Balai Bomba & Penyelamat Larkin, Johor Bahru

Balai Bomba & Penyelamat Larkin, Johor Bahru Balai Bomba & Penyelamat Larkin merupakan balai bomba kategori A yang terletak di Jalan Tun Abd Razak.

"011-2883 7353 BUKAN NO. TELEFON TUAN SUHAIMI, KETUA BALAI BBP LARKIN"Untuk makluman semua, andai sesiapa yg menerima se...
12/06/2026

"011-2883 7353 BUKAN NO. TELEFON TUAN SUHAIMI, KETUA BALAI BBP LARKIN"

Untuk makluman semua, andai sesiapa yg menerima sebarang panggilan, mesej atau sebarang permakluman dari no telefon 011-2883 7353, dan mengaku TPgB I Haji Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal, ianya adalah TIDAK BENAR.

TPgB I Haji Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, tiada kena mengena dengan nombor telefon ini. Sekiranya ada yang menerima panggilan, mesej atau sebarang permintaan daripada nombor telefon ini, sila abaikan atau terus buat laporan polis terhadap no telefon ini.. Keprihatinan dan kerjasama anda semua, didahului dengan ucapan Terima Kasih.

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗕𝗟𝗘 𝗧𝗢𝗣 𝗘𝗫𝗘𝗥𝗖𝗜𝗦𝗘 (𝗧𝗧𝗫) 𝗘𝗫 𝗞𝗜𝗝𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗥𝗨𝟵 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲,  𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗿𝘂 - Majlis Kesela...
12/06/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗕𝗟𝗘 𝗧𝗢𝗣 𝗘𝗫𝗘𝗥𝗖𝗜𝗦𝗘 (𝗧𝗧𝗫) 𝗘𝗫 𝗞𝗜𝗝𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗥𝗨

𝟵 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗿𝘂 - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dengan kerjasama Bank Negara Malaysia Johor Bahru telah menganjurkan Program Table Top Exercise (TTX) Ex Kijang 2026 Bank Negara Malaysia Johor Bahru bertempat di Trove Hotel, Johor Bahru.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Ridzuan bin Ahmad, Timbalan Pengarah, Jabatan Pengurusan Keselamatan Organisasi, Bank Negara Malaysia. Turut hadir Tuan Mohd Hairul Anuar bin Bohro, Pengarah MKN Johor; Puan Rosnani binti Mohamad Zain, Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia Johor Bahru; dan YDH Supt Mohd Dzulkarnaen bin Azmi, Supt Pengajian Pencegahan Keganasan, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Seramai 80 orang peserta yang terlibat yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta antaranya Bank Negara Malaysia, Pejabat Daerah Johor Bahru, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Jabatan Penerangan Negeri Johor, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Agensi Penguatkuasaan Maritim Negeri Johor, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Johor dan lain-lain.

Penganjuran TTX Ex Kijang 2026 ini berpaksikan kepada objektif utama untuk menilai dan menguji tahap kefahaman peserta terhadap prosedur serta Perintah Tetap Operasi (PTO) yang sedang berkuat kuasa. Selain itu, latihan ini bertujuan menguji keberkesanan dan kecekapan saluran komunikasi antara agensi semasa fasa krisis, di samping mengenal pasti jurang atau kelemahan dalam sistem sedia ada untuk tujuan penambahbaikan berterusan. Melalui platform ini, hubungan dan kerjasama strategik antara agensi dapat diperkukuh dengan lebih utuh berteraskan pendekatan Whole-of-Government khusus dalam konteks pengurusan krisis keganasan.

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamat utama yang digariskan. Pengalaman, input, dan maklum balas yang diperoleh melalui latihan simulasi ini amat kritikal bagi memastikan tindakan yang pantas, tepat, dan terkoordinasi dapat diterjemahkan secara efektif sekiranya berhadapan dengan insiden keselamatan yang sebenar. Usaha murni ini diharapkan dapat terus memelihara kedaulatan, keselamatan, dan kestabilan ekonomi di Negeri Johor secara berterusan.

