02/06/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato' Dr. Daing A. Malek bin Daing A. Rahaman, Tokoh Alumni UTM dan alumni Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah (1979), atas pengurniaan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026 hari ini.
Pengiktirafan ini merupakan penghormatan kepada sumbangan besar beliau dalam pembangunan negara, kepimpinan industri, pembangunan modal insan serta komitmen berterusan beliau terhadap pendidikan dan kebajikan pelajar.
Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga dan alumni UTM.
Faculty of Built Environment & Surveying, UTM Johor Bahru
UTM Student Affairs