Chua Jian Boon 蔡建文

Chua Jian Boon 蔡建文 柔大臣华人事务官,民防部上尉,父亲,丈夫,孩子,人民/Special Officer Johor Chief Minister(Chinese Affairs),Captain(PA)APM,Dad,Husband,Child,Citizen

蔡建文 Chua Jian Boon 28
马来西亚青年国会议员 Ahli Parlimen Belia Malaysia(2016-2018)
柔佛州青年州议员 Ahli Dewan Muda Johor(2022-2024)
古来青年市议员 Ahli Majlis Belia Kulai(2021-2023)

01/06/2026

柔佛州议会
6月1号
正式解散
DUN Johor Bubar

法喜充满 卫塞节快乐来到新邦令金佛学会浴佛,祈求我的家人朋友们平安健康。Selamat Menyambut Hari Wesak.        #新邦令金  #卫塞节
31/05/2026

法喜充满 卫塞节快乐

来到新邦令金佛学会浴佛,祈求我的家人朋友们平安健康。

Selamat Menyambut Hari Wesak.

#新邦令金 #卫塞节

最近有不少人开始对柔佛州过去四年的成绩品头论足,把一切成就归因于新加坡、归因于中央政府,总之就是不愿意承认柔佛州政府、州务大臣以及州行政团队所付出的努力。但对柔佛州政府,尤其是Onn Hafiz而言,我们从来不执着于功劳应该归给谁。Cred...
30/05/2026

最近有不少人开始对柔佛州过去四年的成绩品头论足,把一切成就归因于新加坡、归因于中央政府,总之就是不愿意承认柔佛州政府、州务大臣以及州行政团队所付出的努力。

但对柔佛州政府,尤其是Onn Hafiz而言,我们从来不执着于功劳应该归给谁。Credit如果有人想拿,那就拿去吧。

我们真正关心的,是柔佛民族的生活有没有变得更好;是在百物上涨、生活成本不断增加的情况下,州政府还能为人民做些什么。无论是 Bantuan Kasih Johor 还是 Jualan Kasih Johor,这些都不是今年才出现的政策,而是过去几年持续推动、持续改善人民生活的努力。

新加坡也不是2022年才成立的。没有人否认,柔佛州这四年来的亮眼表现,与柔新关系达到历史性的友好与合作高度有关。但问题是,这样的成果从来不会凭空发生。

正因为州务大臣和团队长期积极经营、主动沟通、不断争取,大家才会经常看到州务大臣与新加坡总理、各部门部长频繁会面,推动一项又一项合作计划落地。这些关系的建立与深化,背后都是实实在在的努力与付出。

所以,大臣一直强调,如果要评论,请针对柔佛州过去四年的表现提出建议;如果要批判,也欢迎基于事实来讨论。

但不要刻意转移视线、模糊焦点,更不要偷换概念。因为柔佛民族都看在眼里

Ramai kebelakangan ini mula memberi pelbagai komen mengenai pencapaian Johor sepanjang empat tahun yang lalu. Naratif yang sering dibawa ialah segala kejayaan Johor kononnya berpunca daripada Singapura, atau hasil usaha Kerajaan Persekutuan semata-mata. Ringkasnya, apa sahaja asalkan bukan hasil usaha Kerajaan Negeri Johor, Menteri Besar dan pasukan pentadbirannya.

Namun bagi Kerajaan Negeri Johor, khususnya YAB Dato’ Onn Hafiz, soal siapa yang layak menerima kredit tidak pernah menjadi keutamaan. Jika ada yang mahu mengambil kredit itu, silakan.

Apa yang benar-benar menjadi fokus kami ialah sama ada kehidupan Bangsa Johor semakin baik atau tidak. Dalam keadaan kos sara hidup dan harga barang yang terus meningkat, apa yang boleh dilakukan untuk membantu rakyat Johor? Sebab itulah program seperti Bantuan Kasih Johor dan Jualan Kasih Johor diwujudkan dan dilaksanakan secara konsisten. Ini bukan program yang baru muncul tahun ini, tetapi usaha berterusan sejak beberapa tahun lalu untuk meringankan beban rakyat.

Singapura juga bukan baru wujud pada tahun 2022. Tidak dapat dinafikan bahawa prestasi Johor dalam tempoh empat tahun ini turut didorong oleh hubungan Johor-Singapura yang berada pada tahap terbaik dalam sejarah. Tetapi hubungan yang erat itu tidak berlaku secara kebetulan.

