Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Menjana Kecemerlangan Industri Nanas Malaysia. Inovasi Hari Ini, Kejayaan Masa Hadapan. ๐Ÿ
"Peneraju Industri Nanas Negara"

๐Ÿ๏ผข๏ผต๏ผฌ๏ผฅ๏ผด๏ผฉ๏ผฎ ๏ผฎ๏ผก๏ผฎ๏ผก๏ผณ๐Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—ก๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ, ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ๐Ÿ“…20-21 Mei  2026 |  ๐Ÿ“...
12/06/2026

๐Ÿ๏ผข๏ผต๏ผฌ๏ผฅ๏ผด๏ผฉ๏ผฎ ๏ผฎ๏ผก๏ผฎ๏ผก๏ผณ๐Ÿ

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—ก๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ, ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ

๐Ÿ“…20-21 Mei 2026 | ๐Ÿ“ Jerteh, Terengganu dan TKPM Lanchang, Pahang dan Batu 9, Kuala Langat, Selangor

๐ŸPada 20 dan 21 Mei 2026, En. Rosmizam bin Haji Md. Yusof, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah mengadakan siri lawatan pemantauan ke kebun nanas di Jerteh, Terengganu serta projek pembangunan tanaman nanas di TKPM Lanchang, Pahang dan Batu 9, Kuala Langat, Selangor.

๐ŸLawatan ini bertujuan mendapatkan input secara langsung daripada pengusaha dan peserta projek berhubung isu, cabaran serta keperluan pembangunan industri nanas di peringkat lapangan. Selain itu, pemantauan turut dilaksanakan bagi menilai kemajuan pembangunan kebun, pelaksanaan projek serta kaedah pembekalan input mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

๐ŸMelalui sesi turun padang ini, LPNM dapat mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha serta penerima bantuan, di samping membincangkan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek, produktiviti tanaman dan daya saing industri nanas negara.

๐ŸHasil pemantauan mendapati projek pembangunan yang dilaksanakan berada pada tahap yang memuaskan dengan aktiviti pembangunan kebun berjalan mengikut perancangan, manakala pembekalan input pertanian turut dilaksanakan mengikut spesifikasi dan SOP yang ditetapkan.

๐ŸLPNM akan terus komited mendekati pengusaha dan pemain industri melalui program turun padang bagi memastikan setiap cabaran yang dihadapi dapat ditangani secara berkesan demi memperkukuh pembangunan industri nanas yang mampan, produktif dan berdaya maju.

๐š‚๐šž๐š–๐š‹๐šŽ๐š› - BPPT ๐™ป๐™ฟ๐™ฝ๐™ผ









๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ

๐’๐’Š๐’Œ๐’† ~ ๐‘ญ๐’๐’๐’๐’๐’˜ ~ ๐‘บ๐’‰๐’‚๐’“๐’†

FB :
https://www.facebook.com/lpnm.gov

tiktok :
https://www.tiktok.com/

Laman Web :
https://www.mpib.gov.my/

๐Ÿ๏ผข๏ผต๏ผฌ๏ผฅ๏ผด๏ผฉ๏ผฎ ๏ผฎ๏ผก๏ผฎ๏ผก๏ผณ๐Ÿ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ถ๐‘ต๐‘บ๐‘ป๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฌ๐‘น๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘น๐‘ถ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฑ๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ณ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ต๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘บ๐Ÿ“…4 Jun  2026 |  ๐Ÿ“ Ayer Hitam, Kluang, Jo...
12/06/2026

๐Ÿ๏ผข๏ผต๏ผฌ๏ผฅ๏ผด๏ผฉ๏ผฎ ๏ผฎ๏ผก๏ผฎ๏ผก๏ผณ๐Ÿ

๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ถ๐‘ต๐‘บ๐‘ป๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฌ๐‘น๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘น๐‘ถ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฑ๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ณ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ต๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘บ

๐Ÿ“…4 Jun 2026 | ๐Ÿ“ Ayer Hitam, Kluang, Johor

๐ŸLembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah mengadakan demonstrasi penerbangan dron bagi kerja-kerja pembajaan di ladang nanas milik Awana Asia Sdn. Bhd. yang terletak di Projek Pertanian Moden Kluang, Johor.

