Perbendaharaan Negeri Johor

Perbendaharaan Negeri Johor Merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan

12/06/2026
11/06/2026

TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA PEGAWAI KEWANGAN NEGERI JOHOR[Bahagian ...

📌 BENGKEL SEMAKAN DAN PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN SEKSYEN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PERBENDA...
09/06/2026

📌 BENGKEL SEMAKAN DAN PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN SEKSYEN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PERBENDAHARAAN NEGERI JOHOR

5 – 7 Jun 2026

Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor telah menganjurkan Bengkel Semakan dan Penambahbaikan Garis Panduan yang melibatkan pegawai dan anggota daripada Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia bersama Penceramah jemputan Pn Nor Amirah Binti Nor Azlan Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri dan En Muhammad Nashruddin Al-Fateh Bin Mohd Sapie Penolong Pegawai Tadbir daripada Unit Perolehan dan Pengurusan Aset, Perbendaharaan Negeri Johor.

Bengkel ini bertujuan untuk meneliti, menyemak dan memperkukuhkan mekanisme pengurusan dalaman di Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia dengan peruntukan Arahan Perbendaharaan, Akta Tatacara Kewangan 1957 dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa agar lebih efisien dan berkesan sebagai mana hasrat YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam Bin Dato’ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor.

Melalui sesi perbincangan, semakan dasar dan perkongsian pandangan, bengkel ini menjadi platform penting dalam memastikan proses tadbir urus kewangan Jabatan Perbendaharaan Negeri Johor terus diperkasakan melalui amalan yang lebih cekap, teratur, telus dan berakauntabiliti.

Di dalam ucapan aluan, Pn Hajah Zihan Binti Ismail, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri (Pengurusan Kewangan) menyatakan “agar hasil bengkel ini akan menjadi asas kepada penyediaan Garis Panduan yang komprehensif bagi memperkemaskan perkhidmatan serta memperkukuh sistem kawalan dalaman Jabatan”.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan dapat menyumbang ke arah pengurusan kewangan negeri yang lebih berintegriti, berkesan .





02/06/2026
01/06/2026
01/06/2026

Address

Perbendaharaan Negeri Johor, Aras 1 & 2, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak
Johor Bahru
79000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6072666566

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbendaharaan Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbendaharaan Negeri Johor:

Share