11/05/2026
PROGRAM KEPOLISAN KOMUNITI BERKAITAN KESELAMATAN DAN KESEDARAN PENCEGAHAN JENAYAH
Bukit Indah, 11 Mei 2026 - SM Ramli Bin Tukiman, Timbalan Ketua Polis Balai Bukit Indah bersama anggota balai telah menjalankan Program Kepolisan Komuniti Berkaitan Keselamatan dan Kesedaran Pencegahan Jenayah bertempat Pasaraya Aeon Taman Bukit Indah.
Program ini bertujuan untuk mendekati masyarakat setempat untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat berkenaan pencegahan jenayah.
Program ini juga memberi penerangan tentang cara-cara untuk melaporkan maklumat yang berkaitan dengan jenayah atau lain-lain masalah supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Mengalakkan orang awam untuk ‘Like & Share’ Facebook IPD Iskandar Puteri untuk mendapatkan info pencegahan jenayah dan menyalurkan apa-apa maklumat kepada pihak polis.
Mengedarkan risalah pencegahan jenayah (VSP) dan scammer kepada orang awam serta kesedaran kempen rumah selamat. Program yang bermula pada jam 12.00 tengahari berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 1.00 Petang.
Polis Daerah Iskandar Puteri