16/05/2026
KENYATAAN MEDIA
MIC JOHOR MENYOKONG PENDIRIAN BN JOHOR BERTANDING DI SEMUA 56 KERUSI DUN
MIC Johor menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Barisan Nasional Johor untuk bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN Johor akan datang.
MIC Johor berpandangan bahawa keputusan untuk bergerak atas kekuatan sendiri adalah satu pendirian yang jelas, konsisten dan selari dengan semangat perjuangan Barisan Nasional di negeri Johor sejak sekian lama.
Keputusan ini bukan soal ego politik, tetapi demi memastikan kestabilan kerajaan negeri, kesinambungan pembangunan serta kepimpinan yang mempunyai hala tuju jelas untuk rakyat Johor.
MIC Johor juga percaya bahawa Johor tidak memerlukan percaturan politik yang boleh mewujudkan ketidaktentuan pentadbiran atau mengganggu fokus terhadap agenda pembangunan rakyat dan negeri.
Sebagai komponen setia dalam Barisan Nasional, MIC Johor komited untuk terus memperkukuhkan gerak kerja bersama seluruh jentera BN bagi memastikan kemenangan gabungan itu di semua kawasan DUN.
MIC Johor yakin rakyat akan terus menilai berdasarkan rekod perkhidmatan, kestabilan politik serta keikhlasan perjuangan yang telah dibuktikan oleh BN selama ini.
Johor perlu terus dipimpin oleh kerajaan yang stabil, berpengalaman dan memahami aspirasi Bangsa Johor.
“Johor bukan makmal politik, tetapi negeri yang perlu terus maju dengan kestabilan dan kepimpinan yang kukuh