03/06/2026
JOHOR BAHRU, 03 JUN 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor melalui Bahagian Keselamatan dan Pasport telah hadir ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 29 Mei 2026 bagi membantu satu kes urusan permohonan pasport seorang bayi warganegara Malaysia yang dilahirkan secara pramatang melalui pembedahan kecemasan pada 30 April 2026 pada usia kandungan 33 minggu 3 hari akibat komplikasi kelahiran awal. Sejak kelahiran, bayi tersebut telah dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HSI Johor Bahru.
Sepanjang tempoh rawatan, bayi mengalami beberapa komplikasi kesihatan termasuk masalah pernafasan dan rawatan intensif yang memerlukan kepakaran dari luar negara amat diperlukan.
Tindakan turun padang ini menunjukkan bukti komitmen Kerajaan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" yang sentiasa cakna dalam memastikan tahap penyampaian perkhidmatan demi menjamin kesejahteraan pelanggan yang berurusan di Jabatan Imigresen Malaysia khususnya Negeri Johor.
©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR
Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Johor https://linktr.ee/jimjohor