RELA Daerah Johor Bahru

RELA Daerah Johor Bahru Portal ini dibangunkan dan dikawal selia oleh Unit Media RELA (UMR), Pejabat RELA Daerah Johor Bahru NOR EIZLAN BIN ZULKPLY
Pembantu Tadbir (Umum)

EN.

CARTA ORGANISASI PEJABAT RELA DAERAH JOHOR BAHRU :

PPjR MAISARAH BINTI HAMZAH
Pegawai RELA Daerah

PgR MUHAMMAD ZAINI BIN HUSSAIN
Penolong Pegawai RELA Daerah

PgR FAKHRUL HASLAM BIN YUSOF
Penolong Pegawai RELA Daerah (Latihan)

PgR AZIZI MUSSIDI NASIR
Penolong Pegawai RELA Daerah (Logistik)

-

PN. NUR HAMIZAH BINTI MOHAMAD THAMRIN
Pembantu Tadbir (P/O)

EN. OMAR BIN MOHD FADZLI
Pemandu


SEJA

RAH RELA :

Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Tenaga sukarelawan ditubuhkan sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan. Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan. Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 ( Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005. Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990. "...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago. It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country. RELA also signifies the goverment commitment to harness the people support through voluntary means, both during peace time or otherwise...". Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.

1999 : RELA memiliki bangunan sendiri untuk dijadikan pusat latihan dengan perasmian Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka oleh YAB Datuk Seri Abdullah Badawi yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.

2004 : RELA diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) apabila Kementerian Dalam Negeri dijadikan dua (2) kementerian, iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan KHEDN.

2005 : RELA diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat Tahun 1964 untuk melaksanakan operasi membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI)

2007 : RELA membuat penstrukturan semula secara besar-besaran, termasuklah dengan pengambilan pertama Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17 (Penolong Pegawai RELA Daerah) lantikan tetap. Penstrukturan semula ini melibatkan semua peringkat, iaitu di IPRM, negeri, daerah dan juga Pusat Latihan.

2008 : RELA diletakkan dibawah KDN apabila KKDN dan KHEDN bergabung dan diletakkan di bawah satu nama sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN)

2012 : RELA yang diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat Tahun 1964 untuk melaksanakan operasi membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah dimansuhkan dan nama Ikatan Sukarelawan Rakyat Malaysia ditukarkan kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia

2013 : RELA telah diumumkan Sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia oleh YB Dato' Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi di Dataran Kompleks D, Putrajaya bersempena Program Pelancaran Semarak Jalur Gemilang

01/06/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗘-𝟲𝟴

Selamat Hari Ulang Tahun TUDM yang ke-68 kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kesetiaan, dan kecekalan dalam memelihara ruang udara serta kedaulatan tanah air tercinta.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

"𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔, 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗔𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔"







01/06/2026
31/05/2026

SELAMAT HARI GAWAI 2026🌾

Semoga perayaan yang diraikan penuh dengan tradisi, budaya dan nilai kekeluargaan ini terus menjadi simbol keharmonian serta memperkukuhkan semangat muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Gayu Guru, Gerai Nyamai” ✨







Selamat Hari Wesak kepada semua yang menyambutnya.Semoga sambutan ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan kebaikan dalam ...
31/05/2026

Selamat Hari Wesak kepada semua yang menyambutnya.

Semoga sambutan ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan kebaikan dalam kehidupan harian.

© 𝗨𝗠𝗥 | 𝗡𝗘𝗭

31/05/2026
30/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌾

Pesta Kaamatan bukan sahaja lambang kesyukuran atas hasil tuaian, malah menjadi simbol perpaduan, warisan budaya dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Semoga sambutan tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua. ✨

“𝐊𝐨𝐭𝐨𝐛𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐝𝐚𝐮 𝐓𝐚𝐠𝐚𝐳𝐨 𝐃𝐨 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧"

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).





𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐭𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔!Teristimewa buat seluruh rakan media walau di mana anda bertugas, Selamat Hari Warta...
29/05/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐭𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔!

Teristimewa buat seluruh rakan media walau di mana anda bertugas, Selamat Hari Wartawan Nasional 2026.
Terima kasih atas komitmen, dedikasi dan pengorbanan dalam menyampaikan informasi kepada masyarakat.

cc poster: Jabatan Penerangan Malaysia






© 𝗨𝗠𝗥 | 𝗡𝗘𝗭

28 Mei 2026 | KhamisRondaan Komuniti RELA bersama PDRM.Lokasi Rondaan: Sekitar kawasan pentadbiran Balai Polis Taman Pel...
28/05/2026

28 Mei 2026 | Khamis
Rondaan Komuniti RELA bersama PDRM.
Lokasi Rondaan: Sekitar kawasan pentadbiran Balai Polis Taman Pelangi Indah






© 𝗨𝗠𝗥 | 𝗡𝗘𝗭

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M 🌙Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini membawa ketenangan, keberkatan dan kasih ...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M 🌙

Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini membawa ketenangan, keberkatan dan kasih sayang dalam setiap pengorbanan yang dilakukan.​

Ikhlas daripada seluruh warga RDJB ​





RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
©𝗨𝗠𝗥 | 𝗡𝗘𝗭

Address

Pegawai RELA Daerah Johor Bahru. Kompleks KDN, Setia Tropika, Kempas
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072351840

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELA Daerah Johor Bahru:

Share