๐ŸDemonstrasi ini bertujuan memperkenalkan penggunaan teknologi dron sebagai salah satu pendekatan mekanisasi moden dalam meningkatkan kecekapan pengurusan ladang nanas.

๐ŸPenggunaan dron dalam aktiviti pembajaan membolehkan aplikasi baja dilakukan dengan lebih cepat, tepat dan seragam, sekali gus membantu mengoptimumkan penggunaan input pertanian serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja.

๐ŸTeknologi ini juga mampu meningkatkan produktiviti ladang melalui pemantauan dan pelaksanaan kerja yang lebih sistematik.

๐ŸInisiatif ini selaras dengan usaha LPNM dalam memperkukuh agenda transformasi sektor nanas negara melalui penerapan teknologi, mekanisasi dan automasi.

๐ŸDiharapkan penggunaan teknologi dron dapat membantu pengusaha nanas meningkatkan daya saing, mengurangkan kos operasi dan menggalakkan amalan pertanian moden yang lebih mampan.

๐š‚๐šž๐š–๐š‹๐šŽ๐š› - BPPT ๐™ป๐™ฟ๐™ฝ๐™ผ











๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ

๐’๐’Š๐’Œ๐’† ~ ๐‘ญ๐’๐’๐’๐’๐’˜ ~ ๐‘บ๐’‰๐’‚๐’“๐’†

FB :
https://www.facebook.com/lpnm.gov

tiktok :
https://www.tiktok.com/

Laman Web :
https://www.mpib.gov.my/

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‘๐€๐๐“๐€๐ˆ๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐€๐๐€๐’ ๐™๐Ž๐ ๐”๐“๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐“๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ก, ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ Majlis Perasmian...
10/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‘๐€๐๐“๐€๐ˆ๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐€๐๐€๐’ ๐™๐Ž๐ ๐”๐“๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐“๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ก, ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 

Majlis Perasmian Kursus Rantaian Industri Nanas Zon Utara telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), YBrs. En. Mohd Khairuzamri bin M. Salleh.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Jun 2026 di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang ini menghimpunkan lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada usahawan, pengusaha dan pemain industri nanas dari negeri-negeri Zon Utara iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis.

Penganjuran kursus ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran serta memperluaskan jaringan kerjasama dalam kalangan pemain industri, sejajar dengan usaha memperkasakan rantaian nilai industri nanas negara.

Melalui perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang kursus ini, diharapkan para peserta dapat memanfaatkan segala input yang diperoleh bagi meningkatkan daya saing, memperluaskan peluang pasaran serta terus menyumbang kepada pembangunan industri nanas yang lebih mampan dan berdaya maju.

Bersama memperkukuh rantaian industri, memacu inovasi dan merealisasikan aspirasi industri nanas Malaysia ke arah yang lebih gemilang.

Nanas Kita, Kebanggaan Negara ๐Ÿ






Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Pulau Pinang
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Kedah/Perlis
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Perak

10/06/2026
๐Ÿ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Œ๐ž๐’๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ โ€“ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐! ๐ŸSkim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeS...
08/06/2026

๐Ÿ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Œ๐ž๐’๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ โ€“ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐! ๐Ÿ

Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) merupakan salah satu skim di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) yang diwujudkan khusus untuk industri makanan, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2019.

Pensijilan Halal p**a adalah proses verifikasi yang memastikan produk dan perkhidmatan mematuhi syarat-syarat syariah Islam, sekali gus memberikan jaminan kebersihan, keselamatan dan kualiti kepada pengguna.

Jom sertai Bengkel Pensijilan MeSTI dan Halal anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor!

๐Ÿ“Œ Butiran Bengkel:
๐Ÿ“… Tarikh: 24 hingga 26 Jun 2026
๐Ÿ“ Tempat: Sekitar Johor Bahru
โญ Keutamaan: Diberikan kepada usahawan yang mempunyai premis

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan tahap pensijilan, keyakinan pengguna serta daya saing produk anda di pasaran. Tempat adalah terhad!