Ia terhasil daripada usaha berterusan Menteri Besar dan pasukan beliau yang sentiasa membina jaringan, memperkukuh kerjasama dan membuka ruang perbincangan dengan pelbagai pihak. Sebab itu kita sering melihat Menteri Besar bertemu Perdana Menteri Singapura serta para menteri dari kedua-dua negara bagi menjayakan pelbagai agenda dan kerjasama yang memberi manfaat kepada Johor.

Atas sebab itu, seperti yang sering ditegaskan oleh Menteri Besar, jika ingin memberi pandangan, berilah cadangan terhadap prestasi Johor sepanjang empat tahun ini. Jika ingin mengkritik, kritikan yang berasaskan fakta sentiasa dialu-alukan.

Tetapi janganlah mengalihkan perhatian, mengaburkan isu sebenar atau menukar naratif semata-mata untuk menafikan usaha yang telah dilakukan. Kerana apa yang berlaku di Johor sepanjang empat tahun ini bukan sahaja dapat dilihat

#柔佛前进

没有过人的天赋,但这些年来,我始终坚持一件事——寻找资源、整合力量,为古来的每一个领域尽一份力。今天,在马来西亚青年体育商会俱乐部的协助下,我与团队一同见证了他们移交总额 RM25,000 的捐款给5所华小,每所学校获得 RM5,000。受...
28/05/2026

没有过人的天赋,但这些年来,我始终坚持一件事——寻找资源、整合力量,为古来的每一个领域尽一份力。

今天,在马来西亚青年体育商会俱乐部的协助下,我与团队一同见证了他们移交总额 RM25,000 的捐款给5所华小,每所学校获得 RM5,000。

受惠学校包括:大古来华小(我的母校)、四维华小、万邦华小、柏图华小以及敬业华小。

#做事的人

Walaupun saya tidak mempunyai bakat luar biasa, tetapi sejak sekian lama saya sentiasa berusaha mencari sumber dan menghubungkan pelbagai pihak demi membantu setiap bidang di Kulai.

Hari ini, dengan sumbangan Kelab Sukan dan Rekreasi Malaysia, saya bersama pasukan berpeluang menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM25,000 kepada 5 buah sekolah rendah Cina, di mana setiap sekolah menerima RM5,000.

Sekolah-sekolah yang menerima sumbangan ialah SJKC Kulai Besar (Sekolah Saya), SJKC Sawit, SJKC Bemban, SJKC Batu dan SJKC Ching Yeh.

 #做事的人|YB林添顺州行政议员移交柔佛州政府批准的地契延长信函予真佛宗华严雷藏寺。批评很容易,真正做事却需要承担与勇气。柔佛州政府在YAB拿督翁哈菲兹领导下,“不分种族肤色”从来不是口号,而是实实在在的行动。遗憾的是,当州政府努力建设柔...
27/05/2026

#做事的人|YB林添顺州行政议员移交柔佛州政府批准的地契延长信函予真佛宗华严雷藏寺。

批评很容易,真正做事却需要承担与勇气。柔佛州政府在YAB拿督翁哈菲兹领导下,“不分种族肤色”从来不是口号,而是实实在在的行动。

遗憾的是,当州政府努力建设柔佛时,却有人选择调侃、扭曲,甚至把政府的努力当成攻击的武器。

但州政府不会因此停下脚步。我们坚持以人民利益为优先,做得不够,我们承认、道歉、改进。

因为我们的目标只有一个——让柔佛民族越来越好。

YB Ling Tian Soon menyerahkan surat kelulusan sambungan tanah daripada Kerajaan Negeri Johor kepada Rumah Ibadat Bukan Islam Zhen Fo Zong Hua Yan Lei Tsang Si

Mengkritik memang mudah, tetapi untuk bekerja dan memikul tanggungjawab memerlukan keberanian. Di bawah pimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz, Kerajaan Negeri Johor membuktikan bahawa semangat tanpa mengira kaum dan warna kulit bukan sekadar slogan, tetapi tindakan yang nyata.

Namun amat mendukacitakan apabila usaha kerajaan negeri untuk membangunkan Johor diputar belit dan dijadikan bahan serangan politik oleh pihak tertentu.

Walau apa pun, kerajaan negeri tetap teguh mengutamakan kepentingan rakyat. Jika ada kekurangan, kita akui, kita perbaiki dan kita terus melangkah ke hadapan.

Matlamat kita hanya satu — menjadikan Johor lebih maju dan lebih baik untuk Bangsa Johor.

