Bahagian Keselamatan UTM

Bahagian Keselamatan UTM Selamat datang ke Laman Rasmi Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia.

Saya bagi pihak seluruh warga Bahagian Keselamatan menghargai kesudian dan mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman Facebook ini. Adalah diharapkan maklumat yang ada terdapat dalam laman Facebook ini akan membantu tuan/puan untuk mengenali Bahagian keselamatan dengan lebih dekat lagi dan seterusnya akan mewujudkan hubungan kerja lebih baik. Bahagian Keselamatan merupakan salah satu daripada 6

bahagian yang terdapat di Pejabat Pendaftar. Bahagian Keselamatan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua perkara berkaitan pengurusan keselamatan bagi memastikan tahap keselamatan kampus terpelihara daripada segala ancaman dan juga mendukung cita-cita Universiti untuk menjadi Universiti Bertaraf Dunia. Adalah diharapkan sokongan dan kerjasama semua pihak agar dapat memudahkan pelaksanaan tanggungjawab keselamatan yang semakin mencabar oleh pihak kami ini. Pihak kami juga mengalu-alukan komen atau cadangan daripada tuan/puan bagi membolehkan pihak kami membuat penambahbaikkan yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan keselamatan dalam kampus. Di atas keperihatinan dan kerjasama diucapkan ribuan terima kasih. BAHAGIAN KESELAMATAN
JABATAN PENDAFTAR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOTLINE BAHAGIAN KESELAMATAN
+607 533 3013 (24JAM)

EMAIL RASMI BAHAGIAN KESELAMATAN
[email protected]

PEJABAT KESELAMATAN
Urusan Waktu Pejabat
+607 533 3015

KAUNTER KUNCI KESELAMATAN
Urusan Waktu Pejabat
+607 553 0002

KAUNTER LALULINTAS
(Pelekat kenderaan/Kompaun/Papan Tanda)
Urusan Waktu Pejabat
Encik Mohd Shahrizal bin Jamaluddin
+607 553 0532 / +6012 244 8315
[email protected]

KAD MATRIK
Urusan Waktu Pejabat
Encik Mohd Ridhwan bin Somiran
+6018 786 4020
[email protected]

PAS PEKERJA KONTRAKTOR UTM
Urusan Waktu
Pejabat Encik Suhaimi bin Achil
+6017 782 9642
[email protected]

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN
(Aktiviti Bukan Rasmi Universiti) Urusan Waktu Pejabat
Encik Mohammad Firdaus bin Wahyudin
+6019 723 4367
[email protected]

Encik Muhammad Syazwan bin Eliasa
+6018 774 4341
[email protected]

SESI PEMBENTANGAN LAPORAN PENUH ON JOB TRAINING (OJT) PEGAWAI KESELAMATAN03 Jun 2026 | Rabu | 0900 | Bilik Mesyuarat, Ba...
03/06/2026

SESI PEMBENTANGAN LAPORAN PENUH ON JOB TRAINING (OJT) PEGAWAI KESELAMATAN

03 Jun 2026 | Rabu | 0900 | Bilik Mesyuarat, Bahagian Keselamatan UTM

TERIMA KASIH PUAN HAJAH NOR AZIZAH BINTI ISMAIL Hari ini merupakan satu detik yang penuh bermakna buat seluruh warga uni...
22/05/2026

TERIMA KASIH PUAN HAJAH NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
Hari ini merupakan satu detik yang penuh bermakna buat seluruh warga universiti, terutamanya kami di Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UTM, dalam meraikan Majlis Persaraan Mantan Pendaftar UTM, Puan Hajah Nor Azizah binti Ismail.
​Kami merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas segala keringat, pengorbanan, dan jasa bakti yang tidak ternilai yang telah Puan curahkan sepanjang menabur khidmat di menara gading ini.
​Selamat melangkah ke fasa persaraan, Puan. Semoga fasa baharu ini dianugerahkan kesihatan yang afiat, ketenangan yang berpanjangan, dan sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya bersama keluarga tercinta.
​Jasa ditandu, memori terpahat. Terima kasih

