JKKN Johor

JKKN Johor Lestari Seni Johor
Semarakkan Budaya Warisan Johor
Beri bantuan khidmat nasihat atau kepakaran seni budaya Johor

01/06/2026
JAWATAN KOSONG ARTIS BUDAYA JKKN JOHORJKKN Johor ingin menjemput anda yang berbakat dalam bidang Tari hadir temuduga ter...
01/06/2026

JAWATAN KOSONG ARTIS BUDAYA JKKN JOHOR

JKKN Johor ingin menjemput anda yang berbakat dalam bidang Tari hadir temuduga terbuka bagi jawatan Artis Budaya Tari B1 (Kontrak) pada :

🗓️ 12, 15, 16 & 17 Jun 2026
⏰ 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
⏰ 2.30 petang - 4.30 petang
📍 Studio Tari JKKN, Aras 6 Wisma Perkeso, No. 26 Jalan Susur 5 Off Jalan Tun Razak, Larkin, Johor Bahru

Bawa bersama dokumen ;
- Salinan Mykad (Depan & Belakang)
- ⁠Salinan Sijil SPM atau Sijil berkaitan yang setaraf
- ⁠Butiran maklumat peribadi (Resume)
- ⁠2 keping gambar berukuran passport
- ⁠Pakaian sukan







Selamat Menyambut Hari Gawai ditujukan kepada seluruh masyarakat yang meraikannya, khususnya komuniti Dayak, Iban, Biday...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Gawai ditujukan kepada seluruh masyarakat yang meraikannya, khususnya komuniti Dayak, Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan seluruh anak Sarawak di negeri Johor, Sarawak serta di seluruh Malaysia.

Busana yang ditampilkan merupakan pakaian tradisional Bidayuh dari Sarawak, yang dikenali melalui keindahan hiasan manik, aksesori etnik dan identiti budaya masyarakat Bidayuh.

Gayu Guru Gerai Nyamai.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan warga kerja
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor (JKKN Johor)







DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Ya...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 01 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat, kesejahteraan, kesihatan dan kebijaksanaan dalam menaungi rakyat serta negara.

Sembah takzim daripada :
Pengarah dan warga kerja Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor (JKKN Johor)

Daulat Tuanku




KEHADIRAN PENGUNJUNG MEMERIAHKAN SUASANA Kemeriahan Program Colours of Malaysia Siri 1/2026 dan Johor Cultura yang berla...
31/05/2026

KEHADIRAN PENGUNJUNG MEMERIAHKAN SUASANA

Kemeriahan Program Colours of Malaysia Siri 1/2026 dan Johor Cultura yang berlangsung semalam diakhiri dengan Joget Lambak dan tarian Zapin dengan penglibatan pengunjung yang hadir.

Terima kasih warga Johor atas sokongan dan sambutan yang luar biasa anda semua..!





Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha yang meraikannya.Kepelbagaian budaya, agama dan tradis...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha yang meraikannya.

Kepelbagaian budaya, agama dan tradisi yang diraikan bersama menjadi lambang kekuatan perpaduan negara, seiring dengan semangat Malaysia MADANI.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan seluruh warga
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor (JKKN Johor)

30 Mei 2026 - Tebing Bandar Dato’ Onn Selesai persembahan sempena Colours Of Malaysia Siri 1/2026 dan Johor Cultura yang...
30/05/2026

30 Mei 2026 - Tebing Bandar Dato’ Onn

Selesai persembahan sempena Colours Of Malaysia Siri 1/2026 dan Johor Cultura yang berlangsung penuh meriah di perkarangan tapak CBS Tebing Bandar Dato’ Onn.

Terima kasih diucapkan kepada rakan kerjasama yang turut sama dalam menjayakan program ini, antaranya Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru, Tebing Bandar Dato’ Onn dan Worldwide Management, CBS Tebing.

Sambutan yang penuh meriah daripada orang ramai yang hadir hampir 10,000 ribu pengunjung dalam program Colours of Malaysia membuktikan bahawa seni, budaya dan warisan negara terus mendapat tempat di hati masyarakat dalam usaha menyemarakan seni budaya sempena mempromosikan Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2026.

Kehadiran pengunjung daripada pelbagai kaum sekali gus memperkukuh semangat perpaduan serta mempromosikan keunikan budaya Malaysia kepada khalayak ramai.

Onn Hafiz Ghazi
Raven Kumar Krishnasamy
Majlis Kebudayaan Negeri Johor
Tourism Johor
MEDIA DIGITAL JOHOR
Tébing Bandar Dato' Onn






Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj Ib...
29/05/2026

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Amat Mulia Tunku pada 30 Mei 2026 bersamaan 13 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT merahmati usia Yang Amat Mulia Tunku.

Sembah takzim daripada:
Pengarah dan seluruh warga kerja
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor (JKKN Johor)

SELAMAT MENYAMBUT HARI KAAMATANJabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor (JKKN Johor) mengucapkan Selamat Menyambut ...
29/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KAAMATAN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor (JKKN Johor) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kaamatan kepada seluruh masyarakat yang meraikannya, khususnya komuniti Kadazandusun, Murut, Rungus dan seluruh anak Sabah di negeri Johor, di Sabah serta di seluruh Malaysia.

Semoga sambutan Kaamatan ini terus menyemarakkan semangat kesyukuran, perpaduan dan penghargaan terhadap warisan budaya, adat resam serta tradisi masyarakat Malaysia.

Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan.
Kotohuadan (Bahasa Dusun : Terima kasih)

Ikhlas daripada:
Pengarah Abd Rashid Abdullah
dan warga kerja Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor







Saksikan persembahan Johor Cultura sempena Colours of Malaysia dengan persembahan gabungan daripada Kumpulan Tari Majlis...
29/05/2026

Saksikan persembahan Johor Cultura sempena Colours of Malaysia dengan persembahan gabungan daripada Kumpulan Tari Majlis Kebudayaan Negeri Johor, Kumpulan Kesenian JKKN Johor, Kumpulan Satelit Seni Budaya dan Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) yang penuh warna warni jam 9.00 malam esok (Sabtu) di kawasan tapak CBS Tebing Dato' Onn, Johor Bahru.

Semua dijemput hadir..!

Tébing Bandar Dato' Onn
Majlis Kebudayaan Negeri Johor
Raven Kumar Krishnasamy





Address

NO 26 Jalan SUSUR 5 OFF JALAN TUN ABDUL RAZAK LARKIN
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072248270

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKN Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share