๐Ÿ“ฒ Jom Daftar Sekarang!

๐Ÿจ Kemudahan Peserta
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan menanggung kos penginapan serta makan minum peserta sepanjang tempoh bengkel. Namun, segala kos pengangkutan ke dan dari lokasi program adalah tanggungjawab peserta.

Imbas kod QR pada poster atau klik pautan dibawah atau hubungi urus setia untuk sebarang pertanyaan:

๐Ÿ“ž Hashim: 019-7910533
๐Ÿ“ž Nabila: 011-12040805

https://forms.gle/7VAKqLqWjhPcbTGx7






๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€, ๐„๐๐‚๐ˆ๐Š ๐Œ๐Ž๐‡๐€๐Œ๐€๐ƒ ๐€๐‰๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐”๐’๐“๐€๐‘๐ˆ.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitme...
04/06/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€, ๐„๐๐‚๐ˆ๐Š ๐Œ๐Ž๐‡๐€๐Œ๐€๐ƒ ๐€๐‰๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐”๐’๐“๐€๐‘๐ˆ.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang 21 tahun berkhidmat di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Sepanjang tempoh perkhidmatan, dedikasi, kesungguhan dan tanggungjawab yang ditunjukkan telah memberi makna serta menyumbang kepada perkembangan organisasi. Segala usaha dan khidmat bakti yang dicurahkan akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh warga kerja LPNM.

Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan, ketenangan serta kesihatan yang berpanjangan di samping keluarga dan insan tersayang.

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun jasa yang ditinggalkan akan terus menjadi kenangan."

Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

Nanas Kita, Kebanggaan Negara ๐Ÿ




๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐…๐ˆ๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐๐€ ๐๐€๐‚๐” ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐€๐๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€Hasil Lawatan Eksplorasi Industri Nanas ke Republik Filipina ya...
04/06/2026

๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐…๐ˆ๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐๐€ ๐๐€๐‚๐” ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐€๐๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€

Hasil Lawatan Eksplorasi Industri Nanas ke Republik Filipina yang dilaksanakan oleh delegasi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bersama para pemain industri nanas tempatan pada April lalu membuka peluang baharu ke arah memperkukuh pembangunan industri nanas negara.

Sepanjang lawatan tersebut, delegasi telah mengadakan sesi perbincangan serta lawatan teknikal ke beberapa organisasi dan syarikat utama industri nanas Filipina termasuk Dole Philippines, GS Fruits, Sun Farms Agriventures, Bureau of Plant Industry (BPI) dan Asia Tex bagi meninjau amalan terbaik dalam pengurusan ladang, rantaian bekalan, pemprosesan produk nanas, keperluan eksport serta teknologi pengekstrakan fiber daun nanas.

Hasil daripada lawatan ini, beberapa pendekatan strategik telah dikenal pasti untuk disesuaikan dalam pembangunan industri nanas Malaysia, antaranya pemindahan teknologi agronomi, pengukuhan amalan fitosanitasi bagi memenuhi keperluan pasaran eksport serta pembangunan produk hiliran bernilai tambah berasaskan fiber daun nanas.

LPNM komited untuk terus memperkukuh industri nanas negara melalui penerapan inovasi, perkongsian teknologi dan kerjasama strategik bagi memastikan industri nanas Malaysia kekal berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan keterjaminan makanan negara.

Nanas Kita, Kebanggaan Negara ๐Ÿ




01/06/2026
๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„...
01/06/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐€๐†๐Ž๐๐† ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada :
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia




๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐„๐’๐€๐ŠSemoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan dan kasih sayang kepada se...
31/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐„๐’๐€๐Š

Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan dan kasih sayang kepada semua. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai murni seperti toleransi, keharmonian dan saling menghormati demi kesejahteraan masyarakat serta kemakmuran negara.

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha.




Address

Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601110868700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia:

Share