Johor National Parks

Johor National Parks Johor National Parks Corporation (JNPC) was established in 1992 under the gazzettement of the Johor National Park Corporation Enactment 1989.

https://forms.gle/8BNrt1XWX7vnufw4A
Para Pelawat juga diminta untuk memberi maklumbalas kepada kami melalui pautan diatas

MESYUARAT PENYELARASAN PENGANJURAN HARI KONSERVASI EKOSISTEM HUTAN PAYA LAUT 2026Perbadanan Taman Negara Johor telah men...
14/06/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PENGANJURAN HARI KONSERVASI EKOSISTEM HUTAN PAYA LAUT 2026

Perbadanan Taman Negara Johor telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut 2026 bagi membincangkan perancangan, pelaksanaan serta penyelarasan program yang akan diadakan sempena sambutan tersebut.

Program Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut 2026 ini dijadualkan berlangsung di Taman Negara Johor Tanjung Piai, salah satu kawasan yang penting dan menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna serta berperanan sebagai benteng semula jadi dalam melindungi kawasan pesisir pantai.

Mesyuarat ini bertujuan memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem hutan paya laut yang merupakan khazanah alam semula jadi yang amat bernilai.

Semoga penganjuran program ini dapat menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama antara agensi, komuniti setempat dan pihak berkepentingan dalam usaha memelihara kelestarian ekosistem hutan paya laut untuk generasi akan datang.

🌿✨ NAK HEALING? NAK ADVENTURE? SINI TEMPATNYA! ✨🌿Mehlah Singgah booth Taman Negara Johor di Jelajah Orang Johor, Mersing...
12/06/2026

🌿✨ NAK HEALING? NAK ADVENTURE? SINI TEMPATNYA! ✨🌿

Mehlah Singgah booth Taman Negara Johor di Jelajah Orang Johor, Mersing!!!πŸ”₯

πŸ“ Dataran Amphiteater, Mersing
πŸ“… 12 – 13 Jun 2026

Sempena Tahun Melawat Johor 2026, Kami datang dengan deal paling HOT yang rugi kalau dilepaskan! 😎

🌟 300 ole-ole Taman Negara Johor untuk dilepaskan kepada pengunjung booth terawal!!!
βœ…pelbagai pakej menarik ditawarkan!!
🎁 Cenderamata LIMITED EDITION serendah RM10
πŸ”₯ Cepat! Siapa datang awal, dia dapat lebih!

Jom plan trip korang sekarang β€” dari hutan ke gunung ke paya bakau, semua ada! 🌳

LAWATAN PENANDA ARAS KE PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ) BERKAITAN DENGAN SISTEM APLIKASI PERAKAUNAN DAN KEWANGAN YANG MEMAT...
09/06/2026

LAWATAN PENANDA ARAS KE PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ) BERKAITAN DENGAN SISTEM APLIKASI PERAKAUNAN DAN KEWANGAN YANG MEMATUHI KRITERIA PEMATUHAN SAGA

Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Perbadanan Islam Johor (PIJ) bagi meninjau pelaksanaan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang memenuhi piawaian pematuhan SAGA (Standard Accounting System for Government Agencies).

Lawatan ini bertujuan untuk meneliti mekanisme sistem yang lebih mampan, sistematik dan efisien dalam mendepani keperluan pengurusan tadbir urus kewangan semasa. Perkongsian kepakaran ini merupakan langkah proaktif PTNJ dalam memastikan keberkesanan operasi yang lebih holistik di seluruh Taman Negara Johor.

Delegasi PTNJ diketuai oleh YBrs. Encik Sufian bin Suleiman, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, bersama pegawai kanan serta kakitangan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan PTNJ. Semoga jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu ini dapat memberikan impak positif terhadap kecemerlangan pengurusan kewangan organisasi.

PTNJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datin Paduka Hajah Shubanah binti Yusuf, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ), serta seluruh warga PIJ atas kesudian menerima kunjungan delegasi PTNJ dan berkongsi pengalaman, kepakaran serta amalan terbaik dalam pelaksanaan sistem perakaunan dan kewangan yang mematuhi piawaian SAGA. Semoga hubungan baik yang terjalin ini terus diperkukuh demi manfaat bersama pada masa hadapan.

