13/06/2026
π³ KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP BAGI PENEBANGAN DAN CANTASAN POKOK
π Lokasi:
β’ Jalan Jasa 9/2, Taman Mutiara Rini
β’ Jalan Jasa 9/4, Taman Mutiara Rini
β’ Jalan Ara 8, Taman Sri Pulai
β’ Jalan Kebangsaan 7, Taman Universiti
β’ Jalan Perdana 2/5, Taman Pulai Perdana
β’ Jalan Jasa 8, Taman Mutiara Rini
β’ Jalan PI 19/5
β’ Jalan Batai 14
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Jabatan Landskap sedang giat melaksanakan kerja-kerja cantasan, penebangan pokok berisiko, pengalihan tanaman haram serta pembersihan pokok tumbang berdasarkan aduan orang awam dan pemeriksaan berkala yang dijalankan.
Kerja-kerja ini dilaksanakan oleh Unit Tebang Cantas (UTC) MBIP bersama kontraktor yang dilantik sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini, khususnya yang melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam.
Penyelenggaraan tertumpu di kawasan awam seperti laluan utama, kawasan perumahan dan taman permainan bagi memastikan pokok berada dalam keadaan sihat, stabil serta selamat. Inisiatif ini secara langsung membantu mengurangkan risiko pokok tumbang atau dahan patah yang boleh membahayakan orang ramai.
MBIP sentiasa komited dalam memastikan keseimbangan antara kelestarian landskap hijau dan keselamatan awam. Penilaian risiko serta pemeriksaan kesihatan pokok dilaksanakan secara berterusan bagi menjamin persekitaran bandar yang selamat, bersih dan kondusif.
Orang awam turut disarankan untuk bersama-sama menjaga kebersihan kawasan kejiranan dan taman permainan bagi mengelakkan pembiakan vektor penyakit seperti denggi serta mewujudkan persekitaran yang lebih sejahtera untuk semua.
YAB Datoβ Onn Hafiz Ghazi
YB Datoβ Mohd Jafni Md Shukor