到泗隆新村神庙晚会,给予我的好兄弟——官家丞村长支持。作为一名年轻村长,他和村委会一路以来坚持为村民服务的精神,确实让我十分欣赏。因为我们这一代的新兴政治工作者,真正应该做的,不是破坏,而是做事。近期州政府发放援助金引起的一些不便和做的不好...
26/05/2026

到泗隆新村神庙晚会,给予我的好兄弟——官家丞村长支持。

作为一名年轻村长,他和村委会一路以来坚持为村民服务的精神,确实让我十分欣赏。因为我们这一代的新兴政治工作者,真正应该做的,不是破坏,而是做事。

近期州政府发放援助金引起的一些不便和做的不好的部分,我诚挚地向大家道歉。对不起🙏柔州政府也在进行改进和优化。

我始终相信,人民真正需要的,不是情绪化的政治,而是真正愿意承担责任、认真做事的人。

Sempat saya hadir ke Majlis Makam Malam Sambutan Ulang Tahun RIBI di Kampung Baru Seelong bagi memberikan sokongan kepada sahabat baik saya, Ketua Masyarakat Kampung Baru Seelong Saudara Kong Kah Seng.

Sebagai seorang ketua masyarakat yang paling muda, semangat beliau bersama ahli jawatankuasa kampung yang sentiasa komited berkhidmat untuk masyarakat memang amat saya kagumi. Kerana bagi generasi baharu dalam dunia politik, apa yang perlu kita lakukan bukanlah merosakkan, tetapi bekerja dan menyelesaikan masalah rakyat.

Berhubung beberapa kesulitan dan kelemahan dalam penyaluran bantuan kerajaan negeri baru-baru ini, saya ingin memohon maaf dengan penuh keikhlasan kepada semua. 🙏 Kerajaan Negeri Johor juga telah melakukan penambahbaikan dan proses penyesuaian agar bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Saya sentiasa percaya bahawa rakyat sebenarnya tidak memerlukan politik yang penuh emosi dan kebencian, tetapi pemimpin yang sanggup memikul tanggungjawab dan benar-benar bekerja untuk masyarakat.

来到马什新村与村民们一同欢庆双亲节,感受到满满的人情味与温暖氛围。即便下着雨,依然无阻大家热情出席,共聚一堂。现场村民们载歌载舞,欢笑声不断,大家一起度过了一个温馨又美好的夜晚。这样的凝聚力与幸福感,正是新邦令金最迷人的地方。新邦令金之所以...
24/05/2026

来到马什新村与村民们一同欢庆双亲节,感受到满满的人情味与温暖氛围。即便下着雨,依然无阻大家热情出席,共聚一堂。

现场村民们载歌载舞,欢笑声不断,大家一起度过了一个温馨又美好的夜晚。这样的凝聚力与幸福感,正是新邦令金最迷人的地方。

新邦令金之所以被誉为“幸福城市”,不仅因为这里环境宜人,更因为这里拥有浓厚的人情味与团结精神。而这里,也是州务大臣拿督翁哈菲兹的州选区。

感谢每一位村民的热情参与,让这个夜晚格外难忘。

Hadir ke Kampung Baru Machap bersama penduduk setempat bagi meraikan Hari Ibu Bapa dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Walaupun hujan, semangat penduduk untuk hadir tetap luar biasa.

Penduduk kampung turut memeriahkan majlis dengan nyanyian dan tarian, menjadikan malam ini begitu indah dan bermakna buat semua.

Inilah keistimewaan Simpang Renggam yang terkenal sebagai sebuah bandar bahagia — bukan sahaja kerana pembangunannya, tetapi juga kerana semangat perpaduan dan nilai kemasyarakatan yang kuat dalam kalangan rakyatnya.

Simpang Renggam juga merupakan kawasan Dato’ Onn Hafiz, Menteri Besar Johor. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan sambutan pada malam ini.

为了方便年长的新村村民们领取 Bantuan Kasih Johor,我们特别安排两趟免费巴士载送服务前往 PGA。共安排两趟:🚌 上午班🚌 下午班希望能为长者们提供便利,减轻交通负担,让大家安心顺利领取援助。感谢所有协助安排与配合的工作人...
24/05/2026

为了方便年长的新村村民们领取 Bantuan Kasih Johor,我们特别安排两趟免费巴士载送服务前往 PGA。

共安排两趟:
🚌 上午班
🚌 下午班

希望能为长者们提供便利,减轻交通负担,让大家安心顺利领取援助。

感谢所有协助安排与配合的工作人员,也祝愿村民们一切顺利、平安健康。

Bagi memudahkan orang kampung baru golongan warga emas menerima Bantuan Kasih Johor, perkhidmatan bas percuma khas telah disediakan untuk membawa mereka ke PGA.

Sebanyak dua sesi perjalanan disediakan:
🚌 Sesi pagi
🚌 Sesi petang

Inisiatif ini diharap dapat membantu memudahkan urusan warga emas serta mengurangkan beban pengangkutan mereka agar proses menerima bantuan berjalan lancar.