TERIMA KASIH PENGUNJUNG KE TAMAN-TAMAN NEGARA JOHOR! Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 27,589 o...
08/06/2026

TERIMA KASIH PENGUNJUNG KE TAMAN-TAMAN NEGARA JOHOR!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 27,589 orang pengunjung yang telah memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di Taman-taman Negara Johor sepanjang cuti sekolah, bermula 23 Mei hingga 7 Jun 2026.

Kehadiran anda bukan sahaja memeriahkan suasana taman, malah menunjukkan sokongan berterusan terhadap usaha pemuliharaan dan penghargaan terhadap khazanah alam semula jadi negeri Johor.

Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang yang telah berjaya menyertai dan menamatkan pelbagai aktiviti yang dianjurkan di Taman-taman Negara Johor sepanjang tempoh cuti sekolah ini. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan manis dan memberi inspirasi untuk terus menghargai alam sekitar.

Kami berharap dapat menyambut kehadiran anda lagi pada masa akan datang. Teruskan meneroka, menghargai dan memelihara keindahan alam semula jadi bersama kami!

Jumpa lagi di Taman-Taman Negara Johor!

Hari Alam Sekitar Sedunia 2026300 pokok | 4 lokasi | 1 komitmen demi alam sekitarSempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedu...
05/06/2026

Hari Alam Sekitar Sedunia 2026

300 pokok | 4 lokasi | 1 komitmen demi alam sekitar

Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) telah melaksanakan Program Penanaman Pokok melibatkan 300 anak pokok terdiri daripada spesies bakau dan pokok hutan di:

πŸ“ Taman Negara Johor Tanjung Piai
πŸ“ Taman Negara Johor Pulau Kukup
πŸ“ Taman Negara Johor Gunung Ledang Lagenda
πŸ“ Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta)

Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Sufian Bin Suleiman, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, bersama barisan Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja PTNJ. Aktiviti penanaman pokok dilaksanakan secara serentak bermula pada jam 9.30 pagi di keempat-empat Taman Negara Johor sebagai simbol komitmen berterusan PTNJ terhadap agenda kelestarian alam sekitar.

Selain aktiviti penanaman pokok, program ini turut melibatkan usaha pembersihan kawasan paya bakau melalui pengumpulan sisa dan sampah marin yang dihanyutkan dari laut. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan ekosistem bakau terus terpelihara, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan habitat semula jadi yang menjadi benteng perlindungan pesisir pantai.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah bersama-sama menyertai usaha menghijaukan bumi dan memulihara khazanah alam semula jadi negeri Johor. Setiap pokok yang ditanam hari ini merupakan satu langkah bermakna ke arah kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan generasi akan datang.

Sebagai pemegang amanah kawasan perlindungan semula jadi negeri, PTNJ akan terus komited memperkukuh usaha pemuliharaan, pemeliharaan dan pemulihan ekosistem demi memastikan warisan alam ini terus terpelihara.

🌱 Bersama kita memelihara alam, demi masa depan yang lebih lestari.

Hari Alam Sekitar Sedunia 2026Pernahkah kita terfikir, adakah tindakan kecil yang kita lakukan sebagai individu mampu me...
04/06/2026

Hari Alam Sekitar Sedunia 2026

Pernahkah kita terfikir, adakah tindakan kecil yang kita lakukan sebagai individu mampu membawa perubahan besar dalam usaha memelihara dan memulihkan alam sekitar?

Melihat keadaan alam sekitar yang semakin terancam, mungkin ada antara kita yang berasa kerdil dan menganggap usaha sendiri tidak membawa makna. Namun, hakikatnya tanggapan itu tidak tepat. Dunia ini dihuni oleh berbilion manusia, dan jika setiap seorang daripada kita mula melakukan perubahan kecil dalam kehidupan seharian, impaknya pasti luar biasa.

Semuanya bermula dengan diri kita sendiri 🫡. Marilah kita mengambil langkah-langkah mudah seperti:

♻️ Jaga kebersihan – Elakkan membuang sampah merata-rata walau di mana sahaja kita berada.

🌱 Sokong usaha konservasi – Sertai dan berikan sokongan kepada program serta inisiatif yang memelihara khazanah alam semula jadi.

