31/12/2025
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita masih diberi kesempatan untuk melangkah ke Tahun Baharu 2026.
Pemuda PAS Johor mengambil kesempatan ini untuk mengajak seluruh rakyat, khususnya golongan anak muda, agar menjadikan pertukaran tahun ini sebagai titik muhasabah, bukan sekadar perayaan semata-mata. Masa yang berlalu tidak akan kembali, dan setiap detik adalah amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: โDemi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, serta saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.โ
(Surah al-โAsr ayat 1โ3)
Ayat ini menjadi peringatan jelas bahawa perubahan angka tahun tidak membawa makna jika tidak disertai dengan perubahan sikap, komitmen dan amal. Tahun 2026 hadir dalam suasana negara yang terus berdepan pelbagai cabaran โ kos sara hidup yang menekan, beban hutang pendidikan anak muda, ketidaktentuan ekonomi, serta krisis nilai dan integriti dalam kepimpinan.
Justeru, Pemuda PAS Johor menegaskan bahawa anak muda tidak boleh terus menjadi pemerhati, sebaliknya mesti tampil sebagai agen pembaikan dan pembela kebenaran.
Kami menegaskan komitmen untuk terus memperjuangkan kebajikan rakyat dan masa depan anak muda, mempertahankan nilai Islam, keadilan dan integriti dalam pentadbiran, menjadi suara semak dan imbang yang berani serta bertanggungjawab, menggerakkan kerja tarbiah, kebajikan dan khidmat masyarakat secara konsisten.
Kami menyeru seluruh Pemuda PAS Johor dan generasi muda agar melangkah ke tahun baharu ini dengan semangat islah, memperkukuh perpaduan, menjauhi perpecahan, serta meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara melebihi segala kepentingan peribadi.
Akhirnya, marilah kita berdoa agar tahun 2026 ini menjadi tahun yang lebih baik โ tahun kembalinya amanah kepada yang berhak, tertegaknya kebenaran, dan terbela nasib rakyat keseluruhannya.
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.
"๐๐๐๐๐! ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐"
Ikhlas daripada,
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
๐FB : https://www.facebook.com/share/p/1AfLdNqWJs/
๐TikTok : https://vt.tiktok.com/ZS56kDyFn/
Check out Pemuda PAS Johorโs post.