Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) PENAFIAN: MBJB tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami semasa melayari laman ini.

Salurkan aduan melalui aplikasi Sistem Aduan MBJB di https://mbjb.spab.gov.my

MBJB merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran. MBJB tidak bertanggungjawab atas kesahihan dan ketepatan maklumat selain daripada laman facebook rasmi MBJB dan Datuk Bandar MBJB.

15/06/2026
BANTUAN KASIH JOHOR 2026INISIATIF 4 - PENJAJA DAN PENIAGA KECIL BERDAFTAR PBTJohor terus melakar kejayaan apabila sehing...
15/06/2026

BANTUAN KASIH JOHOR 2026
INISIATIF 4 - PENJAJA DAN PENIAGA KECIL BERDAFTAR PBT

Johor terus melakar kejayaan apabila sehingga 30 April 2026, hasil negeri telah mencecah RM1 bilion, mencatatkan peningkatan sebanyak RM307 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pencapaian ini mencerminkan kekuatan ekonomi negeri serta keberkesanan tadbir urus yang progresif dan mampan.
Seiring dengan peningkatan ini, Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Johor komited memastikan hasil yang diperoleh dipulangkan semula kepada rakyat melalui pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi yang inklusif dan menyeluruh.

Antara usaha yang dilaksanakan adalah Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4, yang diperluaskan khusus kepada golongan penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Inisiatif ini merupakan manifestasi jelas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban kos sara hidup dan kos pengoperasian yang dihadapi oleh golongan peniaga kecil. Melalui pelaksanaan ini, bantuan tunai sebanyak RM300 secara one-off akan disalurkan kepada penerima yang layak, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Secara keseluruhan, seramai 3,420 penerima telah dikenal pasti melibatkan lapan (8) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu:
Tiram (590)
Puteri Wangsa (112)
Johor Jaya (615)
Permas (70)
Larkin (1,625)
Stulang (79)
Perling (212)
Kempas (117)

Bagi memastikan kelancaran proses penyerahan, sebanyak 11 kaunter telah disediakan dengan waktu operasi bermula dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang sepanjang tempoh dua (2) hari pelaksanaan.

Kerajaan Negeri Johor akan terus komited memperkukuh agenda pembangunan yang berteraskan kesejahteraan rakyat, agar setiap hasil yang dijana dapat diterjemahkan kepada manfaat yang menyeluruh dan dirasai oleh seluruh Bangsa Johor.

“Johor Maju, Rakyat Sejahtera.”





15/06/2026

SELAMAT PAGI JOHOR BAHRU!

Mulakan hari anda dengan sebuah senyuman kerana senyuman yang ikhlas mampu menceriakan hari, menenangkan hati dan menyebarkan aura positif kepada sekeliling. Senyuman itu sederhana tetapi kesannya luar biasa.





14/06/2026

JB CAR FREE MORNING x REGENCY CANCER RUN 2026




JB CAR FREE MORNING x REGENCY CANCER RUN 2026AHAD, 14 JUN 2026 | Pagi ini JB Car Free Morning kembali mencuri tumpuan de...
14/06/2026

JB CAR FREE MORNING x REGENCY CANCER RUN 2026

AHAD, 14 JUN 2026 | Pagi ini JB Car Free Morning kembali mencuri tumpuan dengan suasana meriah, penuh tenaga dan senyuman di KOTAJAIL, Penjara Lama Ayer Molek, Johor Bahru. Ruang bandar dihidupkan dengan aktiviti sihat yang menyatukan komuniti dalam satu semangat kebersamaan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB, Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB serta penyertaan hampir 2,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Terima kasih kepada semua rakan strategik dan warga bandar raya yang terus menjadi nadi kepada kemeriahan JB Car Free Morning setiap bulan. Anda semua memang terbaik!




13/06/2026
13/06/2026

JANGAN TERLEPAS CAR FREE MORNING, JUMPA ANDA DI KOTAJAIL JOHOR BAHRU ESOK!

PROGRAM INFAQ JUMAAT Program Infaq Jumaat 12 Jun 2026 anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Yayas...
13/06/2026

PROGRAM INFAQ JUMAAT

Program Infaq Jumaat 12 Jun 2026 anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) hari ini diteruskan lagi di empat lokasi terpilih, iaitu;
1. Masjid Kg Kangkar Tebrau
2. Masjid Jamek Taman Saujana Plentong
3. Surau Jumaat Taman Skudai Kanan
4. Masjid Al Makmur Taman Kobena

Pelaksanaan Program Infaq Jumaat di masjid-masjid sekitar pentadbiran MBJB dilaksanakan sebagai usaha memperluas budaya sedekah, mengurangkan beban kos sara hidup dan menyantuni masyarakat setempat, ia selaras dengan aspirasi Johor Bahru sebagai bandar raya penyayang, sejahtera dan inklusif.





SENTUHAN NURANI
12/06/2026

SENTUHAN NURANI

Address

Menara MBJB, No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum
Johor Bahru
80300

Opening Hours

Monday 08:00 - 04:30
Tuesday 08:00 - 04:30
Wednesday 08:00 - 04:30
Thursday 08:00 - 04:30
Friday 02:45 - 04:30
08:00 - 12:15

Telephone

+6072198000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB):

Share

Category