22 Mei 2026 | Jumaat | 1500 | Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Sesi pertemuan santai antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM bersama Bahagian Keselamatan UTM telah berlangsung dala...
22/05/2026

Sesi pertemuan santai antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM bersama Bahagian Keselamatan UTM telah berlangsung dalam suasana mesra dan profesional bagi mengukuhkan hubungan serta kerjasama antara kepimpinan pelajar dan Bahagian Keselamatan UTM. Sesi ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Keselamatan UTM, Tuan Mohd Faizal bin Abd Latib. Manakala pihak MPP UTM diwakili oleh Irfan Firdaus selaku Yang Dipertua (YDP) MPP UTM, Muhamad Luqman selaku Timbalan Yang Dipertua (TYDP) MPP UTM serta Amylea selaku Naib Yang Dipertua (NYDP) MPP UTM. Pertemuan ini menjadi platform dalam memperkukuhkan komunikasi dan kerjasama yang baik demi memastikan persekitaran kampus sentiasa selamat, harmoni dan kondusif untuk seluruh warga universiti.

22 Mei 2026 | Jumaat | 1100 | Bahagian Keselamatan UTM

Majlis Perwakilan Pelajar UTM

KURSUS STANDAR PEOPLE PRACTICE (SPP) ANGGOTA WANITA SEKSYEN KAWALAN AKSES BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALA...
21/05/2026

KURSUS STANDAR PEOPLE PRACTICE (SPP) ANGGOTA WANITA SEKSYEN KAWALAN AKSES BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
21 Mei 2026 | Khamis | 0900 |Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, PSZ, UTM.

18/05/2026

THROWBACK | KAYUHAN YBHG. DATO’ DR. MOHD SHARIL BIN ABDULLAH, PENDAFTAR UTM TURUN PADANG — Meninjau Operasi, Memperkasa Penyampaian
15 Mei 2025 | Jumaat | 0900 | Universiti Teknologi Malaysia

17/05/2026

THROWBACK. LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN TAHUN 2026.
12 Mei | Selasa | 2015 | | Blok H25 Kolej Tun Fatimah UTM

KAYUHAN YBHG. DATO’ DR. MOHD SHARIL BIN ABDULLAH, PENDAFTAR UTM TURUN PADANG— Meninjau Operasi, Memperkasa Penyampaian15...
15/05/2026

KAYUHAN YBHG. DATO’ DR. MOHD SHARIL BIN ABDULLAH, PENDAFTAR UTM TURUN PADANG— Meninjau Operasi, Memperkasa Penyampaian
15 Mei 2025 | Jumaat | 0900 | Universiti Teknologi Malaysia

FOTO - Farid

Lawatan mengejut (mystery shopping) oleh Ybhg Dato Pendaftar ke SMOC Command Centre bagi melihat sendiri tahap pengawasa...
14/05/2026

Lawatan mengejut (mystery shopping) oleh Ybhg Dato Pendaftar ke SMOC Command Centre bagi melihat sendiri tahap pengawasan dan kawalan keselamatan kampus yang dilaksanakan oleh Bhg.Keselamatan Utm Johor Bahru sentiasa berada ditahap yang selamat demi kesejahteraan dan ketenteraman warga kampus.

14 Mei 2026 | Khamis | 1000 | Bahagian Keselamatan UTM

FOTO - Farid

14/05/2026

Mari Naik Bukit Bersama Kami. Larian Naik Bukit ke Balai Cerap
14 Mei 2026 | Khamis | 0800 | Balai Cerap Universiti Teknologi Malaysia

VIDEO - FARID
JASMANI - Faezil

Address

Bahagian Keselamatan UTM
Johor Bahru
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Keselamatan UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Keselamatan UTM:

Share