28/03/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐ง๐จ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ (๐๐๐) ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฆ๐๐ฆ๐ช๐ ๐๐ก๐๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐๐จ๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐
--
27 Mac 2026 โ Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) kepada inisiatif mahasiswa anak Johor dun Perling telah berlangsung di Dewan Undan, Taman Perling sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Seramai 1,255 kategori E-inisiatif mahasiswa anak Johor dun Perling telah menerima bantuan kewangan secara โone-offโ melalui inisiatif Bantuan Kasih Johor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan kebajikan golongan yang memerlukan terus terbela.
Majlis penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Haji Abd Rashid Bin Kasman, Ahlimajlis Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Hajah Dalela Sakiaman, Ahlimajlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Encik Mohamed Kamalruzaman Bin Isa, Ahlimajlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Haji Surip Abdullah, Pengerusi Ketua-Ketua Kampung Daerah Johor Bahru, En Ahmad Almubarak Bin Datuk Mohamed Kunyi, Ahlimajlis Majlis Bandaraya Johor Bahru, Haji Azman Mudin, Ketua Kampung Teluk Serdang.
Bantuan Kasih Johor (BKJ) merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan ๐ฌ๐๐ ๐๐ฎ๐๐ผโ Onn Hafiz Ghazi, ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ, yang bertujuan memperkukuh jaringan perlindungan sosial negeri dengan menyalurkan bantuan kewangan secara lebih tersusun kepada golongan yang memerlukan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat di negeri ini.