Sumber ;
Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor
9 Jun 2026

12/06/2026
11/06/2026

KEBOCORAN BAHAN KIMIA DI KAWASAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG BERJAYA DIKAWAL

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor telah menerima laporan berkaitan kejadian kebocoran bahan kimia di Wilgreen Recovery Sdn. Bhd., PLO 569, Jalan Keluli, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor.

Pasukan dari BBP Pasir Gudang bersama Pasukan HAZMAT BBP Larkin telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemantauan, penilaian risiko serta tindakan kawalan bagi memastikan keselamatan kawasan.

Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan bahan buangan berjadual SW206 (Spent Nitric Acid) dengan bacaan pH yang direkodkan. Pasukan HAZMAT telah menjalankan pemeriksaan menggunakan peralatan pengesanan dan pengesahan bahan bagi memastikan keadaan berada dalam kawalan.

Antara tindakan yang telah diambil:
✅ Pemeriksaan udara di lokasi
✅ Pemantauan bacaan gas dan pH
✅ Pengesahan bahan terlibat oleh pasukan HAZMAT
✅ Tindakan pengawalan oleh pihak premis melalui sistem scrubber

Status semasa: KEADAAN BERJAYA DIKAWAL dan tiada bacaan gas berbahaya dikesan di kawasan kejadian semasa pemeriksaan dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

“CEPAT DAN MESRA”

KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

TAHNIAH JBPM NEGERI JOHOR.
10/06/2026

TAHNIAH JBPM NEGERI JOHOR.

06/06/2026

Seusai sahaja Program Bomba Komuniti di Perling Heights, Team BBP Larkin meneruskan Demo Pemadaman Kebakaran Dapur dan Api Gas bersama Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi dalam Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia di Plaza Angsana Johor Bahru.
Hairi Mad Shah - HMS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia KPKT Malaysia Mohd Jafni Md Shukor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

06/06/2026

Penubuhan Bomba Komuniti penduduk Perling Heights di bawah kawasan jagaan Balai Bomba & Penyelamat Larkin.Latihan ini dijalankan bagi tujuan pendedahan kepentingan mengambil langkah awal menentang kebakaran dengan menggunakan sistem dan peralatan yang sedia ada di kawasan tersebut.



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

"SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAN PESTA KAAMATAN 2026"TPgB I Haji Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal dan seluruh warga kerja B...
29/05/2026

"SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAN PESTA KAAMATAN 2026"

TPgB I Haji Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal dan seluruh warga kerja BBP Larkin mengucapkan, Selamat Menyambut Hari Gawai dan Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikannya, khususnya warga Sabah dan Sarawak.

Perayaan ini bukan sahaja meraikan hasil tuaian, tetapi juga lambang perpaduan, budaya, dan warisan yang kaya dalam masyarakat kita. Semoga sambutan ini membawa kegembiraan, kesihatan dan keberkatan buat anda sekeluarga.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Gayu Guru Gerai Nyamai!

"SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA 2026"Sebut sahaja Aidiladha, jelas terbayang perkataan Korban. Korban tidak hanya tidak han...
26/05/2026

"SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA 2026"

Sebut sahaja Aidiladha, jelas terbayang perkataan Korban. Korban tidak hanya tidak hanya pada sembelihan haiwan, pengorbanan harta benda. Bagi kami Pegawai Bomba, pengorbanan juga termasuk bertugas ketika takbir raya bergema. Walaupun baru berkahwin, baru menerima anak atau cucu, atau baru kehilangan mereka yang tersayang, sama ada berada dekat atau jauh, Aidiladha tetap disambut bersama rakan-rakan dengan celoreng merah.

Apa pun kami doakan agar semuanya menyambut Aidiladha kali ini, dirahmati Ilahi, bahagia bersama keluarga tercinta, dipermudahkan segala urusan. Kepada yang bercuti sempena perayaan, berhati-hati dalam perjalanan dan semoga kebahagiaan menghampiri anda semua.

TPgB I Haji Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, bersama seluruh warga kerja BBP Larkin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha 2026.

Address

Jalan Tun Abd Razak
Johor Bahru
80350

Telephone

+6072243444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba & Penyelamat Larkin, Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category