P.UMNO MURNI

P.UMNO MURNI Sejarah kami bermula dari sekumpulan pembangkang, menjadi sekutu kerajaan BN dan 2018 kami kembali m

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  ๐ŸŒ™Dengan penuh rasa syukur dan takzim saya mengucapkan Selamat Menyambut Mau...
24/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  ๐ŸŒ™

Dengan penuh rasa syukur dan takzim saya mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di Johor, khususnya warga DUN Larkin yang dikasihi.

Sambutan 12 Rabiulawal ini mengingatkan kita kepada kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Baginda adalah contoh teladan terbaik dalam setiap aspek kehidupan; pemimpin yang adil, pendidik yang bijaksana, dan insan yang sentiasa mendahulukan umat.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menyuntik semangat untuk kita menghayati sunnah Baginda, memperkukuh ukhuwah sesama kita, dan menterjemahkan akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian, dalam keluarga, masyarakat, mahupun tanggungjawab yang diamanahkan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah



๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ | ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—›๐—”๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—œ๐—ก ๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—›Hairi Mad Shah - HMS๐—ก.๐Ÿฐ๐Ÿฐ ๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—กWarga Larkin memerlukan w...
05/07/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ | ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ

๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—›๐—”๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—œ๐—ก ๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—›
Hairi Mad Shah - HMS
๐—ก.๐Ÿฐ๐Ÿฐ ๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ก

Warga Larkin memerlukan wakil rakyat yang memahami cabaran bandar, peluang anak muda, pekerjaan dan masalah trafik yang dekat dengan kehidupan harian.

๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก, ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก.
๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ. ๐Ÿ’™

30/04/2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Pemuda ...
30/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Pemuda UMNO Cawangan Murni telah berjaya bersidang dan dilaksanakan dengan penuh tertib, lancar dan penuh semangat perjuangan.

kejayaan ini bukan sekadar terlaksananya sebuah persidangan, tetapi merupakan simbol kekuatan, kesatuan dan iltizam kita sebagai Pemuda yang terus relevan dan komited mendukung perjuangan ABATA. Semangat yang ditunjukkan sepanjang persidangan ini jelas membuktikan bahawa Pemuda UMNO Cawangan Murni sentiasa bersedia untuk bangkit, bergerak dan memimpin dimasa-masa mendatang kelak.

Ucapan terima kasih dan penghargaan dirakamkan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, para ahli serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan persidangan ini. Tanpa kerjasama, pengorbanan dan komitmen yang padu, kejayaan ini pasti tidak akan dapat direalisasikan, ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga buat wakil UMNO cawangan dan wakil UMNO bahagian sebagai penyelaras persidangan.

Marilah kita terus memperkukuhkan saf perjuangan, merapatkan ukhwah dan melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan serta semangat juang yang tinggi. Sesungguhnya, kekuatan kita terletak pada kesatuan dan keikhlasan dalam berjuang demi masa depan yang lebih gemilang.

Pemuda terus mara! Bersatu, bersetia, berkhidmat !




07/11/2025
21/08/2025

PENDAKWAAN YB DATUK DR AKMAL: KEADILAN BERSUARA & PRINSIP RUKUN NEGARA

1. Selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya amat kesal dan memandang serius pendakwaan terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Dr Akmal Saleh.

2. โ Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan asas demokrasi negara. Namun, ia mesti diamalkan dengan penuh tanggungjawab berlandaskan prinsip Rukun Negara, khususnya Kesopanan dan Kesusilaan serta Kedaulatan Undang-Undang. Saya sentiasa percaya bahawa dalam ketegasannya, YB Dr Akmal tidak pernah berniat menghasut, sebaliknya ikhlas berpegang pada prinsip mempertahankan kedaulatan negara.

3. โ Pemuda UMNO menegaskan sebarang tindakan undang-undang mesti dilaksanakan secara adil, telus, dan bebas daripada tekanan politik. Keadilan yang berat sebelah hanya mencetus persepsi bahawa suara anak muda sedang disekat oleh sang penguasa.

4. โ Justeru, kami menyeru agar proses perundangan berjalan tanpa campur tangan. Biarlah mahkamah yang menentukan keadilan bukan tekanan politik atau persepsi jalanan.

5. โ Pemuda UMNO terus berdiri teguh bersama YB Datuk Dr Akmal dan yakin beliau akan melalui proses ini dengan tabah, berpegang kepada prinsip keadilan serta etika Rukun Negara.

YB MOHD HAIRI BIN MAD SHAH
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

14/04/2025

Innalillahiwainnailaihirojiun

Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Ke-5 yang juga mantan Presiden UMNO.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan bertaqwa serta diampuni dosa-dosanya dan tempatkannya di kekasih Allah.

Al-Fatihah.

Salam Takziah dari seluruh kepimpinan UMNO Malaysia

30/03/2025

*โ€˜Taqabbalallahu minna wa minkumโ€™*

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025

Salam lebaran daripada kami
Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan rezeki yang melimpah untuk kita semua. Amin

Nikmati hari raya dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan sahabat. Jangan lupa, yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan!



30/01/2025

Address

Lorong Pemuda, Kampung Melayu
Johor Bahru
81100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when P.UMNO MURNI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share