πŸ›’ Bijak berbelanja – Elakkan budaya overconsumption, beli mengikut keperluan dan kurangkan pembaziran.

🐯 Hormati alam semula jadi – Pelihara flora dan fauna serta lindungi hidupan liar ketika menjalankan aktiviti rekreasi seperti mendaki, berkhemah dan berkelah.

πŸ“š Tingkatkan pengetahuan – Perbanyakkan membaca dan mendalami ilmu berkaitan alam sekitar agar kita lebih memahami serta menghargai kepentingannya.

Ingatlah, setiap tindakan yang kita lakukan mungkin kelihatan kecil, namun apabila dilakukan secara bersama, kesannya mampu membawa perubahan besar demi kelestarian bumi yang kita warisi dan bakal kita tinggalkan untuk generasi akan datang.

Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia!

PENYERAHAN SIJIL DAN PLAK ANUGERAH PERAK (SILVER) MALAYSIA TOURISM QUALITY ASSURANCE (MYTQA) TAMAN NEGARA JOHOR GUNUNG L...
04/06/2026

PENYERAHAN SIJIL DAN PLAK ANUGERAH PERAK (SILVER) MALAYSIA TOURISM QUALITY ASSURANCE (MYTQA) TAMAN NEGARA JOHOR GUNUNG LEDANG (LAGENDA), TANGKAK, JOHOR

Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda) telah menerima Anugerah Perak (Silver) Malaysia Tourism Quality Assurance (MYTQA) di bawah kategori Alam Sekitar, Kembara dan Eko-Pelancongan. yang disampaikan oleh YBrs. Puan Nurazlin binti Abu Talib, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Johor kepada Encik Sufian Bin Suleiman, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor dalam Majlis Penyerahan Sijil dan Plak Anugerah Perak (Silver) Malaysia Tourism Quality Assurance (MYTQA).

Pengiktirafan berprestij ini diberikan kepada Taman Negara Gunung Ledang (Lagenda) bagi tempoh sah laku selama tiga (3) tahun, bermula 7 Ogos 2025 hingga 6 Ogos 2028, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen berterusan dalam menyediakan produk dan perkhidmatan pelancongan yang berkualiti, selamat serta memenuhi standard yang ditetapkan.

Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan dalam memelihara khazanah alam semula jadi negeri Johor sambil menawarkan pengalaman ekopelancongan yang berkualiti dan berdaya saing. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan serta memperkukuhkan kedudukan Taman-taman Negara Johor sebagai destinasi ekopelancongan pilihan di Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bertuah yang hadir pada tarikh 1 hingga 3 Jun 2026 dan memeriahkan cuti sekolah ...
03/06/2026

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bertuah yang hadir pada tarikh 1 hingga 3 Jun 2026 dan memeriahkan cuti sekolah di Taman-taman Negara Johor!

Terima kasih kerana menyertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung. Semoga pengalaman bersama alam semula jadi ini menjadi kenangan indah buat anda seisi keluarga.

Jom ke Taman Negara Johor4 Hari lagi Cuti Sekolah!! Dah smpai belum Taman Negara Johor? Meh la ke Taman-taman Negara Joh...
03/06/2026

Jom ke Taman Negara Johor

4 Hari lagi Cuti Sekolah!! Dah smpai belum Taman Negara Johor? Meh la ke Taman-taman Negara Johor. Nikmati keindahan alam semula jadi, pelbagai aktiviti eko-pelancongan menarik serta peluang memenangi hadiah istimewa sepanjang cuti sekolah ni.

πŸ“ Pilih destinasi Taman-taman Negara Johor anda :

🏞️ Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda)
🌳 Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta)
🌊 Taman Negara Johor Tanjung Piai
πŸ¦… Taman Negara Johor Pulau Kukup

Jangan lepaskan peluang ini!! Tag geng travel korang dan plan trip sekarang πŸš—

Address

PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR NUSAJAYA CENTER, NO. 8 PERSIARAN LEDANG HEIGHTS, ISKANDAR PUTERI DARUL TA'ZIM
Johor Bahru
79250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60137440961

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Johor National Parks posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Johor National Parks:

Share

Category