan dengan penuh rasa kesyukuran, keinsafan serta kegembiraan bersama keluarga tercinta. Dalam kemeriahan sambutan ini, marilah kita terus menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh nilai pengorbanan dan mengekalkan dedikasi yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara.

𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝑺𝒐𝒖𝒕𝒉𝒆𝒓𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒓𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑨𝒓𝒎𝒚







𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈, 𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 20 Mac 26 - Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff, Timb...
20/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈, 𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍

𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 20 Mac 26 - Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff, Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah serta seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia, khususnya Rejimen 501 Askar Wataniah.

Semoga kehadiran Syawal yang mulia ini diraikan dengan penuh rasa kesyukuran, keinsafan serta kegembiraan bersama keluarga tercinta. Dalam kemeriahan sambutan ini, marilah kita terus menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh nilai pengorbanan dan mengekalkan dedikasi yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara.

𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝑺𝒐𝒖𝒕𝒉𝒆𝒓𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒓𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑨𝒓𝒎𝒚







𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗥𝗘𝗝𝗜𝗠𝗘𝗡 𝟱𝟬𝟭 𝗔𝗦𝗞𝗔𝗥 𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗛𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 11 Mac 26 - Rejimen 501 ...
14/03/2026

𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗥𝗘𝗝𝗜𝗠𝗘𝗡 𝟱𝟬𝟭 𝗔𝗦𝗞𝗔𝗥 𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗛

𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 11 Mac 26 - Rejimen 501 Askar Wataniah telah melaksanakan pemeriksaan kenderaan persendirian melibatkan warga Rejimen 501 Askar Wataniah sebelum bermulanya cuti Hari Raya Aidilfitri. Pemeriksaan ini telah dilaksanakan di Padang Kawad Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem Tebrau, Johor Bahru; Batalion Kedua Rejimen 501 Askar Wataniah di Kem Muar; serta Batalion Ketiga Rejimen 501 Askar Wataniah di Kem Kluang.

Objektif pemeriksaan ini adalah bagi memastikan semua kenderaan milik warga Rejimen 501 Askar Wataniah berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan untuk perjalanan p**ang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun 2026.

Dalam masa yang sama, Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff turut berpesan kepada seluruh warga rejimen agar sentiasa berhati-hati ketika memandu serta mematuhi segala peraturan jalan raya. Pesanan ini bagi memastikan perjalanan p**ang ke destinasi masing-masing berjalan lancar dan semua warga dapat tiba dengan selamat bersama keluarga tersayang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝑺𝒐𝒖𝒕𝒉𝒆𝒓𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒓𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑨𝒓𝒎𝒚







𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐍𝐈 𝐁𝐑𝐀𝐕𝐎 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐖 𝐊𝐄𝐌 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓 , 8 Mac 26 - Kompeni ...
10/03/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐍𝐈 𝐁𝐑𝐀𝐕𝐎 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐖 𝐊𝐄𝐌 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓

𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓 , 8 Mac 26 - Kompeni Bravo Batalion Kedua Kem Batu Pahat telah melaksanakan Program Ziarah Kasih Ramadan 1447H. Program tahunan yang dilaksanakan ini adalah tahun yang kesepuluh bagi tahun 2026 bersamaan 1447 Hijrah.

Ketua Kompeni Bravo Kem Batu Pahat Mejar Adib bin Abd Karim telah mengetuai rombongan Ziarah Kasih Ramadan bagi penyampaian sumbangan berupa barang keperluan dapur dan hari raya. Beliau juga menyampaikan sumbangan cenderahati untuk pegawai dan anggota Kompeni Bravo yang telah bersara.

Program ini bertujuan menyampaikan sumbangan kepada keluarga atau bekas anggota yang kurang berkemampuan dan mengalami keuzuran.

Fokus adalah bertujuan merapatkan hubungan ukhwah antara pegawai, anggota dan komuniti setempat. Program ini juga dapat meneruskan amalan yang mulia pada bulan ramadan, serta menyemai nilai keperihatinan, kebajikan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga pasukan serta mempromosikan Askar Wataniah.

𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝑺𝒐𝒖𝒕𝒉𝒆𝒓𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒓𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑨𝒓𝒎𝒚







Address

Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem Tebrau, Jalan Pandan
Johor Bahru
80990

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category