Kelab Media Johor

Kelab Media Johor Kelab Media Johor merupakan sebuah persatuan bagi pengamal media di negeri Johor Darul Ta'zim

08/09/2026
Alhamdulillah Kelab Media Johor (KMJ) berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan 2025/2026 di Holiday Villa, Johor Bah...
08/09/2026

Alhamdulillah Kelab Media Johor (KMJ) berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan 2025/2026 di Holiday Villa, Johor Bahru semalam (7 Sept 2026) dengan julung kalinya merekodkan kehadiran 102 ahli berdaftar.

Mesyuarat ini antara lain bertujuan membentang dan membincangkan laporan aktiviti yang dijalankan sepanjang penggal lalu, selain meneliti, dan mengesahkan penyata kewangan kelab.

Perasmian mesyuarat ini disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Dr Muhammad Naqib Md Ghazali yang mewakili Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Mohd Hairi Mad Shah; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor Syed Hussein Syed Abdullah; Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad dan Timbalan Pengarah JBPM Johor Mustakin Muhammad Al Mustakin Abdul Hady.

📸Hazrol Zainal | KMJ
Gimik pelancaran : William Exhibition, Johor Jaya

08/09/2026
08/09/2026

Alhamdulillah Kelab Media Johor (KMJ) berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan 2026 di Holiday Villa, Johor Bahru semalam (7 Sept 2026) dengan julung kalinya merekodkan kehadiran 102 ahli berdaftar.

Mesyuarat ini antara lain bertujuan membentang dan membincangkan laporan aktiviti yang dijalankan sepanjang penggal lalu, selain meneliti, dan mengesahkan penyata kewangan kelab.

Perasmian mesyuarat ini disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Dr. Naqib Ghazali yang mewakili Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Mohd Hairi Mad Shah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor,
Syed Hussien Syed Abdullah, Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad dan Timbalan Pengarah JBPM Johor Mustakin Muhammad Al Mustakin Abdul Hady.

🎥 Mokhzani Hazly | KMJ
Gimik perasmian : William Exhibition Sdn Bhd

Terima kasih YB Dr. Naqib Ghazali  atas kesudian meluangkan masa bersama rakan-rakan media Johor dalam suasana yang sant...
07/08/2026

Terima kasih YB Dr. Naqib Ghazali atas kesudian meluangkan masa bersama rakan-rakan media Johor dalam suasana yang santai namun penuh bermakna.

Kelab Media Johor (KMJ) amat menghargai keterbukaan YB dalam mendengar pandangan serta bertukar idea demi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan pengamal media.

Insya-Allah, KMJ akan terus komited memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam menyampaikan maklumat yang tepat, sahih, pantas dan berintegriti kepada rakyat, selaras dengan aspirasi Maju Johor dan Bangsa Johor.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada warga media.

Pertandingan badminton Kelab Media Johor sedang berlangsung🏸🏸🏸🏸
28/07/2026

Pertandingan badminton Kelab Media Johor sedang berlangsung🏸🏸🏸🏸

Pertandingan Badminton Tertutup. | Check out KelabMediaJohor's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from KelabMediaJohor.

Tahniah YB Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri...
18/07/2026

Tahniah YB Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.

Kelab Media Johor (KMJ) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar YB terus diberi kekuatan, kebijaksanaan serta dipermudahkan dalam menggalas amanah demi kemajuan pendidikan dan penyampaian maklumat yang berkesan untuk rakyat Johor.

Semoga jalinan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Johor dan pengamal media terus diperkukuh demi penyampaian maklumat yang tepat, pantas dan berintegriti.

Ikhlas daripada
Kelab Media Johor (KMJ)

Kelab Media Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz B...
13/07/2026

Kelab Media Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua.

Kelab Media Johor menzahirkan sokongan penuh dan keyakinan terhadap kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz dalam meneruskan kemajuan Johor.

Semoga terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah demi kesejahteraan Bangsa Johor.

Ikhlas daripada
Kelab Media Johor

Suasana sekitar pusat pengundian awal PRN Johor Ke-16 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor BahruTurut menun...
07/07/2026

Suasana sekitar pusat pengundian awal PRN Johor Ke-16 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru

Turut menunaikan tanggungjawab mengundi awal, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar dan Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad

📸 Najmi Nor'Azam

07/07/2026

Petugas media tetap menjalankan tanggungjawab membuat liputan pengundian awal PRN Johor Ke-16 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru.

Keadaan cuaca berubah apabila hujan lebat melanda sekitar jam 9.45 pagi, namun tidak menghalang petugas media merakam perkembangan terkini proses pengundian awal membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

🎥 Thomas Yong

Address

No 6B Jalan Serampang, Taman Pelangi
Johor Bahru
80400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Media Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share