12/06/2026
Selesai sudah Sesi Penyerahan Projek Dewan Serbaguna Kampung Tekam, Pogoh, Segamat yang telah berlangsung pada hari Khamis, 11 Jun 2026.
Majlis penyerahan penuh bermakna ini telah dihadiri oleh barisan tetamu kehormat daripada pelbagai agensi termasuk Pejabat Daerah Segamat, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) demi menyaksikan detik bersejarah bagi penduduk kampung.
Selepas ini, orang kampung boleh menggunakan dewan serbaguna yang selesa ini untuk pelbagai majlis, aktiviti sukan, dan program komuniti.