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan urusan ini. Semoga semua penduduk sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan.

感觉好似毕业照😅“2026蔡建文杯游泳比赛”圆满结束谢谢230位参赛者,以及超过400位家长的到来,一起见证孩子们最闪耀的高光时刻。当天现场超过650位朋友齐聚一堂,气氛非常热烈,充满了运动与欢笑声❤️看到孩子们勇敢下水、努力拼搏,不只是比...
23/05/2026

感觉好似毕业照😅“2026蔡建文杯游泳比赛”圆满结束

谢谢230位参赛者,以及超过400位家长的到来,一起见证孩子们最闪耀的高光时刻。当天现场超过650位朋友齐聚一堂,气氛非常热烈,充满了运动与欢笑声❤️

看到孩子们勇敢下水、努力拼搏,不只是比赛,更是一种成长与突破。每一位完成比赛的小朋友,都是自己的冠军🏅

我感到非常自豪,因为我们一起为古来注入了新的活力,也让热爱游泳的孩子们,拥有属于自己的首届游泳盛会。

特别感谢:
🙏 Wahoo Swim Academy 团队全力支持
🙏 所有赞助商的大力协助
🙏 Johor Now 的宣传与帮忙

因为有你们,这场比赛才能如此成功与圆满。

希望明年,我们再见!🏊‍♂️✨

“Pertandingan Renang Piala Chua Jian Boon 2026” telah berlangsung dengan jayanya 🙏

Terima kasih kepada 230 peserta serta lebih 400 ibu bapa yang hadir untuk bersama-sama menyaksikan detik paling bermakna dan membanggakan buat anak-anak mereka. Dengan kehadiran lebih 650 orang pada hari tersebut, suasana memang sangat meriah dan penuh semangat ❤️

Melihat anak-anak berani turun ke kolam dan berusaha bersungguh-sungguh, ini bukan sekadar satu pertandingan, tetapi juga satu proses pembelajaran, keberanian dan perkembangan diri. Setiap anak yang berjaya menamatkan pertandingan adalah juara buat diri mereka sendiri 🏅

Saya amat berbangga kerana kita berjaya membawa nafas baru kepada Kulai serta membuka peluang kepada anak-anak yang meminati sukan renang untuk menyertai kejohanan renang pertama seumpama ini.

Ribuan terima kasih kepada:
🙏 Pasukan Wahoo Swim Academy atas sokongan penuh
🙏 Semua penaja yang banyak membantu
🙏 Johor Now atas bantuan promosi dan sokongan

Tanpa anda semua, kejohanan ini tidak mungkin dapat berlangsung dengan begitu lancar dan berjaya.

Semoga kita berjumpa lagi tahun hadapan! 🏊‍♂️✨

#做事的人 #蔡建文

3000份 RM15 的 Jualan Kasih Johor Combo(鸡蛋、食油和鸡肉)在 Taman Scientex 已经全部售罄,感谢大家的热烈支持!感谢州务大臣拿督翁哈菲兹推出这项惠民计划,让大家能够购买到价廉物美的货品。特别...
23/05/2026

3000份 RM15 的 Jualan Kasih Johor Combo(鸡蛋、食油和鸡肉)在 Taman Scientex 已经全部售罄,感谢大家的热烈支持!

感谢州务大臣拿督翁哈菲兹推出这项惠民计划,让大家能够购买到价廉物美的货品。

特别感谢当地巫统妇女组的全力协助,不仅一早到场帮忙维持秩序与分发工作,也让整个活动顺利进行。期间也有机会请各位大姐们喝水解暑,聊聊天,气氛十分温馨。

感谢大家携手合作,把惠民活动做到最好,让更多居民真正受惠。

3000 set Jualan Kasih Johor Combo berharga RM15 yang mengandungi telur, minyak masak dan ayam di Taman Scientex telah habis dijual. Terima kasih atas sambutan hangat daripada semua!

Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz, atas inisiatif memperkenalkan program bantuan rakyat ini supaya orang ramai dapat membeli barangan keperluan pada harga yang berpatutan dan berkualiti.

Ucapan penghargaan juga kepada Wanita UMNO tempatan atas kerjasama dan bantuan penuh mereka. Bukan sahaja hadir awal untuk membantu melancarkan urusan pengagihan dan kawalan, malah saya juga berpeluang belanja kakak-kakak semua minuman bagi menghilangkan dahaga sambil beramah mesra dalam suasana yang cukup mesra dan harmoni.

Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program kebajikan ini demi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat.

Address

Johor Chief Minister Office, Pejabat Menteri Besar Johor, Aras 4, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri
Johor Bahru
79502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chua Jian Boon 蔡建文 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Chua Jian Boon 蔡建文:

Share